2 Inovasi

2.1K 68 5
                                    

Bunyi riuh rendah kedengaran dari jauh lagi. Kapten Thaqif berjalan perlahan menuju ke kelas mengenangkan nasibnya.

"Level-level aku ni, patut jaga budak-budak pelapis komando. Bukan jaga budak darjah dua. Dahlah kena jadi guru kelas. Ambil kedatangan lukis bulat dan pangkah. So old school sistem pendidikan negara aku ni. Ni tak. Lepas isi kedatangan secara manual. Online punya kedatangan kena isi juga. Entah apa-apa je"

Kapten Thaqif berkata-kata dengan begitu geram sekali. Semuanya gara-gara Cikgu Borhan yang telah menyerahkan tugas serta jadual waktu mengajarnya tadi.

**********

"Assalamualaikum. Boleh saya masuk?"

Cikgu Borhan yang sedang asyik menatap screen monitornya tersentak dengan salam yang diberikan oleh Kapten Thaqif. Jelas kelihatan di screen monitornya laman web YouTube. Lagu goyang Inul di amati dengan penuh bernafsu oleh Cikgu Borhan.

"Ehem.. Boleh saya masuk cikgu?"

Kapten Thaqif sengaja menyapa Cikgu Borhan dengan spontan.

Cikgu Borhan yang terkejut dengan sapaan dari Kapten Thaqif. Terus menutup laman web tersebut dan membuka alunan zikir-zikir. Cikgu Borhan mengelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan mengikut alunan zikir. Seolah-olah beliau begitu khayal dalam alunan zikir tersebut.

"Buat-buat tak dengar pula orang tua ni"

Kapten Thaqif mendengus geram di dalam hatinya.

"Err.. Salam Cikgu. Boleh saya masuk?"

Cikgu Borhan berpura-pura terkejut dengan sapaan dari Kapten Thaqif.

"Eh..Cikgu. Silakan masuk. Maafkan saya. Saya tengah asyik menitipkan di bibir saya zikir-zikir yang begitu indah sekali"

"Terima kasih Cikgu. Saya datang ni nak tanya berkenaan jadual waktu mengajar dan tugas-tugasan lain. Guru besar yang suruh saya datang jumpa cikgu."

"Ooohh. Betul-betul. Saya dah siapkan jadual waktu mengajar awak ni. Sebelum tu saya nak bagi tahu awak sesuatu ni. Kebetulan sebelum awak masuk ni ada cikgu Rahimah telah berpindah sekolah. Cikgu Rahimah tu menjadi guru kelas tahun 2 Inovasi. Dah alang-alang kamu masuk sini. Saya beri kamu jawatan guru kelas tu ye."

Cikgu Borhan merupakan seorang guru lelaki yang berumur 44 tahun. Botak. Berbadan gempal. Masih bujang. Tidak diketahui kenapa Cikgu Borhan masih berstatus bujang. Tidak hairanlah kenapa raut wajah muka Cikgu Borhan mempunyai ciri-ciri lelaki yang dahagakan kasih sayang seorang wanita.

"Boleh cikgu. Boleh. Tak ada masalah"

Jawab Kapten Thaqif tenang.

"Baiklah. Tugas-tugas lain. Nanti saya akan maklumkan pada awak ye. Sekarang awak masuk dulu kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan"

*********************

Kelas 2 inovasi berada di bangunan blok B. Blok B menempatkan kelas-kelas tahap 1. Iatu tahun 1,2 dan 3. Selain itu juga bangunan blok b juga menempatkan kelas pemulihan dan stor pendidikan jasmani.

Kapten Thaqif melangkah perlahan menaiki tangga. Kedengaran suara budak-budak tahun 2 semakin kuat. Begitu bising sekali. Begitulah keadaannya di sekolah apabila guru tiada di dalam kelas. Pelbagai perkara aneh yang dilakukan oleh murid-murid apabila berada di dalam kelas.

Sebelum memasuki kelas 2 Inovasi tersebut. Kapten Thaqif memutuskan ingin mengintip kelakuan murid-murid kelas tersebut. Kapten Thaqif menunjukkan kebolehannya sebagai tentera elit dalam melakukan kemahiran pengintipan.

