Misi

1.5K 64 5
                                    

Klukk...klikk

Bunyi pintu ditutup dan dikunci rapi.
Setelah melihat Kak Mas serta Puan Kamelia telah beredar melakukan kerja masing-masing, Kapten Thaqif terus memulakan perbualan.

"Kau buat apa ni Hassan? Kenapa kau ada disini? Ini misi aku! Kau akan merosakkan penyamaran aku!"

Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Sarjan Hassan.  Sarjan Hassan menghadapi soalan ibarat peluru sesat yang sedang menghujaninya.

"Sabar kapten. Sabar. Biar saya terangkan dahulu. Sebena......."

"Terang apanya lagi san. Kau ni dah langgar arahan dan etika kerja kita ni"

Belum pun sempat Sarjan Hassan menghabiskan ayatnya, Kapten Thaqif terlebih dahulu memotong kata-kata Sarjan Hassan. Namun Sarjan Hassan tetap tenang.

"Sabar kapten, sabar. Ini semua arahan dari Jeneral Khalid. Saya dihantar sini untuk membantu kapten dalam menyelesaikan misi ini. Lagi pun....."

Sarjan Hassan agak serba salah untuk menghabiskan ayatnya.

"Lagi pun apa san?"

"Errr, saya harap Kapten tak berkecil hati. Lagi pun Jeneral kata, Kapten terlalu perlahan dalam melaksanakan misi kali ini. Jadi dia yang hantar saya untuk membantu Kapten"

"Apa? Terlalu perlahan. Aduhh . Kau tak tahu san. Bukan senang jadi cikgu ni. Aku terpaksa jalankan tugas aku sebagai cikgu untuk menyakinkan pihak sekolah yang aku ni betul-betul cikgu.  Waktu sekolah macam ni aku bukan boleh keluar sesuka hati san. Kalau aku keluar, nanti orang syak. Jadi waktu aku keluar siasat pun lepas pukul 2.00 petang. Tak banyak masa san. Lagi pun maklumat yang aku dapat cari pada waktu sekarang  sangat-sangat sedikit. Seolah-olah ahli militan IS macam tahu kita sedang memantau mereka. Mereka macam memperlahankan aktiviti mereka san."

Kapten Thaqif menerangkan dengan panjang lebar. Sarjan Hassan hanya mengangguk faham. Lagak gayanya persis guru penolong kanan yang telah berkerja selama 20 tahun.

"Tak apa kapten. Saya ada maklumat terbaru. Kata-kata Kapten ada benarnya. Memang mereka memperlahankan kegiatan mereka. Tapi maklumat terbaru yang saya dapat. Mereka akan menghantar bekalan senjata pada militan IS di sini. Jadi misi terbaru kita adalah untuk menghentikan dan memusnahkan operasi mereka"

Maklumat terbaru yang diberikan oleh Sarjan Hassan sedikit sebanyak memeranjatkan Kapten Thaqif.

"Bila penghantaran tu akan berlaku?"

"Dua hari lagi kapten. Pada hari sabtu ini.", Terang Sarjan Hassan.

"Dua hari lagi? Kita kena siapkan diri kita san. Kau ada bawa kelengkapan kau? Maksud aku senjata?"

"Jangan risau kapten,saya bawa kelengkapan yang selengkapnya. Ah sebelum terlupa. Sini tuan. Lokasi penghantaran senjata tu akan berlaku", sarjan mengambil tabnya dan menunjukkan satu peta maya yang berada didalam tabnya.

"Ah, kawasan ni aku dah pernah pergi. Berhampiran tempat pondok kecil yang berada di tengah hutan. Maknanya tempat tu memang tempat mereka berkumpul. " , terang Kapten Thaqif.

"Kemungkinan besar juga kapten" sarjan Hassan mengiakan kata-kata Kaptennya.

"Baiklah Hassan. Hari jumaat malam  sabtu kita akan menyusup masuk ke dalam hutan berhampiran kawasan tersebut. Kita kena bersedia lebih awal. Balik sekolah nanti, aku nak kau sediakan segala kelengkapan kita berdua. Faham san"

"Baik Kapten!!", Sarjan Hassan menghentakkan kakinya lalu membuat tabik hormat tanda faham dengan tugasan yang telah dia terima.

"Oii Hassan. Kang ada orang nampak!"

Kapten Thaqif membulatkan matanya. Perbuatan Sarjan Hassan sebentar tadi boleh menyebabkan orang lain curiga dengan tindak tanduk mereka.

Tok..tok..tok..

