Rancangan Pengajaran Harian

1.7K 64 4
                                    

Nombor yang terpapar di skrin telefon bimbit Kapten Thaqif itu adalah nombor kod sulit bagi anggota tentera elit. Jika nombor ini keluar, bermakna perbualan tersebut telah ditetapkan kepada kawalan keselamatan yang tertinggi. Hanya pemanggil dan orang yang menjawab panggilan tersebut yang mengetahui apa yang sedang dibincangkan. Tiada pintasan, tiada curi dengar dari pihak lain .

"Ini nombor jeneral Khalid ni!!"

Kapten Thaqif kelihatan cemas. Bosnya yang dikenali sebagai Jeneral Khalid ni merupakan pegawai tertinggi di Angkatan Tentera Malaysia yang sangat tegas dan garang. Jika ada perkara yang jeneral Khalid tidak gemari. Maka berbondong-bondonglah maki hamun yang bakal diterima. Paling yang tidak boleh di terima oleh akal, kucing juga pernah di maki oleh Jeneral Khalid. Puncanya hanya satu. Kucing itu telah mengintai jeneral Khalid sedang melepaskan 'hajat'nya di tandas. Begitulah tahap ketegasan yang dimiliki oleh jeneral Khalid.

Kapten Thaqif dengan segera menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum tuan. Kapten Thaqif disini melaporkan diri, tuan!!!"

"...Hurmmmmmmmmmmmmm.."

Hanya kedengaran keluhan yang agak panjang. Peluh mula membasihi dahi Kapten Thaqif.

"Tuan!"

Sekali lagi Kapten Thaqif memulakan perbualan.

"Ya, Kapten....Dari hari pertama lagi saya menunggu laporan dari kapten. Tapi langsung tak ada dengar khabar berita dari kamu"

Suara Jeneral Khalid agak keras.

"Errr maafkan saya tuan. Saya terlalu sibuk dengan hal sekolah tuan. Tak sempat nak laporkan pada tuan"

" Engkau ni cikgu atau tentera? Aku hantar ke sana untuk engkau sibuk kan diri dengan hal sekolah atau kerja risikan engkau!!!"

Suara Jeneral Khalid semakin keras. Penggunaan bahasa ganti diri telah bertukar menjadi aku dan engkau jelas menunjukkan dia berang dengan tindak tanduk yang dilakukan oleh anak buahnya.

"Tentera tuan!!"

Jawab Kapten Thaqif. Dia tidak berani memberikan lagi alasan. Jika membiarkan api kemarahan Jeneral Khalid menjadi besar. Buruk padahnya buat Kapten Thaqif.

"Baiklah, apa maklumat yang kamu dapat sepanjang berada dua hari disana?"

'Malapetaka ni!!'

Kapten berperang dengan dirinya sendiri. Jika dia berikan alasan lagi bermakna dia seolah menyerahkan lehernya untuk dipancung.

" Oh mengenai itu. Saya dah perhatikan sekitar kawasan ini tuan. Pada pendapat saya. Memang kawasan disini amat sesuai untuk aktiviti militan dan pengganas tuan. Sekarang saya sudah mulakan proses seterusnya iatu proses mendapatkan maklumat "

Terang Kapten Thaqif panjang lebar dan dia berharap penjelasan yang dia berikan akan membuatkan Jeneralnya berpuas hati.

"Hurmm.. Baiklah Kapten. Saya menunggu lagi laporan daripada kamu . Kali ini saya mahukan lebih lagi maklumat"

' Fuhhh, Alhamdulilah. Lega aku'

"Baiklah tuan. Terima kasih tuan!"

Perbualan dimatikan .Kapten Thaqif menarik nafas lega. Bencana dapat dielakkan. Setelah beberapa ketika, Kapten Thaqif tertidur kerana kepenatan.

***********************************

Hujan membasahi bumi Benta dikala waktu pagi. Kabus yang menyelubungi permukaan bumi Benta menambahkan lagi kedamaian bagi mata yang memandang. Kesejukan yang menyentuh kulit seterusnya menerjah masuk ke tulang belulang seseorang manusia boleh menyebabkan mereka kembali baring di atas tilam dan kembali berdengkur.

Tetapi tidak bagi seseorang manusia bernama Thaqif. Pukul 5.30 pagi lagi Kapten Thaqif bangun untuk mandi dan mempersiapkan diri. Rutinnya sebagai tentera elit menyebabkan dia terbiasa untuk bangun awal.

Hari ini merupakan hari kedua Kapten Thaqif menyamar menjadi guru di sekolah SK Benta.

