Bab 7

194 8 0
                                    


Hari pertama lapor diri...kembang kuncup hidup aku tahan rasa teruja melihat pejabat kementerian yang tersergam indah. Hasrat aku nak bertugas di pejabat menteri tercapai. Memang rasa nak lompat bintang dan buat cartwheel pusing Putrajayalah perasaan aku ketika tu.

Aku diletakkan di bawah seorang pegawai kanan. Encik Ashraf Zakwan namanya. Muka dia memang hensem gojes macam Ashraf Sinclair. Bezanya dia tak pakai cermin mata dan muka dia lagi hensem kot daripada pelakon tu.

Pertama kali tengok dia, frozen gak aku. Tapi cepat-cepat kawal diri. Tak mau lah aku disamakan dengan gadis mata keranjang yang pantang tengok lelaki dahi licin terus merenyam semacam.

Aku kena kontrol ayu. Jangan nampak bersungguh sangat tergoda dengan lelaki-lelaki muka hensem macam Encik Ashraf ni.

Bila lama-lama dah kerja bawah dia, aku mula rasa selesa. Tak adalah nak rasa segan-segan penyu bila dia panggil. Alah bisa tegal biasa, kan? Efek gojes dia kejap aje mengacau aku. Lepas beberapa bulan bekerjasama, aku diarahkan outstation lagi dengan Encik Ashraf. Tugas tu buat aku teruja dan cuak pada masa yang sama. Teruja sebab dapat melancong sambil bekerja. Cuak sebab berdua dengan Encik Ashraf. Sekarang ni kami ni dah macam The Dynamic Duo. Mana ada dia, di situlah jugak aku ada.

Tapi tak ada maknanya nak melancong sebab kena ikut ke mana tuan menteri pergi. Sebelum dia sampai, kami kena sampai dulu pastikan keperluan untuk dia telah disediakan oleh pihak penganjur. Walaupun penat ke hulu ke hilir, aku sebenarnya puas dengan kerja ni.

Tugas ni bukan setakat mengiring semata-mata, tapi juga memantau dan menyelaras program-program akan datang. Bidang tugas tu memang aku suka sebab aku dapat mengambil bahagian dalam program-program yang berkaitan dengan kementerian.

"Awak memang suka buat kerja ni ke?" Encik Ashraf pandang aku dengan gaya curiga. Tika tu kami sedang lepak kat lobi hotel lepas habis program.

"Kenapa Encik Ash tanya?" Aku tanya dia balik. Nada aku pun curiga nak tahu kenapa dia soal aku macam tu.

"Saya perasan muka awak happy aje bila kena ikut Datuk Seri. Seronok sangat ke kerja ni?"

Aku ukir senyuman lebar. "Memang la saya happy sebab sejak kecik lagi cita-cita saya memang nak sangat jadi assistant tuan menteri." Walaupun aku rasa jawapan aku tu sangatlah poyo, aku peduli apa. Dah memang sejak kecil lagi aku berkenan dengan pekerjaan sebagai pembantu menteri.

Encik Ashraf turut senyum sambil geleng kepala. "Kalau ikutkan kelayakan, awak layak mohon jadi PTD. Kenapa tak minta?"

"Encik Ash PTD kan? Tentu tau betapa susahnya nak jadi seorang PTD. Setakat nak jawab soalan exam, tak ada masalah. Tapi saya tak sanggup nak jalani latihan enam bulan tu." Aku geleng kepala laju-laju. "Tak sanggup!"

Apa taknya...macam-macam cerita aku dengar dan baca. Sungguhpun dulu aku ni dalam kategori budak lasak masa kecik-kecik dulu, tapi taklah lasak sangat dan berjiwa kental.

Encik Ashraf terus gelak. "Memang susah. Sebab mereka nak cari crème de la crème...pick of the crop."

Kepala aku terangguk-angguk. Ya aku tau. Memang hebatlah orang-orang yang terpilih dan berjaya menjadi PTD. Moga mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang. Jangan banyak curi tulang! Sempat lagi aku nak susun pantun dua kerat.

"Selama-lamanya ke awak nak kerja macam ni?" Makin menjadi-jadi pula soalan Encik Ashraf.

