Bab 6

198 4 0
                                    


Aku masih ingat lagi peristiwa yang berlaku hampir dua lalu...Masa tu jantung aku bagai nak gugur aje bila pesawat Boeing MAS cecah bumi Malaysia. Niat kami, nak beritahu keluarga masing-masing yang kami dah nikah beberapa bulan lepas. Tapi lain pula jadinya bila Mr. Panda tiba-tiba kecut perut.

Entah macam mana Rashdan dan Adnan boleh pulak terserempak kat KLIA yang sebesar alam tu. Mujur tak bergaduh tumbuk-tumbuk. Dan mujur aku keluar dulu dari balai berlepas dan ambil beg. Jadi tak nampak macam aku dengan Mr. Panda satu penerbangan.

Rashdan tak tahu pun kami belajar satu universiti. Kalaulah Rashdan tahu kami satu universiti, tentu dia akan paksa aku berhenti belajar. Sampai begitu sekali dia tak mahu aku berkawan rapat dengan Mr. Panda atau mana-mana keturunan Adnan.

Kini aku dengan Mr. Panda sama-sama berdiri hadap keluarga kami masing-masing. Keadaan memang tegang sebab Adnan dan Rashdan tengah tahan perasaan jengkel dan benci yang meluap-luap. Macam Wind dengan Cloud yang nak beradu kekuatan. Aku dengan Mr. Panda rasa tersepit kat tengah-tengah. Berdebar-debar tunggu Monseur Capulet dan Monseur Montague keluarkan pistol dan pedang masing-masing.

Aku jeling Mr. Panda bagi isyarat kat dia supaya bersuara. Adnan dan Rashdan dah pandang kami semacam sebab berdiri sebelah-menyebelah. Lagak macam dah mesra. Bila Mr. Panda mematung, aku terbatuk-batuk kecil. Bagi isyarat yang lagi besar. Tapi mamat tu terus mematung. Muka dia pucat semacam aje. Aku terus pandang Adnan. Rupa-rupanya Adnan tengah tenung dia.

Macam pancaran lazer gaya Adnan tenung adik dia. Kalaulah mata Adnan tu macam mata Cyclop, mau rentung Mr. Panda kat situ juga.

"Fina!"

Suara Rashdan keras panggil nama aku. Muka dia berkerut-kerut pandang aku dengan Mr. Panda silih berganti.

"Balik!" Troli bagasi aku dia capai.

Dia dan Kak Long dah mengorak langkah. Tapi aku masih kaku pandang Mr. Panda. Kenapa dia terdiam kaku aje? Kenapa tak cakap? Aku rasa tak puas hati. Bukan ke dia yang beria-ia nak jadi jurucakap berterus-terang pada Adnan dan Rashdan pasal kami?

"Fina!" Lengan aku dipegang kuat.

Tapi mata aku masih pandang Mr. Panda yang sedang lawan mata dengan Adnan. Apa ni? Pertandingan siapa kelip mata dulu ke? Aku nak ketawa dan nangis serentak. Rashdan terus tarik tangan aku.

"Awak..." Suara aku tersangkut kat tekak. Aku semakin jauh.

Aku lihat Mr. Panda tunduk kepala. Pejam mata dan raup wajah dia dengan tapak tangan. Kak Jelita datang tepuk bahu dia. Mr. Panda langsung tak toleh pandang aku. Hati aku rasa sakit sangat macam ditikam-tikam.

Sampai hati Mr. Panda khianati aku! Masa tu aku rasa macam nak terbalikkan aje bumi ni. Aura Titan nak keluar. Tapi aku tahan aje perasaan sebab tak mahu kecohkan keadaan. Jauh di sudut hati, aku harap Mr. Panda kaki sejuk masa kat KLIA tu aje. Waktu sampai kat kampung, aku masih berharap supaya dia datang ke rumah aku dan berterus-terang dengan Rashdan pasal kami.