"Awal cikgu?"

Jam menunjukkan pukul 6.50. Namun Kapten Thaqif sudah terpacak segak di pintu pagar sekolah. Pengawal keselamatan yang bernama Saiful itu menegur Kapten Thaqif. Mungkin agak janggal baginya seorang guru lelaki hadir seawal mungkin ke sekolah.

"Eh. Abang Saiful. Tak ada la awal mana. Tu ada cikgu lagi awal dari saya tu."

"Eh mana kereta cikgu?"

"Oh, kereta tinggal je dekat rumah sewa. Sebab dekat je dengan sekolah"

"Oooo macamtu. Ah. Sekejap. Saya bukakan pagar untuk cikgu"

"Terima kasih bang"

Balas Kapten Thaqif dengan sopan. Dia terus menuju ke pejabat untuk menulis nama di buku kedatangan guru. Kapten Thaqif memeriksa jadual mengajarnya di meja yang berada di bilik guru.

"Aduh, sekarang masa free. Lepas rehat baru ada kelas ni. Apa aku nak buat 2 3 jam lagi ni"

Bebel Kapten Thaqif .

"Buat RPH lah"

Balas seseorang. Suara itu datangnya dari seorang perempuan. Cikgu Siti. Cikgu Siti merupakan cikgu yang agak senior di situ. Kurus dan agak rendah. Jika berdiri di sebelah Kapten Thaqif. Ketinggian Cikgu Siti hanya mencapai bawah bahu Kapten Thaqif. Dari raut wajahnya, Cikgu Siti ini berumur dalam lingkungan pertengahan 30an.

"Eh kak Siti. Awal hari ni. Tapi apa kebenda RPH tu kak?"

"Hahahahaha. Pandailah Cikgu Thaqif ni buat kelakar pagi-pagi ni. Jarang cikgu lelaki datang awal lepas tu buat kelakar pagi-pagi buta. Nice try cikgu"

Kapten Thaqif menggaru kepalanya berulang kali. Walaupun kepalanya tidak gatal, dia tetap menggarunya.

"Betul kak. RPH ni apa kak? Jenama HP ke kak?"

"RPH pun tak tahu ke cikgu? MasyaAllah. Ya Tuhan!!!"

Reaksi yang ditunjukkan oleh Cikgu Siti amatlah luar biasa. Kapten Thaqif merasa pelik. Seolah-olah dia sedang melakukan dosa besar seperti syirik atau sedang menurun nombor ekor di kawasan perkuburan.

"Betul kak. Saya tak tahu ni"

Jelas Kapten Thaqif dengan dungunya.

"Allah. Ya Rabbi. Dik. RPH ni akronim dari perkataan Rancangan Pengajaran Harian. Ibarat lesen memandu. Lesen untuk mengajar. Kalau tak ada RPH ni macamana nak mengajar. Lagi satu. Kalau ada pegawai dari PPD, JPN dan paling worst scenario KPM. Bila mereka datang meminta seseorang cikgu itu menunjukkan RPH pada hari itu dan cikgu tersebut gagal menunjukkan rph tersebut. Kamu tahu apa jadi?"

Tanya Cikgu Siti pada Kapten Thaqif. Matanya dibulatkan seolah-olah ingin memberitahu rahsia besar.

"Apa dia kak?"

Debaran semakin terasa di dada Kapten Thaqif

"Cikgu tersebut akan didenda dan akan didakwa. Jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. Cikgu tersebut akan dipenjara. Bila dipenjara. Kena buang kerja. Pecen tak ada. Semuanya goneee...goneeee...goneeee begitu sahaja. Faham!!"

Penjelasan yang agak dramatik dari Cikgu Siti.

"Denda dan didakwa? Macam jadi penjenayah je dah ni"

Jawab Kapten Thaqif. Dia hampir tergelak. Baginya itu berita paling mengarut dalam dunia.

"Hahhh..gelaklah. Kalau tak percaya. Kamu google la sendiri"

Cikgu Siti agak berang dengan Kapten Thaqif. Dia terus duduk dan melakukan kerjanya semula.

Kapten Thaqif tanpa berlengah mengambil telefon pintarnya lalu melayari internet untuk mencari maksud apakah itu RPH. Bukan main terkejutnya beliau melihatkan hasil carian tersebut. Ke dua-dua tangan memegang kepalanya.

"Banyaknya kerja!!!. Hassan tolong aku"

Bersambung.....


Cikgu SuperWhere stories live. Discover now