Selepas bermalam di pantai,mereka pun berkemas untuk mencari markas orang kanan The Masked Man.
"Hutan ini...tebal..,"kata Suho sambil di tangannya memegang sebatang kayu panjang.
"Mari kita redah sahaja hutan ini,"kata Taeyeon sambil melangkah ke sebelah Suho.
"Okay,guys!Jom redah!Kita hanya akan bergantung pada kompas,okay?!Go!."
Semua ahli terus bergerak dengan bersemangat. Suasana hutan dipenuhi pokok-pokok yang tinggi dan berdaun lebat,sehingga menutup kawasan langit. Cahaya pula memancar di antara celah-celah daun pokok tersebut,memberi sedikit cahaya kepada kumpulan EXOSHIDAE bagi meredah hutan tebal itu.
Suho dan Kris sama-sama mengetuai perjalanan mereka dengan kayu panjang bagi menebas semak dan lalang yang menganggu perjalanan mereka. Suho mememegang sebuah kompas di tangannya.
"Lama lagi ke?!,"teriak Tiffany. Kudratnya hanya bergantung pada tongkat kayu yang dipegangnya. Sudah hampir sejam mereka berjalan,tetapi tiada apa-apa bayang rumah mahupun bangunan yang dijumpai mereka.
"Aku sendiri pun tidak tahu kenapa jauh sangat markasnya,"balas Suho sambil matanya masih merenung tajam ke atas kompas di tangannya.
Tiba-tiba,Kris tersadung akar pokok sehingga jatuh tersembam,"Aduh!."
Mereka sama-sama membantu Kris untuk bangun semula.
"Guys,tengok depan...,"arah Sunny dengan mata terbuntang dan mulut terlopong,seperti baru saja ternampak emas permata di hadapannya.
Di hadapan mereka semua,kelihatan ada sebuah rumah besar yang membelakangkan mereka. Walaupun hanya permandangan di belakang,tetapi jelas kelihatan rumah itu ialah rumah yang mewah dan besar.
"Guys,this is the mansion,"beritahu Suho sambil menyimpan kembali kompasnya. Mereka perlahan-lahan melangkah ke hadapan rumah untuk menyelinap masuk. Boys,masuk ke dalam rumah ikut pintu belakang. Girls,ikut Taeyeon ke hadapan rumah. Saya akan ada bersama Team Boys,okay?,"ujar Suho."Baiklah,Suho,"balas Taeyeon dengan senyuman. Suho mengusap perlahan rambut Taeyeon lalu melangkah bersama ahli-ahli lelaki ke belakang rumah.
Team Boys' POV
"Guys,be careful. Manalah tahu,ada ramai penjaga di sana,"pesan Suho dalam nada berbisik."Arasseo,hyung,"balas Sehun sambil mengangguk.
Kai cuba membuka pintu belakang,tetapi sudah terkunci rapat.
"Ini pintu besi,kita perlukan cangkuk untuk bukanya,"kata Xiumin sambil mengetuk perlahan pintu besi itu.
D.O menggaru kepalanya sambil memandang sekeliling,cuba mencari alatan untuk membukanya.
"Beg senjata kita sudah terbakar dalam kebakaran bot itu,"beritahu Lay sambil mencebik.
Jika bot itu tidak pecah,pasti pintu besi itu sudah lama dibuka.
Chanyeol mendongak. Di atas pintu besi itu,ada sebuah tingkap kecil yang sedikit terbuka."Aku ada jalan penyelesaiannya."
"Kyungsoo,panjat bahu aku,cepat!,"arah Chanyeol sambil mencangkung. Suho turut mendongak lalu tersenyum,"Good one,Chan."
"Kau ingat aku ini budak-budak kah?,"balas D.O. Dia ingat Chanyeol mahu membulinya kerana ketinggiannya itu. "Naik sahajalah,jangan banyak songeh!."
Tao dan Luhan sama-sama mengangkat tubuh D.O yang comel itu ke atas bahu Chanyeol.
Berkerut dahi Chanyeol apabila D.O memijak bahunya."Masuk ke dalam tingkap itu,cepat!."
Tubuh D.O yang kecil itu akhirnya mampu menembusi ruang cermin tersebut.
YOU ARE READING
THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)
Mystery / Thriller"Kamu semua tidak akan dapat menghalang aku. Sekali aku membuat tindakan,kamu semua akan binasa."-The Masked Man "Lelaki jahat itu akan dihentikan segala agendanya,walau apa jua cara sekalipun!,"-Suho "Usaha sahaja tidak cukup. Kita perlukan kerja...