"Tak lah. Lepas dua tiga tahun nanti saya nak minta transfer kementerian atau jabatan lain yang berkaitan dengan bidang pengajian saya." Itu memang rancangan jangka panjang aku. Kerja sekarang ni sekadar nak cari pengalaman dan nak penuhi cita-cita aku.

"Bagus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bagus. Jangan selesa sangat dengan jawatan dan fungsi awak sekarang. Seharusnya semua pegawai kerajaan perlu memantapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Jangan jadi dormant. Nanti lama-lama jumud." Bersemangat sekali Encik Ashraf nasihatkan aku.

"Kenapa nak kerja dengan kerajaan? Gaji tak la sebesar kerja dengan syarikat swasta. Dengan degree universiti luar negara awak tu, senang nak dapat kerja dengan syarikat swasta." Selanjutnya Encik Ashraf soal jawab aku. Dah seperti sesi temuduga dengan SPA pula. Soalan ni pun pernah ditanya pada aku dulu.

"Saya belajar guna pinjaman kerajaan. Senang nak bayar balik kalau kerja dengan kerajaan juga. Potong gaji terus. Tak la asyik missed payment atau tak bayar langsung. Nanti kesian kat bebudak yang nak belajar kat oversea tapi tak dapat loan sebab peminjam lama tak bayar utang." Panjang lebar aku jawab. Jawapan yang sama aku bagi pada pegawai SPA yang temuduga aku dulu. Cemerlang tak jawapan aku?

Encik Ashraf tergelak sebelum dia balas kata-kata aku. "Untunglah kerajaan kalau ada ramai lagi graduan macam awak yang tak liat bayar pinjaman. Orang dah buat baik pada kita, balaslah dengan baik, kan? Saya bangga dapat jumpa dan bekerjasama dengan orang seperti awak."

Kembang semangkuk kejap aku dengar puji-pujian Encik Ashraf. Bagi aku kata-kata dia bukan pujian kosong tapi penuh dengan semangat dan dorongan. Percayalah...semua kata-kata dia aku serap bagaikan span. Kemudian perah, masuk ke dalam kepala aku sampai bila-bila.

Kini aku perasan. Gaya Encik Ashraf mengarahkan aku buat kerja bukan gaya latihan tapi gaya ajaran. Sebab kata dia, kalau dia latih aku serupa macam perbuatan ringmaster kat dalam sarkis yang latih singa, gajah dan segala haiwan. Kalau mengajar, maknanya dia akan kongsi ilmu yang dia ada dengan aku.

Dia kata nak tambah lagi skop kerja yang ada biar sampai multitasking. Memang luar alam juga permintaan dia sebab rata-rata pegawai kerajaan yang aku kenal semua bersikap territorial. Cuma ambil tahu kerja hakiki mereka saja. Kerja orang lain, lantaklah. Kata Encik Ashraf, budaya kerja tu tak betul. Sepatutnya, sebagai satu pasukan yang besar, kita perlu bersikap busy body dengan tugas orang lain. Bukan nak menyibuk jaga tepi kain orang, tapi cuma ambil tahu supaya tak ketinggalan maklumat.

Ooooo...panjang harkat 'O' sambil kepala terangguk-angguk dengar dia berkongsi pendapat. Boleh tak aku cakap yang aku minat gila-gila dengan ketrampilan Encik Ashraf. Udah lah mukanya hensem, pandai pula tu...bertanggungjawab, berdedikasi, komited dan jujur menjalankan tugas. Bangga aku dapat pegawai atasan seperti dia.

Aku sedar dan perasan ramai sebenarnya pegawai-pegawai perempuan yang ala-ala cemburu kat aku sebab selalu dapat ke sana ke mari dengan Encik Ashraf. Tapi usah bimbanglah. Aku tak melewati batas sebab sedar siapa diri aku ni. Orang lain memang tak tahu. Tapi tak bermakna aku harus buat-buat tak tahu sampai aku pun naik pening kepala.

Apa kesudahan aku dengan Mr. Panda yang dahlama aku tak jumpa tu? Hidup ke? Mati ke? Masa aku lapor diri dulu, dia sedangjalani latihan di INTAN. Kat kementerian mana dia sekarang? Ah! Malas aku nakambil tahu. Lainlah kalau aku ada jodoh dengan Encik Ashraf. Barulah aku akancari dia minta jalan penyelesaian terbaik.

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now