"PERHATIAN!Ketua EXOSHIDAE,Kim Joonmyeon a.k.a Suho,sila datang ke bilik ketua agensi penyiasatan SM sekarang juga. Sekian."
Suho mengorak langkahnya ke bilik ketua agensinya,Encik Lee. Degupannya jantungnya menjadi laju. Selalunya sesiapa yang dipanggil Encik Lee ke biliknya akan diterima hukuman.
Bilik Encik Lee diketuk tiga kali secara perlahan dengan gelisahnya. "Masuk!."
Tombol pintu itu dipulas perlahan dan dibuka secara perlahan juga. Encik Lee yang bermisai lebat sehingga tidak nampak mulut itu sedang duduk dengan santai di atas kerusinya.
Suho meneguk air liur sambil duduk di hadapan meja Encik Lee. "Kenapa ketua panggil saya?."
"Saya mahu serahkan satu kes kepada kumpulan yang diketuai kamu. Kes ini sangat bahaya,saya hanya mempercayai kumpulan kamu sahaja untuk menyelesaikan kes terbaharu ini,"ujar Encik Lee sambil mengelus lembut misai lebatnya itu.
Suho meneliti fail kes terbaharu yang diterima Encik Lee. Kelihatan sehelai dokumen dan sekeping gambar yang dikepilkan bersama di dalam fail itu.
"Wajahnya masih tidak diketahui sehingga sekarang. Kumpulan SuJu yang gagal mencari identiti sebenarnya hanya menjumpai gambarnya yang bertopeng putih. Lelaki ini sangat misteri dan berbahaya. Dialah dalang kes pembunuhan keluarga yang kumpulan kamu selesaikan sebelum ini."
Suho membuntangkan matanya. Gambar lelaki bertopeng putih itu dipandangnya lama.
"Lagi satu,kumpulan SuJu berjaya menjumpai dokumen identiti orang kanan lelaki bertopeng ini. Saya mahu kumpulan kamu untuk memberkas lelaki ini. But,be careful!."
Tekak Suho terasa kering. Kes ini kelihatan sangat berat. Lemah tubuhnya apabila membaca senarai kes jenayah yang dilakukan lelaki bertopeng itu. Bukan satu mahupun dua tetapi berpuluh-puluh!
Nampaknya,lelaki ini bukan calang-calang orangnya.
Dengan berat hati dan rasa terbeban,Suho membalas,"Baiklah,ketua. Kami akan selesaikan kes ini!."
Encik Lee tersenyum sambil mengangguk,bangga melihat semangat Suho. Kumpulan yang dikendalikannya sangat boleh diharap selama ini.
"Baguslah kalau kamu setuju,Suho. Saya akan namakan kes ini,"
"The Masked Man."
..........................................................
Hai semua!Fanfic pertama saya(actually yang kedua)menemui pembacanya!
Dulu saya ada tulis fanfic 'Confession',tapi sudah didelete sebab kekurangan idea dan rasa malas yang melampau,heheXD.
Insya Allah,fanfic ini mungkin saya akan teruskan hingga akhir,jika idea datang mencurah-curah untuk saya menulis.
Sila menyokong saya yang masih mentah dalam penulisan fanfiction^_^.
Kalau nak vote,komen pun boleh sebab saya tak jangka jika fanfic ini dapat sambutan.
Terima kasih kerana membaca!
YOU ARE READING
THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)
Mistero / Thriller"Kamu semua tidak akan dapat menghalang aku. Sekali aku membuat tindakan,kamu semua akan binasa."-The Masked Man "Lelaki jahat itu akan dihentikan segala agendanya,walau apa jua cara sekalipun!,"-Suho "Usaha sahaja tidak cukup. Kita perlukan kerja...