Bunyi pintu diketuk. Diluar bilik tersebut ternampak Puan Kamelia sedang menunggu di luar. Kapten Thaqif dan Sarjan Hassan pada masa itu kelam kabut bila melihatkan Puan Kamelia sedang berdiri memerhatikan mereka dari luar. Kapten Thaqif dengan tergesa-gesa membuka pintu.

"Puan. Kenapa puan?", Tanya Kapten Thaqif.

"Errr kamu berdua buat apa tu?", Puan Kamelia menjawab pertanyaan Kapten Thaqif dengan soalan.

"Errrrr..kami....errrr", Sarjan Hassan tergagap-gagap untuk menjawab. Kapten Thaqif tahu dia memerlukan jawapan yang tepat dan sesuai untuk memusnahkan persoalan yang sedang bermain di minda Puan Kamelia.

"Tak ada apa puan, tadi Cikgu Hassan ni tunjukkan cara terbaru untuk tabik hormat dalam tunas kadet remaja sekolah puan. Saya yang tanya dia tadi. Jadi dia tunjukkan pada cara yang betul", terang Kapten Thaqif dengan muka yang yakin.

"Ooo macam tu rupanya. Bagus betul cikgu Hassan ni. Banyak ilmu" puji Puan Kamelia pada sarjan Hassan.

"Haaa betul puan. Lagipun cikgu Thaqif ni bukan tahu apa-apa pun. Maklumlah cikgu baru. Mentah lagi.",
Sarjan Hassan kembali yakin dan bertenang. Bukan sahaja yakin, tetapi terus mengenakan Kapten Thaqif.

Kapten Thaqif hanya tersenyum kelat.

"Ha..ha..ha", gelak yang penuh kepalsuan dari Kapten Thaqif. Mulutnya terkumat kamit seperti menyumpah sesuatu. Sambil gelak dan sambil menyumpah. Menyumpah pada situasi yang sedang berlaku. Dia seorang Kapten elit dan Sarjan Hassan adalah askar dibawah jagaanya , namun kerana penyamaran yang dilakukan dalam operasi ini. Dia terpaksa mengalah.

"Betul puan. Banyak yang perlu saya belajar dari Cikgu Hassan ni. Maklumlah kawan lama saya" , kata Kapten Thaqif sambil tangannya menepuk-nepuk belakang badan sarjan Hassan. Namun tepukan yang dilakukan oleh Kapten Thaqif bukan biasa.  Badan sarjan Hassan Bergoyang ke depan dan ke belakang apabila tangan Kapten Thaqif menyentuh belakang Sarjan Hassan.

"Uhuk..uhuk..hukk!"

Sarjan Hassan terbatuk kerana tepukan itu agak kuat. Dia menyendari bahawa itu adalah amaran daripada kaptennya. Dia perlu berhenti daripada terus mengusik kaptennya.

"He..he..he Oh. Lupa pula. Puan nak berjumpa saya atau Cikgu Thaqif?" , Dengan segera sarjan Hassan mengubah topik.

" Ah saya nak bagitahu sesuatu ni. Ini hah tadi PPD telefon sekolah. Dia minta kita tolong tengokkan maklumat murid dalam APDM. Katanya ada masalah sikit. Cuba cikgu Hassan tolong tengokkan?"

"APDM? Apa tu puan?", Tanya sarjan Hassan dengan bodohnya.

"Eh, APDM la. Tak akan tak tahu?", Puan Kamelia kehairanan.

"Ala cikgu Hassan. APDM..APDM yang tulaaaaah..yang biasa kita buat tu" Kapten Thaqif sekali lagi cuba menyelamatkan keadaan. Sambil membulatkan mata dan mengangkat keningnya kepada Sarjan Hassan.

"Errr..Oooo APDM tu puan. Saya tahu..saya tahu. Baiklah nanti saya tengokkan" , jawab Sarjan Hassan. Walaupun dia sendiri tidak tahu apa itu APDM. Dia terpaksa berpura-pura tahu.

"Ish cikgu ni. Main-main. Tapi saya suka..saya suka. Hahahahahhahaha", Puan Kamelia tergelak lalu berpusing meninggalkan bilik tersebut.

Kapten Thaqif dan Sarjan Hassan berpandangan antara satu sama lain. Raut wajah  mereka jelas kelihatan lega kerana berjaya mengelak daripada situasi tadi.

"APDM tu apa kapten?"

"Entah. Aku pun baru dengar tadi"

Mereka berdua mengaru kepala mereka tanda memikirkan sesuatu. Tiba-tiba mereka berkata dengan serentak ...

"Haaaaaahh. Kita google!!!!"

Bersambung.......










Cikgu SuperWhere stories live. Discover now