Suasana di dalam kelas menjadi hening seketika. Ke semua mata murid-murid sedang tertumpu kepada satu susuk badan lelaki yang tegap. Berkemeja warna hitam dan bertali leher warna biru. Rambutnya di sisir rapi ke belah tepi kanan. Matanya merenung tajam ke arah Fitri dan Aniq. Tangan Fitri masih belum dilepaskan oleh lelaki tersebut.
"Aduhhh bang sakit. Lepaskan tangan saya bang"
Fitri mengadu kepada Kapten Thaqif. Kapten Thaqif sengaja mendiamkan dirinya. Selepas itu barulah dia melepaskan tangannya.
"Duduk kamu berdua"
Kapten Thaqif memberikan arahan. Arahan tersebut dipatuhi dengan tanpa kerelaaan oleh Fitri. Namun Aniq masih berdiri disitu seolah-olah sengaja mencabar ego Kapten Thaqif.
"Pssssttt. Aniq. Duduk Aniq. Abang tu suruh duduk"
Kedengaran bisikan Ikhwan pada kawan karibnya. Namun Aniq tidak mengendahkan amaran dari Ikhwan.
"Abang ni siapa nak suruh kami duduk? Dahlah ceroboh sekolah kami dan masuk tanpa kebenaran kelas kami. Lepastu jatuh tangga pula tu"
Pertanyaan Aniq seolah-olah mahu mengundang kemarahan Kapten Thaqif.
"Aku kata. Duduk. Duduk. Faham ke tidak?"
Kali ini suara Kapten Thaqif agak kedengaran keras. Mungkin menunjukkan kepada Aniq bahawa arahannya adalah serius.
""Huhhhhhhh!!"
Aniq mendengus kuat. Dengan perlahan dia mengerakkan kedua kakinya menuju ke tempat duduknya di sebelah Ikhwan.
Kapten Thaqif memerhatikan sahaja tingkah laku Aniq. Dia tidak sangka. Belum sampai 5 minit dia berada di kelas. Sudah berlaku konflik antara dia dengan anak muridnya. Menjadi guru bukan sesenang apa yang dia fikirkan apabila dia menerima tugasan ini.
Kapten Thaqif memerhatikan ke semua murid yang berada kelas di kelas tersebut. Dia mengira bilangan murid di dalam kelas tersebut.
"20 orang. Ini baru seorang tunjuk perangai. Lagi 19 murid ni aku tak tahu lagi perangai macamana"
Keluh Kapten Thaqif.
"Baiklah, kamu semua kenal siapa saya?"
Kapten Thaqif memulakan bicaranya.
" Macamana nak kenal. Nama pun tak beritahu lagi. Bukannya artis popular pun kami nak kenal"
Aniq semakin bersikap kurang ajar. Mungkin dia merasakan Kapten Thaqif yang berdiri di hadapannya adalah hanya seorang penceroboh yang tidak perlu dihormati.
"Kenal!!! Abang yang pagi tadi jatuh tangga di tapak perhimpunan kan? Lepastu pengsan"
Jerit Dayana sambil tersengih. Jelas ternampak beberapa batang giginya yang ronggak akibat dari pengambilan gula-gula tanpa kawalan.
Tersipu malu Kapten Thaqif bila mengenangkan kejadian pagi tadi.
"Bukan itu maksud saya. Tak apalah. Biar saya memperkenalkan diri saya sendiri. Nama saya Thaqif. Cikgu Thaqif "
Ke semua murid-murid yang berada di dalam kelas tergamam.
"Saya akan menjadi guru kelas kamu dan akan mengajar subjek Bahasa Malaysia. Tanpa membuang masa. Cikgu nak kamu perkenalkan diri kamu sendiri."
Maka ke semua murid di dalam kelas tersebut memperkenalkan diri mereka masing. Aniq pada mulanya bercakap dengan mendabik dada, mula menundukkan wajahnya ke lantai. Tidak disangka sekali bahawa manusia dewasa yang menjadi mangsa ejekannya pagi tadi menjadi guru kelasnya. Namun Aniq tetap tidak berpuas hati. Fikiranya ligat berpusing. Apa yang dirancangnya tidak diketahui oleh sesiapa pun.
**********************
"Ahhh, letihnya."
Keluh Kapten Thaqif sendirian. Kepalanya di letakan di atas bantal. Selepas balik dari sekolah tadi. Kapten Thaqif meneruskan pencarian mencari rumah sewanya. Sehinggalah dia akhirnya menjumpai rumah sewanya. Kebetulan di sekitar berhampiran sekolah ada rumah kayu yang agak usang untuk dihuni Namun kerana terdesak, Kapten Thaqif tidak mempunyai pilihan. Pemilik rumah tersebut bernama Hamid. Sudah berumur, agak tinggi,kurus dan agak pendiam perwatakannya. Setelah mempersetujui beberapa syarat yang ditetapkan oleh Pak Hamid. Maka Kapten telah berjaya mendapatkan rumah sewa.
"Tak sangka, jadi cikgu letih juga. Letih otak!!"
Kapten Thaqif terus meluahkan perasaannya. Segala persepsi awal mengenai menjadi guru ini kerja yang senang telah dihapuskan dalam minda Kapten Thaqif. Pelbagai perkara yang bermain di minda Kapten Thaqif. Perkara yang terjadi pada waktu sekolah tadi muncul semula dalam berbentuk gambaran dan berlegar-legar di ruangan otak Kapten Thaqif. Kapten Thaqif hanyut dalam buaian khayalannya sendiri.
Kelopak mata Kapten Thaqif mula menunjukkan tanda-tanda kelayuan. Sedikit demi sedikit matanya ditutup oleh kelopak mata. Kapten Thaqif mula khayal dalam dunia mimpinya.
~Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna merah. Boleh ku bawa ke sekolah. Ponnnn...ponnnn....ponnn. kereta kecilku berbunyi. Marilah adik mari naik . Boleh ku bawa jumpa nenek~
Nada deringan dari telefon bimbit Kapten Thaqif begitu nyaring sekali. Deringan tersebut telah menyebabkan Kapten Thaqif yang pada mulanya yang hampir tertidur, terkejut dengan deringan yang begitu mencuit hati.
"Setan punya Hassan. Tak habis-habis dia kenakan aku ni. Sampai nada dering telefon aku pun dia ubah. Ubah lagu rock ke, nasyid ke, balada ke. Okey la juga. Ni dia bantai bubuh lagu kanak-kanak riang. Kalau dibuatnya nada dering ni berbunyi di sekolah terutama kelas tahun dua tu. Mana aku nak letak muka aku ni."
Sumpah Kapten Thaqif. Kapten Thaqif mengambil telefon bimbitnya. Dia melihat nombor yang sangat di kenalinya.
"Alamak!!"
Jerit Kapten Thaqif.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/80281141-288-k211452.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu Super
БоевикMengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun...