Hospital

1.9K 88 45
                                    

Kelopak mata Kapten Thaqif mula bergerak. Dia mula membuka matanya sedikit demi sedikit. Namun dia bingung.  Kepala dan badannya terasa sakit dan sengal. Penglihatan dia masih lagi kabur.  Namun dalam kesamaran itu. Dia terlihat satu  raut wajah yang menenangkan. Kapten Thaqif cuba mengecilkan matanya.  Tujuannya hanya satu. Supaya  dia dapat memfokuskan kepada raut wajah yang seolah-olah sedang sibuk melakukan sesuatu. 

Raut wajah yang diamati oleh Kapten Thaqif semakin lama semakin jelas. Seorang gadis yang berkulit putih, matanya yang bundar tenang, keningnya  hitam yang tebal, bibirnya yang nipis namun kemerah-merahan dan mukanya berbujur sireh. Cantik, memang tersangat cantik.

"Bidadari? Aku dekat syurga ke ni?", secara tiba-tiba sahaja ayat tersebut terpacul keluar dari mulut Kapten  Thaqif.

Benar.  Gadis yang sedang seolah-olah menguruskan dirinya itu amat cantik.  Mungkin juga Kapten Thaqif jarang bertemu dengan gadis-gadis kerana sibuk  dalam menyelesaikan misi-misi bahayanya. Jadi mungkin itu penyebab gadis yang dia sedang lihat ini, tersangatlah cantik.

Gadis tersebut terkejut mendengarkan ayat yang diungkapkan oleh Kapten Thaqif.

"Gila", ayat yang dibalas oleh gadis tersebut kepada Kapten Thaqif. Mukanya mencuka dan dengan serta merta,  wajahnya yang tenang tadi bertukar menjadi marah.

"Aik. Bidadari pun mencarut ke?" tanya Kapten Thaqif mula kehairanan.

Tiba-tiba...

"Kapten!!!.. Kapten dah sedar ke? "

Satu wajah yang amat dikenalinya.  Wajah yang sentiasa menghantuinya semenjak dia mula bertugas sebagai  tentera elit. Wajah tersebut berada betul-betul  di hadapan muka Kapten Thaqif. Mata bertentang mata.

" Aduhh. Aku dekat neraka ke ni.  Kenapalah kau ada di sini Hassan.  Rosak mood aku ni"

Kapten Thaqif kecewa.  Disangkanya bidadari syurga,  namun Hassan yang muncul.

"Sampai hati Kapten. Saya yang menunggu semasa Kapten pengsan dari pagi tadi sampai pukul 8 malam ni tahu? Sampai tertidur saya dibuatnya. Begini Kapten layan ye.  Sedih hati saya." Sarjan Hassan mula berdrama.

Kapten Thaqif menunjukkan muka yang meluat.  Dia tahu Sarjan  Hassan suka membuat drama.

"Dahlah gila. Gay pula tu. Nak bermesra-mesra, pergi balik ke rumah. Sinikan hospital",  secara tiba-tiba gadis tadi bersuara.

Kapten Thaqif yang pada mulanya sibuk  melayan karenah Sarjan Hassan, terus berpaling kepada gadis tersebut.

"Amboii mulut. Awak ni muka je cantik.  Tapi mulut macam longkang.  Awak buat apa dekat sini?"

Kapten Thaqif mula geram.

"Gila, gay. Tambah satu lagi.  Bodoh. Sinikan hospital. Baju yang saya pakai ni. Baju apa?  Tak akan tak pernah tengok  baju jururawat? "

Sejurus gadis itu berkata sedemikian. Dia terus berpaling dan mengambil barang-barang, baju pesakit yang telah dipakai dan peralatan keluar dari bilik Kapten Thaqif.

Kapten Thaqif tergamam.  Dia terasa begitu bodoh sekali. Kenapa dia tidak perasan bahawa gadis yang melayan dia tadi adalah seorang jururawat. Dia juga baru sedar, bahawa dia sedang berada di hospital gara-gara kejadian pagi  tadi.

"Kahkahkahkah"

Hilai ketawa yang memenuhi ruang bilik yang didiami oleh Kapten Thaqif.  Benar, suara tersebut datangnya dari manusia yang amat menjengkelkan buat Kapten Thaqif. Suara gelak ketawa dari Sarjan Hassan. Bagi Hassan, kejadian tadi sungguh melucukan.  Kaptennya iatu seorang tentera elit,  telah diperkotak katikkan begitu  sahaja dengan seorang gadis.

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now