Kelas 2 inovasi sangat bising. Kelihatan Aniq dan Ikhwan yang menjumpai Kapten Thaqif di kolam sekolah sedang berlari-lari di sekeliling kelas. Sungguh aktif mereka berdua. Kapten Thaqif juga melihat sekumpulan murid perempuan sedang bermain-main permainan menjual burger.

" Pelik juga aku. Bukan ke patutnya perempuan ni suka main masak-masak yang lebih keperempuanan."

Kapten Thaqif berasa kehairanan dengan situasi yang dia telah lihat.

"Anis. Saya nak order burger unta satu"

Dayana membuat gaya memesan burger. Kelihatan Anis berlakon sedang menterbalikkan daging burger yang diperbuat daripada tanah liat warna hijau.

" Burger unta ya? Baiklah. Sekejap ye Anis"

"Berapa harganya?"

"Murah je. 200 ringgit"

"Mana logiknya"

Bentak Kapten Thaqif.

Kapten Thaqif mengaru kepalanya. Burger berharga RM200. Tidak tercapai akal manusia dewasa apabila memikirkan harga burger tersebut. Tetapi inilah imaginasi kanak-kanak atau murid sekolah. Mereka meneroka minda dan imaginasi dengan tahap tertinggi. Seseorang manusia dewasa, lagi-lagi bidangnya bukan seorang guru. Mungkin tidak akan memahami logik akal seorang kanak-kanak.

" Wei apa ni!!!!!"

Tiba-tiba satu kekecohan berlaku. Kelihatan seorang murid lelaki telah menolak Aniq ke belakang.

" Kenapa aok tolak keh?!!"

Marah Aniq.

"Aok tu lari-lari lepastu terkena keh punya menara ni."

Kelihatan pemadam yang agak banyak terjatuh di atas meja dan lantai. Menara tersebut disusun dengan penuh hemah dan teliti oleh murid lelaki tersebut. Tetapi apabila menara yang sudah mencecah ketinggian sepanjang pembaris panjang itu jatuh rebah menyembah bumi, Fitri tidak tertahan lagi marahnya.

"Ala aok ni Fitri. Keh bukan sengaja"

Aniq mempertahankan dirinya. Nama murid lelaki tersebut adalah Fitri. Fitri mula mengigit bibirnya. Geram. Penumbuk digenggam erat. Dengan beberapa saat satu tumbukan dihayunkan kepada Aniq.

Huarghhhhhhh....

"Alamak!"

Perkataan tersebut terpacul di mulut Kapten Thaqif.

Kapten Thaqif perlu melakukan sesuatu. Dia harus keluar dari tempat persembunyiannya. Dia harus segera menghentikan pergaduhan tu. Kalau tidak. Malapetaka jadinya. Kapten
Thaqif terjun dari atas siling kelas tersebut melalui lubang laluan siling. Ya, Kapten Thaqif mengintip kelakuan mereka semua dari atas siling kelas 2 Inovasi.

Papppp

Tumbukan itu disambut oleh satu tangan. Tangan yang mempunyai urat-urat besi hasil dari latihan yang amat berat. Tumbukan itu singgah di telapak tangan Kapten Thaqif. Dia berjaya menghalang tumbukan Fitri tersebut dari singgah ke muka Aniq.

Suasana bising yang pada mulanya memenuhi ruang kelas tersebut, tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semuanya gara-gara kemunculan Kapten Thaqif yang entah dari mana datangnya yang tiba-tiba muncul di dalam kelas mereka.

"Eh, abang jatuh tangga pagi tadi lah?"

Ayat tersebut terpacul dari mulut Aniq. Kapten Thaqif merenung tajam ke arah Aniq.

"Fuh, kemunculan aku kali ini amat bergaya dan mengagumkan"

Kapten Thaqif memuji dirinya sendiri dalam hati. Kesemua murid-murid seolah-olah terpaku dengan apa yang berlaku. Begitu pantas perkara itu berlaku. Kesemua mata mereka memerhatikan kepada satu susuk tubuh yang agak tegap.

"Wow.. Cikgu baru ke ni?"

Terdengar bisikan daripada murid-murid perempuan kelas tersebut.

Bersambung......











Cikgu SuperTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang