Tokkk..tokkk...tokk.
Bunyi pintu bilik guru besar diketuk.
Kapten Thaqif memulas tombol pintu dan menjenguk kepalanya ke dalam bilik."Aummmm cakkkkk!!!!"
Bunyi Kapten Thaqif mengagah guru besarnya.
"Cikgu.. Cikgu..? Cikgu Thaqif. Kenapa termenung di depan pintu guru besar tu. Masuklah. Guru besar dah tunggu di dalam tu."
Teguran dari kak Mas itu menyebabkan lamunan Kapten Thaqif terhenti disitu. Dia sendiri menjadi pelik kenapa dia boleh berimiginasi sedemikian rupa. Di sebalik teguran dari kak Mas tadi, Kapten Thaqif merasakan ada sepasang mata sedang melihat tindak tanduknya. Kelihatan pembantu am rendah sedang memerhatikanya. Bila Kapten Thaqif membalas renungan tersebut, pembantu am lekas-lekas mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Aneh sekali, pakcik ni. Ahhh. Kemudian la. Aku kena jumpa guru besar dulu ni."
Kapten Thaqif bermonolog sendirian.
Dia memulas tombol pintu bilik guru besar. Kapten Thaqif serba salah untuk mengucapkan salam atau menggucapkan selamat pagi dek kerana nama guru besarnya adalah Jennifer Lopez."Errrrr.. Good Morning Madam Jennifer Lopez. Can i come in? I'm Cikgu Thaqif. A new school teacher in this school"
Kapten Thaqif bercakap menggunakan bahasa inggeris.
Kelihatan guru besar tersebut sedang duduk di kerusinya. Mejanya pula tersusun rapi. Disebelahnya pula terdapat sebuah komputer. Manakala di tepi meja tersebut terdapat sebuah rak buku yang dipenuhi dengan buku-buku berkaitan pentadbiran sekolah serta fail-fail penting.
Guru besar tersebut sedang meneliti sesuatu di kertas. Mungkin audit ataupun kertas kerja. Kapten Thaqif memandang dengan penuh rasa kagum. Setiap ketua rupanya mempunyai aura kepimpinannya sendiri. Aura yang dimiliki oleh guru besar tersebut sama dengan Pegawai atasan yang mengarahkan beliau menjadi cikgu samaran di sekolah ini. Mendengarkan suara Kapten Thaqif, guru besar tersebut memandang Kapten Thaqif dengan tajam dan berkata.
"Jennifer Lopez? Jennifer Lopez mana pula kamu ni? Nama saya Nur Kamelia Binti Osman. Jauh benor nama Jennifer dengan Kamelia ni cikgu?"
"Aik cikgu? Dekat papan tanda nama di pintu bilik cikgu ni jelas nama cikgu adalah Jennifer Lopez. Kalau cikgu tak percaya, cikgu tengoklah sendiri"
Balas Kapten Thaqif.
"Mana..mana?"
Guru besar Kamelia bingkas bangun dari kerusinya lalu menuju ke pintu biliknya untuk melihat papan tanda nama.
"Mas!!!!!!!!!!!!!. Aok kenakan kehhh lagi keeeee"
Guru besar Kamelia menjerit kegeraman sambil memegang kepalanya . Hilang aura guru besar bila Kapten Thaqif melihatkan gelagat guru besarnya.
Kedengaran gelak ketawa yang amat kuat di bilik mesin photostat.
"Kah...kah..kah. Rasakan GB. Dulu GB kenakan saya. Tukar tanda nama saya di meja dengan nama Rosmah Mansur. Kah...kah....kah.."
Balas Kak Mas dari bilik photostats. Awal-awal lagi kak Mas melarikan dirinya sendiri ke dalam bilik mesin photostat.
"Eeeeeeeeeeiii jaga aok Mas."
Bentak guru besar Kamelia dengan geram. Tetapi melihatkan Kapten Thaqif sedang memerhatikannya, guru besar Kamelia menenangkan diri sendirinya.
"Errr minta maaflah cikgu. Saya dengan staff serta warga di sekolah ni memang macam ni. Gemar bergurau senda. Eh mari ke bilik saya semula. Kita sambung perbincangan kita semula."
"Baiklah cikgu"
Mereka berdua menuju kembali ke kerusi dan meja guru besar Kamelia.
" Sebelum tu boleh saya tengok sijil-sijil awak dulu cikgu?"
"Oh.. Boleh-boleh. Nah puan"
Kapten Thaqif menyerahkan fail yang berisi sijil-sijil penting kepada guru besar Kamelia.
Guru besar Kamelia meneliti dengan teliti helaian demi helaian.
"Wow, ada sijil menjahit!"
"Wow, sijil tarian ballet pun ada!"
Muka Kapten Thaqif sudah berubah.
"Bila masa pula aku ada ambil ke semua kemahiran tu."
Guru besar Kamelia menyambung lagi.
"Wow, sijil mengandam pun ada! Hebat kamu ni. Feminin sungguh"
Kapten Thaqif hanya dapat menguntumkan senyuman yang kelat kepada guru besarnya.
"Celaka punya Hassan. Ini tak lain tak bukan dia punya kerja la ni. Sempat lagi dia kenakan aku"
Bentak Kapten Thaqif dalam hatinya.
Kapten Thaqif dapat merasakan bahawa sarjan Hassan sedang gelak berdekah-dekah di kem tentera yang berada jauh darinya.
"Hehe, tak adalah puan. Saya saja ambil kursus tu untuk mengisi masa lapang"
"Eh, baguslah. Saya suka guru dibawah jagaan saya mempunyai kemahiran berbagai-bagai. Errr.. Nanti saya nak tengok cikgu menari ballet boleh tak? Hihihihi"
"Habislah aku.. Siaplah kau Hassan nanti!!"
Kapten Thaqif berperang dalam dirinya. Dia menyumpah-nyumpah Sarjan Hassan dalam hatinya.
"InsyaAllah puan kalau diberi kesempatan."
Kapten Thaqif terpaksa berpura-pura mengakui dia boleh melakukan tarian ballet.
"Hahh bagus. Saya tengok kebanyakan sijil awak ni bagus-bagus belaka. Macam-macam kemahiran awak ada. Sekolah boleh memanfaatkan kemahiran yang awak ada ni. Sebelum itu, untuk pengetahuan cikgu, sekolah kita mempunyai 33 orang guru termasuk bahagian pentadbiran. Saya harap Cikgu boleh sesuaikan diri dengan suasana sekolah dan dapat membina hubungan yang baik antara warga sekolah. Untuk maklumat lain mengenai jadual waktu, bidang tugas dan lain-lain. Cikgu boleh berjumpa dengan cikgu GPK 1 iatu En Borhan di bilik sebelah ini. Selamat datang saya ucapkan kepada awak, Cikgu Thaqif"
Terang guru besar Kamelia kepadanya.
"Terima kasih puan. Saya harap puan dan warga sekolah menerima saya seadanya. Izinkan saya keluar dahulu ya puan"
"Sama-sama cikgu. Silakan"
Kapten Thaqif bangun dari kerusinya lalu menuju ke pintu bilik. Seiring dengan langkahan beliau menuju ke pintu, Kapten Thaqif merasakan kedengaran sebuah lagu mengiringinya ke pintu tersebut.......
~Gugusan Hari Hari
Indah Bersamamu Kamelia...
Bangkitkan Kembali Rinduku
Mengajakmu Ke SanaInginku Berlari Mengejar Seribu Bayangmu
Kamelia....
Tak Peduli Ku Terjang
Biar Pun Harus Ku Tembus Padang Di lalangTiba Tiba Langkahku Terhenti
Sejuta Tangan Telah Menahanku
Inginku Maki Mereka Berkata
Tak Peduli Kau Berlari
Mengejar Impian Tak Pasti
Hari Ini Juga Mimpi
Maka Biarkan Ia Datang
Di HatimuDi Hatimu(3x)
Kamelia Dihatimu
Dihatimu(6x)~.........Bersambung.....
![](https://img.wattpad.com/cover/80281141-288-k211452.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu Super
AksiyonMengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun...