Bab 3

239 11 0
                                    


Aku capai kicap Jalen, sos cili Life dan mi segera Adabi perisa kari dua bungkus. Kemudian cari tepung gandum Faiza, kreamer Saji, rempah sup tulang Mak Siti dan ubat gigi Mukmin. Untuk Adam dan Qistina aku capai roti ban coklat Gardenia dua bungkus. Semua produk Bumiputera. Kalau tak aku yang sokong, siapa lagi? Kemudian aku bawa bakul tuju tempat beras.

"Cik Fina!"

Satu suara memekik kat belakang aku. Cepat-cepat aku paling.

"Wahhh...sombong. Sejak balik ni langsung tak datang jumpa aku." Nuha bercekak pinggang. Pada tudung bawal yang digayakan ala tudung Fareeda yang dipakainya, tersangkut tanda nama bertulis NURUL NUHA.

"Saya sibuk jadi kuli kat ladang limau bali, cikgu!" Aku kecikkan suara macam kartun. Palingkan badan dan angkat beras Nasional Bernas 10kg masuk ke dalam bakul lain. Semput kejap. Tak apa. Kejap lagi aku buli Nuha suruh angkat bakul beras tu pergi kat kaunter bayaran.

Aku berkawan dengan Nuha sejak sekolah rendah. Tapi kami berkawan setakat di sekolah saja. Bila tamat waktu sekolah, masing-masing ada kawan sendiri. Lagipun Nuha duduk di kampung sebelah dan jarak rumah dia jauh dari rumah aku. Dan satu lagi, Nuha anak Cikgu Adibah, guru Matematik yang amat aku geruni.

"Petang ni lepak dengan aku kat pekan. Dah lama tak borak dengan kau," ajak Nuha.

Disebabkan aku memang tak ada apa-apa nak buat, jadi aku setuju aje. "Kau kena jemput aku. Aku malas nak pinjam kereta Abang Dan. Banyak songeh!"

"Okey aje. Aku jemput kau depan rumah."

Aku angguk kepala.

PETANG  tu seperti yang dijanjikan, MyVi pink gelap kepunyaan Nuha berhenti di halaman rumah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PETANG tu seperti yang dijanjikan, MyVi pink gelap kepunyaan Nuha berhenti di halaman rumah aku. Aku masuk ke dalam kereta. Nuha terus pandu ke arah pekan. Dalam kereta, Nuha soal siasat aku macam gaya wartawan. Macam-macam dia tanya.

"Abang Izz kat Putrajaya sekarang ni." Nuha buat pengumuman tika kami masuk ke dalam restoran.

Jantung aku rasa seperti berhenti sekejap dengar Nuha sebut nama tu. Badan aku rasa panas tiba-tiba. Cuping telinga rasa kembang. Muka aku rasa merah menyala seketika.

"Iya? Kerja apa?" Aku berlagak tenang. Pura-pura tak berminat. Mujur suara tak gelabah.

"PTD. Eh pasal kau tak apply jadi PTD ek?"

"Malas la." Aku belek-belek menu kat tangan. Pelayan datang ambil pesanan. Lepas buat pesanan, kami sambung bercerita. Bila makanan dihantar, kami makan sambil bercerita.

"Eh Fina! Aku nak tanya ni. Sebenarnya dari dulu-dulu lagi aku curiga nak tau." Nada suara Nuha berubah serius.

Aku pasang mode 'jaga-jaga'. Bimbang kalau Nuha tembak dan aku kantoi. Manalah tau kalau-kalau Nuha tahu rahsia aku selama ni.

"Dulu masa kita sekolah rendah, sebelum kau kena pindah ke KL, Tora kata kau couple ngan Abang Izz ek?"

Waktu soalan tu ditanya, aku tengah sedap hirup kuah laksa. Tak pasal-pasal aku tersedak sebab terkejut dengar soalan tembak curi dari Nuha. Aku terbatuk-batuk dan menggagau capai gelas teh O ais. Perit tekak. Berdesing telinga. Sampai air mata keluar dibuatnya. Mode berjaga-jaga aku kantoi teruk. Nampaknya aku belum betul-betul bersedia lagi kalau Nuha tanya pasal 'dia'.

"Dah kau ni kenapa? Gelojoh!" Nuha hulur tisu.

Aku sambut dan lap kat hidung yang berair. "Terkejut siot kau cakap macam tu." Hakikatnya memang aku terkejut. Tapi terkejut dengan makna yang lain. Bukan makna yang Nuha faham.

"Cerita lama. Aku pun tak ingat. Tapi dek kerana mulut si Tora tu la Abang Dan dengan Abang Nan gaduh teruk sampai kami kena pindah sekolah. Teruk la si Tora tu!" Aku kalih perhatian Nuha kepada persoalan lain.

"So, memang betul la kata si Tora tu? Pasal kau dengan Abang Izz?" Nyata sekali Nuha tak berputus asa nak korek rahsia. Mujur aku belum hirup kuah laksa lagi.

"Kalau betul, kenapa dan kalau tak, kenapa?" Sengaja aku nak main-mainkan Nuha. Lebih baik begitu daripada aku terus menafikan. Sebab lagi nafi, lagi nampak aku nak mengelak jawab soalan tu.

"Kalau betul...aku tak kisah." Nuha pandang muka aku.

Aku terkaku sekejap sebelum pura-pura sibuk kacau straw dalam gelas teh O ais. "Kenapa?"

"Mana la tau. Kot-kot hubungan kau dengan Abang Izz boleh damaikan Abang Nan dengan Abang Rashdan."

Kata-kata Nuha buat aku tersedak air teh O ais limau pula. Kali ni sampai tersembur ke muka Nuha.

"Woi! Kau ni!" Nuha terjerit. Kelam kabut dia capai tisu banyak-banyak dan lap kat muka lekas-lekas.

Aku masih terbatuk-batuk. Pedih dada. "So sorry." Aku sambung batuk. Kenapalah Nuha tembak selalu tepat? Memang aku tak bersedia walaupun aku cakap aku dah bersedia nak hadapi persoalan tu. Hampeh betul!

"Dua kali aku tersedak sebab dengar kata-kata kau yang supernatural tu." Setelah dapat bertenang, baru aku bersuara menyangkal 'kebenaran' yang disampaikan Nuha.

"Jadi betul la kau dengan Abang Izz tak ada apa-apa?" Nuha pandang aku, curiga.

Aku geleng. Tipu.

"Sikit pun kau tak ada perasaan kat dia?"

Aku geleng. Dua kali tipu.

Nuha mengeluh perlahan. Straw kat tangan dipusing-pusing dalam gelas.

"Abang Izz tu perahsia orangnya. Mama pernah tanya...masa dia belajar kat England dulu...ada tak dia suka kat sapa-sapa. Dia kata ada. Bila mama suruh dia bawa kawan dia tu kenalkan dekat mama, tak nak pulak. Katanya masa belum sesuai. Eh...kau dulu kan belajar kat sana juga. Tak kan tak pernah nampak dia dengan makwe dia tu?"

Aku geleng laju-laju. Takberani nak bersuara. Tipu lagi. Dah tiga kali!

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now