Cikgu Super
"Kapten Thaqif. Anda ditugaskan untuk menjadi perisik di sebuah sekolah di daerah Benta, Pahang Darul Makmur. Objektif risikan kamu adalah mengesan pergerakan Islamic State atau dikenali sebagai IS di kawasan sekitar Benta tersebut. Di sana kamu akan diberikan identiti baru dan menyamar sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah SK Benta. Saya harap kamu akan berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Butiran lanjut akan diberi oleh Sarjan Hassan selepas ini."
Ujar pegawai atasan tertinggi kepada kapten Thaqif.
" Baik tuan!!"
Jawab Kapten Thaqif. Lantang suaranya. Selepas memberikan tabik hormat. Kapten Thaqif keluar dari bilik bosnya itu.
Kapten Thaqif merupakan seorang anggota tentera elit Malaysja dalam ketenteraan Malaysia . Berumur 26 tahun. Berketinggian 180cm. Berkulit cerah. Hidungnya agak mancung bagi seorang anak melayu. Biji matanya coklat haze manakala rambutnya lurus kehitaman namun disisir rapi sebagaimana pegawai tentera elite yang lain. Raut wajahnya cukup membuatkan wanita-wanita terpaku selama beberapa jam di sesuatu tempat. Lelaki yang melihatnya pula kadang kala berubah menjadi lelaki gay serta merta. .Personalitinya yang tenang, suka tersenyum dan ramah namun tegas itu tidak menunjukkan dia seorang Kapten Elit dalam pasukan ketenteraan. Kapten Thaqif mempunyai tubuh tegap dan kelihatan otot-otot yang padu yang berselindung di sebalik pakaian yang dipakai oleh kapten Thaqif. Itu gambaran serba sedikit mengenai penampilan dan personaliti Kapten Thaqif.
Dalam skop tugasan Kapten Thaqif pula, pelbagai tugasan yang telah dijayakan oleh Kapten Thaqif bersama pasukannya. Black ops, white ops, yellow ops, blue ops dan opsss terperanjat Mak Jah juga berjaya diselesaikan. Tugasan Kapten Thaqif semuanya bertaraf 'Top Secret' dan risikonya amat tinggi. Namun tugasan yang diberikan kepadanya diselesaikan dengan amat mudah ibarat memakan kacang cap Ngan Ngyin . Oleh kerana kecekapan Kapten Thaqif dalam melaksanakan tugasnya, dia diberikan penghormatan tertinggi oleh pegawai-pegawai atasan tentera. Namanya begitu dikenali di dunia ketenteraan Malaysia namun tidak dihebohkan kepada masyarakat kerana status Kapten Thaqif sebagai tentera elit perlu dijaga. Terlalu banyak rahsia yang diketahui oleh Kapten Thaqif. Lagi pun kalau Kapten Thaqif didedahkan kepada orang ramai, dikhuatiri pihak program Melodi dan juga pihak program Meletop memanggil Kapten Thaqif ke rancangan lagha mereka untuk dikomersialkan. Celah mana dia nak laksanakan tugasan rahsia kalau dia sibuk main permainan makan kek paling banyak dengan pengacara Nabil dan Neelofa.
" Kenapa aku perlu menyamar jadi cikgu? Ah lantaklah. Jaga budak-budak je kot kerja mudah je tu. Bolehlah aku tumpukan perhatian aku jadi perisik di situ. Lalalalalalalalaala.."
Bebel Kapten Thaqif dengan riang sambil-sambil berjalan menggunakan kedua-dua belah tangannya manakala kedua-dua kaki diangkatnya ke atas. Agak pelik cara berjalan Kapten Thaqif. Namun mungkin perbuatan Kapten Thaqif berjalan sedemikian rupa adalah hasil latihan ketenteraan yang sangat berat serta rumit telah memberikan kesan kepada otaknya sedikit sebanyak.
Namun budak-budak yang dikatakan sebagai kerja mudah itu sebenarnya akan memakan dirinya sendiri pada masa mendatang. Kelas di sekolah nampak tenang namun penghuni didalamnya cukup mengerunkan.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/80281141-288-k211452.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu Super
ActionMengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun...