Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Kapten Thaqif berada di hadapan rumahnya dengan berpakaian lengkap baju t-shirt dan berseluar track. Untuk mengenali atau melakukan kerja risikan Kapten Thaqif perlu membuat tinjauan sekitar Benta. Perkara yang dia rasakan paling tidak menonjol dalam melakukan penyamaran adalah dengan melakukan jogging. Jadi penyamaran dia tidaklah begitu ketara. Perkara pertama untuk melakukan risikan adalah dengan mengetahui selok belok kawasan tersebut.
Kapten Thaqif memulakan lariannya. Dia berjogging perlahan menuju ke jalan utama. Sambil memerhatikan kawasan sekitar dia terus berlari di tepi jalan. Kapten Thaqif terus berlari sehingga sampai ke deretan kedai-kedai yang berada di sekitar Benta.
Namun Kapten Thaqif tahu. Di situ bukan kawasan yang tepat jika ingin mencari maklumat. Jadi dia terus berjogging menuju ke kawasan yang dia belum pernah pergi lagi. Kawasan perumahan, tapak pasar malam, kawasan perumahan setinggan orang Melayu, Cina dan india semuanya telah Kapten Thaqif redah. Lebih kurang 30 minit berlari, Kapten Thaqif sampai ke satu persimpangan. Ada satu jalan yang menarik perhatian Kapten Thaqif. Denai yang menuju ke hutan belantara.
"Kawasan ni macam jarang je orang datang"
Kapten melihat dengan lebih teliti denai tersebut. Walaupun denai tersebut kelihatan sudah agak lama di tinggalkan. Namun di tepi denai tersebut kelihatan pokok-pokok kecil yang sudah patah dan lalang seolah-olah telah dipijak. Itu menandakan kawasan itu sebenarnya telah dilalui oleh beberapa orang manusia. Mujurlah mata Kapten Thaqif begitu tajam. Jika orang biasa yang melihat kawasan tersebut, pasti orang itu tidak menyedari situ adalah jalan rahsia menuju ke suatu tempat di tengah-tengah hutan.
"Hurmm.Aku kena masuk lebih jauh ni!"
Kapten Thaqif bercakap dengan dirinya sendiri. Tanpa membuang masa dia bergerak masuk ke dalam hutan tersebut dengan mengikut arah beberapa kesan pokok kecil yang patah dipijak oleh beberapa manusia. Hampir 15 minit Kapten Thaqif berjalan di dalam hutan tersebut. Denai tersebut masih panjang. Kapten Thaqif melihat jam pada tangannya.
"6.30 dah?"
Namun raut wajah Kapten Thaqif tidak menunjukkan sedikit pun rasa panik. Dia sudah terbiasa berada dalam persekitaran hutan. Tidak kira waktu sekali pun. Pagi, tengahari,petang atau malam dia tidak pernah gentar atau takut. Pernah dulu, dia melakukan latihan di Hutan Taman Negara, Jerantut secara berseorangan selama seminggu. Ramai yang menjangkakan Kapten Thaqif akan melalui masa yang sukar jika dia keseorangan. Namun cukup seminggu. Kapten Thaqif keluar dari hutan taman negara tu dengan begitu megahnya.
Keluar dengan berjalan kaki? Tidak. Dia keluar dengan menunggang seekor gajah liar serta diiring dengan dua ekor Harimau Malaya atau nama saintifiknya adalah Panthera Tigris Jacksonis. Maka bertempiaran larilah pegawai dan rakan pelatih Kapten Thaqif yang lain dek kerana takut kepada gajah dan harimau.
Namun Kapten Thaqif tenang turun dari gajah tersebut. Selepas turun. Dia terus menyelak cuping telinga gajah tersebut dan membisikkan sesuatu kepada gajah tersebut. Dalam beberapa saat gajah tersebut berpusing dan kembali ke semula dalam hutan belantara. Dua ekor harimau itu pula, Kapten Thaqif hanya mengaru perlahan di bawah rahang harimau tersebut. Terkejut bukan kepalang lagi pegawai dan rakan pelatih Kapten Thaqif. Seolah-olah harimau itu adalah seekor kucing yang jinak terhadap tuannya.
Selepas beberapa usapan. Harimau itu juga kembali ke dalam hutan. Begitu hebatnya ilmu Kapten Thaqif miliki.
Kapten Thaqif terus menyusuri denai tersebut. Dia mula merasakan bahawa dia akan dapat sedikit maklumat pada hari itu. Setelah berjalan hampir 10 minit, dia ternampak dari jauh sebuah pondok yang diperbuat daripada buluh. Namun tiada kelibat manusia kelihatan di situ.
"Pondok berada di tengah-tengah hutan?. Aku syak ini tempat perjumpaan ahli-ahli militan ni"
Dia memutuskan untuk mendekati pondok tersebut. Setelah dia betul-betul yakin tiada sesiapa pun berada di situ. Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan terus menuju ke pondok tersebut. Sampainya dia disitu, Kapten Thaqif memerhatikan keadaan pondok disitu.
" Nampak gayanya, memang ada tanda-tanda kehadiran manusia yang berkumpul disini."
Kapten Thaqif membuat kesimpulan awal. Habuk rokok, bekas polistrin serta beberapa helaian kertas conteng menjadi bukti ada manusia yang datang ke pondok ini dua tiga hari lepas. Namun Kapten Thaqif tidak berjumpa bukti untuk mengaitkan ke semua ini dengan kegiatan penganas. Namun yang bermain di fikiran Kapten Thaqif sekarang adalah, kewujudan pondok tersebut yang berada betul-betul di dalam hutan. Agak terpencil dan jauh daripada pandangan manusia.
Kapten Thaqif mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan sebagai laporan dan akan di hantar kepada Jeneral Khalid. Setelah selesai mengambil gambar pondok tersebut menggunakan telefon pintarnya, Kapten Thaqif memutuskan untuk keluar dari hutan tersebut dan akhirnya dia sampai ke jalan utama.
"Dah pukul 7.10 petang ni. Nak berjogging balik satu hal pula ni. Aduhh"
Kapten Thaqif mengomel bersendirian. Jarak persimpangan hutan ke rumah sewanya adalah hampir 30 minit. Jadi mahu atau tidak dia terpaksa jogging semula ke rumah sewanya. Memikirkan dia sudah terlewat untuk sampai ke rumah, dia berlari dengan agak laju. Baru lebih kurang 5 minit dia berlari
Pin..pin..pin..pin..
Kapten Thaqif tersentak. Bunyi hon motor tu datangnya dari arah belakangnya. Dia terus menoleh ke belakang. Raut wajah orang yang memberikan hon kepadanya sangatlah dikenali.
" Aik Thaqif. Aok buat apa dekat pinggir hutan ni?"
Tegur Cikgu Pawi.
"Laaa abang Pawi rupanya. Saya jogging ni hah. Tengah asyik berjogging tiba-tiba je saya sampai ke sini. Terkejut juga saya"
Tipu Kapten Thaqif. Dia tahu. Bunyinya kedengaran agak tidak logik. Namun dia wajib memberikan sebarang alasan.
" Eh, abang pula buat apa di sini?"
" Aku? Aku baru balik dari kebun ni hah. Kebun aku dekat hujung sana tu hahhh"
Terang cikgu Pawi sambil menunjukkan arah kebun dia yang berada berhampiran dengan persimpangan denai yang Kapten Thaqif menyelinap masuk tadi.
" Kebun apa bang?"
"Kebun getah je Thaqif. Eh aok ni nak balik ke. Sudahlah joggingnya. Dah maghrib ni. Kang orang kabor aok buang tebiat jogging waktu maghrib ni. Moh naik dengan aku. Aku hantar."
"Ooooo ye ke. Ok-ok. Terima kasih bang. Nasib abang ada. Kalau tak lewat la saya sampai rumah."
Tanpa membuang masa Kapten Thaqif menaiki motor cikgu Pawi. Dia lega, cikgu Pawi tidak menunjukkan sebarang syak wasangka terhadapnya. Risikan dia kali ini walaupun tidak memperoleh banyak maklumat, namun sekurang-kurangnya dia yakin, pondok yang dia telah jumpa itu adalah tempat perjumpaan ahli-ahli militan IS yang mungkin sedang merancang sesuatu yang buruk dan dasyat.
Di atas motor, raut wajah Kapten Thaqif seolah-olah sedang memikirkan sesuatu .Kapten Thaqif tahu dia perlu pantas dalam membuat risikan. Dia seakan-akan boleh merasa akan ada perkara buruk yang berlaku tidak lama lagi.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/80281141-288-k211452.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu Super
AcciónMengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun...