Bab 24

791 27 27
                                    

LINOSOK TULAN, sebuah tebing tinggi di Rimba Kokobuan memutuskan untuk terus bersunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LINOSOK TULAN, sebuah tebing tinggi di Rimba Kokobuan memutuskan untuk terus bersunyi. Posisinya sejak sekian lama, sebagai pentas pertemuan dan perpisahan, pemburuan dan persembunyian, pergaduhan dan perdamaian, akan diteruskan tanpa titik mati yang pasti.

Hania merenung paduan rimba menghijau dan tiupan angin pelbagai rentak. Berharmoni menjadi sahabat yang paling setia. Berapa zaman, kedua-dua kuasa yang memiliki sebahagian dari dunia ini tetap teguh pada janji mereka. Mengasingkan diri dari mencampuri urusan makhluk yang lain. Hania diam sejenak, menginsafi rimba ini hampir menyembunyikan segala-galanya dari pandangan mata kasar. Sifat perahsia tebing tinggi dengan hutan tebal itu akan menyesatkan pendatang-pendatang baharu di sini. Hidup dan mati bagi makhluk yang lain, biar seberapa ngeri pun, walau sekasihan manapun, atau betapa pun seronok untuk disaksikan, dua kuasa alam itu tetap tidak akan berganjak dari keputusan bersama.

'Manusia-manusia itu tidak akan berjaya melalui hutan rimba yang tebal dan berliku-liku ini,' fikir Hania. Hania yakin pihaknya mempunyai banyak kelebihan.

"Kemenangan pasti akan berpihak kepada yang benar."

Kamas mendengar Hania berbisik kepada dirinya sendiri. Dilihatnya mata Hania berkedip penuh makna, sebelum dia menoleh kepada Gajo. Makhluk Paragasu berwajah anjing dengan empat gigi taring yang besar, tubuh yang berotot dan besar, dan matanya menyala merah dan bengis. Makhluk licik inilah yang akan mengetuai tentera Duwarung.

"Gajo," seru Hania, dan ketua tentera Duwarung itu mara ke depan. "Berapa banyak lagi tentera yang kau ada?"

Hania melihat tidak kurang dua puluh makhluk Duwarung yang ada di depan matanya.

"Melebihi keperluan tuan," jawab Gajo, tenang.

Kamas yang berada di belakang Gajo, hanya menjadi saksi segala rencana. Dia tahu maksud Gajo. Mereka tidak cuma dua puluh ekor Duwarung di sini, Gajo pasti memiliki lebih dari sekadar jumlah itu.

"Jika begitu, aku mahu kau sediakan aku beberapa dari mereka sebagai utusan," pinta Hania. "Hantar perkhabaran ini ke setiap kubu yang kita ada." Mata Hania meruncing ketika berkata begitu kepada Gajo.

Setiap kubu di dalam daerah Tandek diketuai oleh makhluk Paragasu, dan anak-anak buahnya terdiri daripada makhluk Duwarung yang pendiam dan setia. Bukan kebetulan mengapa makhluk Paragasu dilantik sebagai ketua kubu. Mereka adalah bangsa yang gagah walaupun bertubuh kecil, dengan sifat setia yang tidak berbelah bahagi. Lebih bijak jika dibandingkan dengan makhluk Duwarung yang sangat penurut.

"Terutama di sempadan Bukit Sidangan." Mata Hania bersinar penuh makna.

"Termasuk di sempadan keluar dari sini di sebelah utara, selatan, barat dan timur." Hania menambah.

"Segera dilaksanakan, tuan."

Gajo menerima tugasan yang diberikan dengan berbesar hati. Gajo baru hendak menoleh kepada deretan makhluk Duwarung di belakang mereka yang setia menunggu di situ, apabila Hania menambah lagi.

BUNIANWhere stories live. Discover now