"Semoga berjaya melaksanakan misi penting ini Kapten. Jika kamu berjaya mengesan pergerakan militan IS tersebut. Makanya ia menjadi satu kejayaan yang besar untuk negara. Satu perkara yang kamu kena ingat, di sana kamu bergerak secara berseorangan. Tiada siapa yang akan mengenali kamu. Guru besar sekolah tersebut juga tidak mengenali siapa kamu sebenarnya Kapten. Sentiasa update maklumat yang kamu perolehi kepada saya . Misi ini hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja demi menjaga status misi ini"
Pegawai atasan tersebut memberikan briefing ringkas dengan nada ala-ala Dato Yusof Haslam. Terpengaruh dalam cerita Gerak-Gerak Khas mungkin.
" Baik tuan!!!"
"Baiklah. Kalau faham, kalau boleh melapor diri di SK Benta pada hari esok iatu Isnin 7 Ogos 2016. Semoga berjaya Kapten"
"Terima kasih tuan!!!!"
*******
Vroooommmmmmmmm...vroommmmmm!!!!...sreetttt....vroommmmm!!!
Kereta Honda FD berwarna merah meluncur laju di lebuhraya karak. Meter kereta yang dipandu menunjukkan angka 180kmh. Namun Kapten Thaqif tenang memandu dengan menggunakan satu jari sahaja. Satu demi satu kereta dipintas oleh Kapten Thaqif. Waze menunjukkan destinasi ke satu tempat yang agak asing untuk Kapten Thaqif. Tempat yang telah ditetapkan adalah ..BENTA.. Kapten Thaqif mengelamun sendirian bagaimana rupanya tempat bernama Benta itu.
Tiba-tiba....
"Celaka..kereta mana pula yang bagi lampu tinggi ni. Ah, Ferrari berjenama perodua rupanya. Raja lebuh raya orang kata"
Kelihatan Myvi di belakang menyalakan lampu tinggi beberapa kali menandakan kereta Honda FD yang dipandu oleh Kapten Thaqif menghalang laluannya. Meter sudah menunjukkan angka 200 kmh.
Vroommmmmmm...vroommmmm..
Kedua-dua kereta bergerak dengan begitu laju. Mereka berdua berlumba antara satu sama lain. Masing-masing ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Tidak ingin kalah. Ini soal maruah dan ego. Kapten Thaqif terpaksa mempertahankan maruah dan egonya. Mana mungkin kereta Myvi menapau sebuah kereta Honda FD miliknya. Manakala pemilik Myvi pula mengejar kemasyhuran kerana jika dia berjaya memotong Si Honda FD maka pemilik Myvi seantero dunia akan merasa bangga dengannya.
Kapten Thaqif begitu asyik memecut. Baginya, perlumbaan haram ini perlu ditentukan pemenangnya. Sedang asyik Kapten menikmati perlumbaan haram tersebut. Kapten Thaqif terlihat papan tanda .
" Celakaaaaaaa.. Macamana aku boleh terlepas ke Temerloh ni. Sepatutnya aku keluar exit karak tadi. Ni Myvi belakang punya pasal la ni.!!!"
Maki Kapten Thaqif. Tanpa membuang masa, Kapten Thaqif memperlahankan kenderaannya lalu memandu keretanya ke lorong kiri lebuhraya. Perbuatan Kapten Thaqif tersebut memberi peluang kepada Myvi dibelakangnya memotong kereta Honda FD miliknya. Bila kereta mereka sudah bersebelahan. Pemandu Myvi itu menurunkan cerminnya. Jelas kelihatan pemandunya yang memakai spek hitam dan mengangkat kedua keningnya beberapa kali menandakan dia sudah menang serta bertujuan melancarkan provokasi. Selepas beberapa saat. Myvi berwarna kuning hilang dari pandangan Kapten Thaqif.
Hati Kapten Thaqif membara. Dia terpaksa membuang egonya.
"Aku harap enjin Myvi tu terbakar"
Sumpah seranah terpacul dari mulut Kapten Thaqif.
Kapten Thaqif membuat u-turn di exist Temerloh dan menghala ke karak semula. Hanya mengikuti hala tuju yang ditunjukkan oleh Waze. Bagi menenangkan hatinya yang membara, Kapten Thaqif mengeluarkan pendrive yang mempunyai zikir munajat alunan Hafiz Hamidun dan mencucuh pendrive tersebut di USB radio.
"Sepatutnya Hafiz Hamidun padan buat lagu dan zikir jela. Ni jadah apa buat buku penuh gambar dia je"
Vrooooommmmmmmmmm..... kereta Kapten Thaqif memecut laju menuju ke destinasi.
*************
"Harammm punya Hassan. Dia kata Benta ni kota Metropolitan. Rupanya pekan kecil je. Kena lagi aku ni."
Mata Kapten Thaqif melilau melihat sekeliling pekan Benta. Jam pada waktu ketika itu menunjukkan hampir 6 petang.
"Wow!!! Ada Mempaga Fresh. Bolehlah dari tak ada apa"
Benta adalah satu kawasan atau zon yang berada di daerah Lipis. Penduduknya terdiri daripada pelbagai masyarakat. Namun majoritinya disini adalah kaum cina. Di ikuti dengan kaum melayu. Ke semua penduduk di situ mereka tinggal dalam keadaan bersederhana dan harmoni. Keadaan geografi pekan Benta dikelilingi dengan hutan bukit bukau menambahkan lagi kedamaian di Pekan Benta. Ada satu daya penarik
di Pekan Benta yang tidak ramai orang tahu. Di Benta terdapat satu lapangan terbang mini yang dibina dari zaman British dan telah beroperasi sehingga tahun 90an." Hurmm, kawasan ini agak strategik untuk kegiatan militan IS"
Kapten Thaqif membuat hipotesis awal.
"Ah, apa-apapun aku nak cari rumah sewa dulu"
Kapten Thaqif meronda-ronda di sekitar pekan Benta untuk melihat jika ada rumah yang untuk disewakan. Hampir ke waktu Maghrib dia mencari namun dia masih tidak berjaya mencari rumah sewa.
Kapten Thaqif memutuskan untuk singgah di Masjid Benta untuk membersihkan dirinya seterusnya melaksanakan kewajiban sebagai hamba Allah iatu solat Maghrib secara berjemaah.
Kriukkk..kriukkkk..kriukk
Bunyi sesuatu dari perut Kapten Thaqif.
"Aduh..lapar pula. Kena cari kedai ni."
Kapten Thaqif mencari kedai berhampiran untuk mengisi perutnya yang kosong. Kapten Thaqif mencari kedai yang berhampiran lalu duduk di meja yang kosong"
"Bang, order nasi goreng paprik daging dan air teh o ais satu"
Sambil-sambil menunggu pesanannya sampai. Kapten Thaqif terdengar penyampai berita buletin utama TV3 menyampaikan satu berita yang menarik perhatiannya.
"Enjin kereta Myvi terbakar di lebuh raya Gambang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan "
Di kaca TV tersebut, kelihatan pemilik Myvi tu bersandar di tepi penghadang jalan di tepi lebuh raya tersebut. Meratapi nasib malang yang sedang menimpanya.
" kah...kah...kah...kah.."
Gelak Kapten Thaqif kepuasan.
Bersambung.....

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu Super
ActionMengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun...