Bab 17

942 28 0
                                    


"BUKIT SIDANGAN?"

Bulat mata Hebe merenung wajah Ashkii. Riak di wajahnya membayangkan resah.

"Bukit Sidangan berada di dalam Timbaan Dalai?" katanya lagi, tidak percaya.

"Kau dengar tak, kita akan ke Bukit Sidangan. Bertemu dengan perempuan legenda itu. Aku betul-betul tak percaya aku sedang melalui ini semua," bisik Gunar kepada Hebe, tanpa menghiraukan kerisauan Hebe.

Tetapi Hebe hanya berdiam melihat Gunar.

"Tidak," jawab Ashkii. "Bukan di dalam, tetapi Bukit Sidangan berada di hujung Timbaan Dalai ini."

"Pengalaman ini betul-betul hebat." Gunar mencelah lagi. "Namu dan Gera tentu menyesal tak sudah mendengarkan ini."

"Tapi kita akan memasuki Timbaan Dalai," balas Hebe. "Kau tahu apa maknanya?"

Gunar terkebil-kebil merenung Hebe.

"Jangan harap kau akan dapat bertemu Mur jika kita tersesat di dalam Timbaan Dalai dan mati, menjadi habuk. Dan, jika benar kita akan dapat menemui Mur sekali pun, belum tentu pula kita dapat keluar dari Timbaan Dalai." Hebe menambah lagi.

"Kau patut lebih risaukan itu!" bentak Hebe.

Sekali gus, telah mengembalikan Gunar ke alam sebenar. Dia terkebil-kebil memandang Hebe, sengihnya mati dengan sia-sia. Ketakutan kembali merajai jiwanya. Hebe berpusing ke arah Ashkii yang mulai bergerak ke depan.

"Tetapi bukankah Bukit Sidangan tidak pernah didatangi oleh sesiapa, taki?" tanya Hebe ingin tahu, tanpa mempedulikan wajah Gunar yang semakin tidak keruan di belakang sana.

"Lagipun, bagaimana kita hendak melalui Timbaan Dalai yang merbahaya ini."

"Taki tidak akan membawa kalian ke sana jika taki tak tahu jalannya." Ashkii meningkah.

Nadanya kedengaran tenang dan separuh gembira. Hebe kehairanan melihatnya.

"Suatu ketika, kau ingat kau hanya sendirian di dunia ini. Tetapi selepas ini, kau tak akan dapat membayangkan perasaan kau sendiri dengan kata-kata." Ashkii menambah lagi.

Gunar dan Hebe saling berpandangan. Mereka tidak mengerti langsung butir percakapan Ashkii kali ini. Seolah-olah Ashkii sedang berada di dunia yang lain.

'Mungkin, pengalaman hidupnya yang banyak telah mengganggu fikirannya,' fikir Gunar. Dia sudah tidak betul. Sangat tidak betul.

"Tapi aku tidak yakin tindakan ini betul, taki."

Hebe berasa dadanya semput, membayangkan mereka akan memasuki Timbaan Dalai yang mempersonakan dengan serakan warna keemasan itu, tetapi dengan bahaya yang sedia menanti di sebalik keindahannya. Hebe berasa dadanya semakin sesak.

"Jika begitu, kau berdua boleh tunggu di sini sehingga tentera-tentera Kieyo datang membuat rondaan mereka," kata Ashkii, tanpa membuang masa dia terus melangkah masuk ke dalam Timbaan Dalai. Meninggalkan Gunar dan Hebe dalam keadaan terpinga-pinga di belakang sana.

"Tunggu taki. Aku ikut."

Gunar menjerit kemudian menoleh memandang Hebe.

"Aku tak tau kau, tapi aku lebih rela mati di dalam Timbaan Dalai daripada ditangkap tentera-tentera Kieyo," katanya lagi.

Hebe menarik nafas panjang, sebelum mengekori Gunar yang telah mendahuluinya. Dia tahu dia bodoh untuk terus berdegil.

"Pandang ke depan sahaja, dan jangan hiraukan apa-apa pun yang berlaku di sekeliling kamu," kata Ashkii setelah itu.

BUNIANWhere stories live. Discover now