CHAPTER 13:Zhang YiXing

212 10 6
                                    

Semua ahli kumpulan EXOSHIDAE berteleku lama di hadapan kubur Yuri.Ahli-ahli perempuan juga menangis dengan tersesak-esak,sedih mengenangkan nasib rakan mereka.

"Yuri-ahh,thanks for being with us for 3 years.Awak sudah banyak mencurahkan bakti dalam kumpulan kita.We're so proud to have a member like you,"ucap Suho sambil menundukkan kepala.

Taeyeon mengukirkan senyuman pahit,"Awak akan sentiasa menjadi ahli kumpulan dan sahabat kami yang baik,buat selama-lamanya."Sejambak bunga ros merah kemudiannya diletakkan di atas kubur Yuri tersebut.Gadis itu akhirnya tidak mampu menahan rasa sebak di dada lalu menangis teresak-esak di dalam pelukan Tiffany.

Kemudian,mereka semua mendongak ke langit dengan mata hampir terpejam kerana kesilauan cahaya Matahari.

"Thank you for everything,Kwon YuRi.Semoga awak berbahagia di sana."



"Saya dengan rasminya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Zhang YiXing atas kesalahan terlibat dalam kes-kes jenayah berat dan melakukan pembunuhan terhadap mangsa bernama Kwon YuRi."

Lay hanya tersenyum nipis,meskipun dia mulai kelihatan gementar.Siapa yang tidak takut dengan hukuman seberat itu?Kedua-dua penumbuknya digenggam erat sambil menggeletar dengan perasaan takut bercampur risau.

Tanpa diduga,Lay bangun dari duduknya lalu berlari meluru ke arah Suho.Matanya merah menyala seperti api yang membara dengan marak.Kolar sut hitam yang dipakai Suho dicekaknya kuat sehingga Suho hampir mahu tercekik.

Para pengawal sudah membuat tindakan untuk menghalang Lay.

Tetapi perbuatan mereka terhenti apabila Suho mengangkat tangannya,meminta untuk tidak menghalang Lay.Tangan Lay yang mencekak kolarnya dipegang.

"Kau kejam!Kau bunuh Yuri!,"tengking Lay betul-betul di hadapan muka Suho sehingga merecik-recik air liurnya.

Tengkingan itu membuatkan ahli-ahli kumpulan EXOSHIDAE terkejut beruk.Ada yang membuntangkan mata,ternganga dan menekup mulut masing.

Suho kekal tenang,seperti tiada kejadian yang berlaku.Matanya masih memandang Lay yang kekal menghamburkan kata-kata hinaan dan tuduhan.Ahli-ahli lain hanya mampu memerhati mereka berdua.

"Kau tahu bukan,aku sukakan Yul!Kenapa kau bunuh dia?!."

Kata-kata Lay benar-benar memeranjatkan ahli-ahli kumpulan EXOSHIDAE.Siapa sangka,Lay akan menyukai Yuri?

Suho memegang bahu Lay,"Mengapa kau tuduh aku,Yixing?Jelas sekali,kau sudah dipukau oleh Edward,dan menyangka aku yang membunuh Yuri.Sedarlah,Yixing!"

Genggaman Lay mulai longgar."No..No...Tidak mungkin.."

#FLASHBACK

LAY's POV

Aku membeliakkan mataku.Terang lagi bersuluh,Suho hyung sedang mengacukan pistol sambil menengking-nengking Kai dan Yuri yang diikat di atas kerusi.

Aku percaya,Suho hyung ialah spy The Masked Man dalam kumpulan kami,walaupun aku tahu bahawa ahli-ahli lain tidak akan mempercayai segala cerita aku."Ini bukan mimpi..,"bisikku dalam hati.

Tanpa berlengah,aku segera menerkam ke arah Suho hyung seperti harimau yang menerkam mangsanya.Suho hyung terus rebah ke lantai sambil menahan kesakitan.

Kami bergelut buat seketika.Pipiku ditumbuk kuat sehingga hujung bibirku berdarah.Aku pantas melawannya,berharap agar hyung tidak akan membunuh salah seorang daripada Kai mahupun Yuri.

THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)Where stories live. Discover now