Permulaan

3.2K 98 78
                                    

"San, Benta tu dimana San? Aku tak pernah dengar pun"

Tanya Kapten Thaqif pada sarjan Hassan.

" Tuan. Bukan ke saya dah beri pada tuan segala butiran yang perlu tuan tahu mengenai Benta dan SK Benta dalam fail merah tu. Tuan tak baca ke? Ni lah melayu. Dah jadi Kapten elit pun masih pemalas"

Bebel Sarjan Hassan pada Kapten Thaqif.

Panggggggg!!!!!

Kelihatan Sarjan Hassan berbuih mulutnya dan menggelupur di atas lantai bilik kerana lempangan dari Kapten Thaqif.

"Tak guna punya Hassan. Aku tanya betul-betul kau ceramahkan aku pula ya"

Kapten Thaqif berlalu meninggalkan Sarjan Hassan keseorangan. Dia mengemaskan barang-barang yang perlu dia bawa ke tempat baharunya kelak.

" Ah..ya tak ya. Pakaian seorang guru. Aku haram tak ada satu pun lagi ni. Tak akan aku nak pakai uniform tentera ni pula. Kantoilah nanti. Nak kena beli ni. "

Tap..tap..tap..

Bunyi tapak kaki. Telinga Kapten Thaqif begitu sensitif. Mungkin status dia sebagai tentera elit menyebabkan segala deria mata, telinga ,kaki dan tangan menjadi lebih peka dalam keadaan persekitaran.

Zaaassssss!!!!!... Kapten Thaqif dengan pantas memalingkan muka dan badannya serta menghayunkan tangannya ke atas diikuti dengan penumbuknya yang digenggam erat. Namun sebelum penumbuk tersebut menemui sasarannya. Kapten Thaqif sempat menahan penumbuknya dari kena ke sasaran yang ingin dituju.

"Tuannnn!!!!.... "

Jerit Sarjan Hassan terkejut.

"Laa..engkau rupanya San. Macamana boleh sedar awal ni. Selalunya mangsa lempangan aku ni paling kurang dua bulan koma. Mujur aku tahan penumbuk aku tadi. Ni kalau kena ni. Jadi Mr Bean muka kau nanti. Buat lagi macamtu"

Terang Kapten Thaqif.

"Ala Tuan. Saya bergurau je tadi. Ni saja nak test tuan. Hehehehe"

Jawab Sarjan Hassan dengan muka yang agak lega.

"Hahh. Terlanjur kau ada ni San. Aku nak tanya ni. Apa pakaian seorang guru lelaki hah ? T-Shirt? Jubah? Baju Melayu? Kurta?. Cuba bagi tau aku. Jawab elok-elok. Jangan nak main-main. Tapi kalau kau nak rasa tendangan aku pula dipersilakanlah"

Tegas Kapten Thaqif pada Sarjan Hassan.

"He..he..he.. Tak nak tuan. Ala tuan ni. Semenjak kena menyamar jadi Cikgu ni kemain tacingnya. Ini saya nak bagitau la ni.Pakaian seorang guru lelaki adalah berbaju kemeja lengan panjang, tali leher,bertali pingang kulit, seluar slack dan kasut kulit hitam. Jenama tu tuan boleh cari sendirilah. Untuk baju, tali leher dan seluar tuan boleh cari di butik Padini . Kena dengan citarasa orang muda masa kini tuan. Manakala kasut dan tali pinggang tu tuan pandai-pandai la cari. Banyak dekat kedai-kedai kasut."

Jelas Sarjan Hassan pada Kaptennya.

"Ooooo" tanda Kapten Thaqif faham dengan penjelasan Sarjan Hassan.

Sarjan Hassan menyambung lagi.

"Eh tuan. Tak akan hal uniform cikgu lelaki tuan tak tahu. Dulu masa sekolah rendah dan menengah dulu tuan tak pernah tengok cikgu lelaki sekolah tuan ke?"

Tanya Sarjan Hassan kehairanan.

"Aku private home school. Mana aku tahu semua benda ni"

Jawab Kapten Thaqif dalam keadaan nada sedikit angkuh.

"Ooohhh patutlah tak boleh nak bawa bergurau. Tak banyak kawan rupanya."

Kata Sarjan Hassan dengan perlahan.

Zappppppp!!!

Jari telunjuk Kapten Thaqif mengenai urat di tengkuk Sarjan Hassan. Badan Sarjan Hassan menjadi kaku. Mulutnya terkunci dan hanya matanya yang boleh bergerak. Jurus tikaman jari telunjuk yang dipelajari oleh Kapten Thaqif melalui komik Alam Perwira karya Tony Wong diaplikasikan dengan begitu jayanya. Ramai musuh yang tumbang dengan gerakan rahsia Kapten Thaqif. Mangsa terbarunya adalah Sarjan Hassan itu sendiri.

"Hahhh. Berdirilah disini selama 2 hari. Main-main lagi dengan aku. Nama pun tentera elit. Kah..kah..kah"

Gelak Kapten Thaqif sambil terus mengemaskan barangnya yang belum selesai dikemas.

Kelihatan juga biji mata Sarjan Hassan melilau-lilau tidak tentu hala untuk menagih simpati kepada Sarjan Hassan.

" Tak ada..tak ada. Dua harilah berdiri terpaku situ. Aku sibuk mengemas ni."

Kapten Thaqif mengemaskan barang-barang dia tanpa menunjukkan sedikit pun simpati terhadap pegawai bawahan dia.

Itulah perwatakan Kapten Thaqif. Tenang tetapi tegas dan kejam.

Bersambung...










Cikgu SuperTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang