CHAPTER 4

257 18 7
                                    

Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.Kelibat itu perlahan-lahan menyusup masuk ke dalam bilik tersebut.Lampu yang terpancar daripada tingkap memudahkannya untuk mencari mangsa yang sedang tidur di dalam bilik tersebut.

Kelihatan sekujur tubuh sedang lena di atas katil di dalam bilik tersebut.Dia tersenyum nipis sebelum meluru ke arah tubuh itu lalu menampal mulutnya dengan pita pelekat.

Sapu tangan diletakkan di hidu mangsa untuk dibau.Perlahan-lahan tubuh itu terkulai pengsan.Dia mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum mengangkatnya gaya bridal style.

Dia pun keluar dari bilik dengan mangsa yang ada bersamanya.

"Now,the mission is succesful."

Esoknya

Suho selaku ketua datang paling awal pada hari itu,disusuli Seohyun dan Yoona tidak lama kemudian.

"Kamu sudah okay,Yoon?,"tanya Suho sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

"Feeling better.Thanks to you guys."

Suho hanya tersenyum manis lalu membuka komputer ribanya.

Ahli-ahli mula berkumpul di dalam bilik penyiasatan mereka.

"Joonmyeon,kita ada satu masalah besar!,"beritahu Yuri sambil termengah-mengah di pintu bilik.

"What's happen?," "Hyoyeon sudah hilang!."

Perlahan-lahan matanya dibuka.Pandangan yang kabur,menjadi semakin jelas."Aku di mana sekarang ini?."

Suasana bilik yang didudukinya kelihatan sangat asing.Bilik itu seperti sudah lama terbiar.

"Sudah bangun?,"Hyoyeon meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.Lelaki bertopeng putih tersebut duduk di kerusi di hadapan Hyoyeon dengan santai lalu mencabut pita pelekat yang menutup mulut Hyoyeon .

Hyoyeon menahan rasa pedih selepas dicabut pita pelekat itu,"Kaulah The Masked Man!."Lelaki bertopeng itu tergelak kecil."Kumpulan kau sangat berani ya,untuk menjejaki lelaki jahat seperti aku."

"Apa yang kau mahu,sebenarnya?!Apa agenda engkau selama ini?!,"The Masked Man tertawa sekali lagi.Hyoyeon merenung lelaki bertopeng itu seperti mahu menelannya.

"Aku mahu membalas dendam terhadap SM Interrogation Agency.Pembina agensi kumpulan kau ialah musuh ketat aku.Dia bersalah kerana telah membunuh keluarga aku,kecuali anak perempuan aku yang masih selamat.Dengar cerita,dia merupakan bekas teman lelaki isteri aku dan berdendam dengan aku.Oleh itu,aku mahu memusnahkan agensi kau supaya dendam aku terbalas!."

"Selain itu juga,aku mempunyai ramai musuh di luar sana.Aku mengambil keputusan untuk melenyapkan mereka dengan membunuh mereka.Aku sedar,aku ini buruan polis dan agensi kau.Aku bernasib baik kerana memiliki orang-orang kanan yang ramai di luar sana."

"Kenapa kau tangkap aku?Kau mahu apa sebenarnya dari aku?!,"The Masked Man berpeluk tubuh,"Aku mahu kau beritahu perancangan kumpulan kau."

Hyoyeon menggeleng laju.Dia tidak akan mendedahkannya kepada sesiapa,lebih-lebih lagi lelaki jahat bertopeng putih itu.

"Tidak mahu beritahu,ya?Pukul dia dan paksa sehingga dia beritahu!."

Dua orang lelaki berjalan menuju ke arah Hyoyeon.Lelaki di sebelah kanan tanpa berfikir panjang terus menumbuk pipi Hyoyeon dengan kuat.Hyoyeon memejamkan matanya menahan rasa sakit dan perit pada pipinya.Kemudian,pipi di sebelahnya pula ditumbuk kuat sehingga hujung bibirnya berdarah.

"Just hurt me,but I'll never tell our plans to you guys,especially The Masked Man,"ujar Hyoyeon sambil tersenyum sinis.

"Just tell me the plans!."

THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)Where stories live. Discover now