Aku lepaskan keluhan berat. Sejak terserempak dengan Mr. Panda kat sungai semalam, habis semua memori silam aku terbongkar satu persatu. Tapi memori hanya sekadar memori yang tak boleh nak buat apa-apa pada aku lagi. Jadi biarlah memori itu kekal dalam kenangan. Tak payah nak ingat-ingat lagi dah.

Aci tak kalau aku nak bakar semua diari-diari aku masa kat Surrey tu?

Aci tak kalau aku nak bakar semua diari-diari aku masa kat Surrey tu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YES! YES! YES 4G! Gembira, girang, gempak dan gila!

Aku melompat kegirangan. Rasa macam nak lompat setinggi pokok jambu air aje aku rasa. Sambil terlompat-lompat, aku berlari ke dapur. Kak Long yang tengah siang kangkung aku peluk dari belakang.

"Kak Long! Yahoooo!" Aku jerit kuat-kuat.

"Adik ni kenapa? Sawan ke?" Terkejut Kak Long. Terkial-kial dia lepaskan diri daripada pelukan kuat aku.

Aku tayang surat depan muka Kak Long. "Adik dapat jadi assistant tuan menteri!" Teringin nak buat cartwheel aje. Tapi takut terbalik semua barang kat dapur aku langgar. Nanti kena pial pulak telinga aku dengan Kak Long.

"Wah...tahniah adik." Kak Long turut kongsi kegembiraan aku. Dia pun dah bosan agaknya tengok aku makan tidur makan tidur menghabiskan beras sejak grad.

"Apa yang kecoh-kecoh ni, hah?" Tiba-tiba Rashdan muncul di pintu dapur. Dia tanggal kasut kebun dan masuk ke dapur.

"Abang, adik nak pindah duduk kat Putrajaya lepas ni." Aku terus eksaited bagitau.

"Kenapa tiba-tiba nak pindah pulak? Kat rumah ni tak cukup makan ke?" tanya Rashdan sambil tuang air dari botol dalam peti sejuk.

"Adik dapat surat lapor diri!" Sekali lagi aku tayang surat tawaran kat muka Rashdan.

"Sama dengan Izz ke?" Muka Rashdan serius sambil belek surat tawaran aku.

Riak ceria kat muka aku terus padam. "Eh! Mana ada sama. Service tak sama!" Aku capai surat dari tangan Rashdan. "Ha...tengok ni!" Aku tayang lagi surat tawaran kat depan muka Rashdan. Siap bacakan kuat-kuat untuk dia lagi.

"Izz tu dekat mana?" Muka Rashdan masih tak puas hati.

"Mana la adik tau!"

"Betul tak tau?" Rashdan pandang muka aku dengan curiga.

Aku geleng kepala laju-laju. Memang aku tak tau. Nuha cuma beritahu aku Mr. Panda dapat tawaran jadi PTD. Kementerian mana, tak pula Nuha khabarkan.

"Hmmm...jangan nak mengada-ngada terserempak dengan dia lagi macam kat Surrey! Putrajaya tu bukannya besar mana pun." Rashdan beri amaran sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Yalah...aku janji tak akan terserempak dengan Mr. Panda. Aku pun memang cuba nak elak dia. Dengan hati yang berbunga bahagia, aku terus duduk kat kerusi di meja makan. Pisau dan bawang aku capai. Tiba-tiba jadi rajin pula tolong Kak Long kupas bawang.

"Cepat siap!" Rashdan jerit dari dalam bilik air.

Aku dengan Kak Long saling bertukar pandang. Dahi masing-masing dah berkerut.

"Nak pergi mana?" Aku pun jerit balik.

"Carikan adik kereta. Nanti nak pergi kerja cemana?" Rashdan jerit lagi.

"Kereta? Yahoooo!" Aku lompat dan jerit lagi. Nyaris pisau kat tangan tak jatuh timpa kaki aku.

"Abang bayar downpayment aje. Bulan-bulan adik bayar sendiri!" Rashdan sambung jerit.

Aku tak kisahlah apa-apa pun. Janji aku dapatsebiji kereta baru. Oh...girangnya aku rasa!

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now