Bab 17

229 9 1
                                    

Ipad mini kat tangan aku belek. Akhirnya terpaksa juga aku mengalah bila dia dah mula sentuh bab dosa. Bukannya aku tak tau atau sengaja tak nak ambil tahu. Hampir tiap-tiap hari aku fikir. Apa kesudahan kisah hidup aku dengan dia. Usaha nak damaikan Rashdan dengan Adnan nampak macam tak bergerak-gerak semenjak kami balik dua tahun lalu.

Tak kan aku nak mulakan dulu. Bukan ke dia yang janji nak selesaikan perkara ni? Tak kan dah dua tahun kaki sejuk lagi? Aku rindukan kemesraan kami masa kat Surrey dulu. Masa kami bebas daripada semua belenggu masalah yang menghantui keluarga kami sejak sekian lama. Aku rindukan persahabatan tu.

Hati aku memang tak tenang selama ni bila fikir hubungan aku dengan dia dingin. Prinsip 'bawa haluan masing-masing' tu memang betul-betul dah jerut leher aku sendiri. Tapi kalau aku tak buat keputusan macam tu, kami nak hidup macam mana? Nak berlagak macam suami isteri sebenar?

Memang perang dunialah abang aku dengan abang dia. tak sempat berdamai tambah satu lagi konflik. Ini bukan selesaikan masalah. Tapi menambah masalah. Kami kahwin pun dulu atas tujuan untuk mendamaikan Adnan dengan Rashdan. Bila balik Malaysia, nampak sangat rancangan tu dah gagal. Apa lagi yang aku boleh fikir selain 'bawa haluan masing-masing'. Lagipun dia kan dah ada Leha. Kenapa dia nak mesra-mesra dengan aku balik ni? Ada cita-cita nak madukan aku ke?

Jangan mimpilah kalau nak buat macam tu. Lepaskan aku dulu. Lepas tu kalau dia nak kahwin dengan Leha, dipersilakan dengan segala hormatnya.

iPad tiba-tiba berbunyi. Terkejut aku. Nyaris tak terlepas. Eh? iPad boleh WhatsApp ? Boleh pula aku tak perasan ada ikon WhatsApp tersembunyi dalam folder yang Mr. Panda buatkan. Segera ikon WhatsApp aku sentuh.

"Sayang...rindu."

Aku telan air liur. Wah...sejak bila pula Mr. Panda betul-betul jadi Romeo ni? Tiba-tiba aje nak manja-manja. Kenangan kat Surrey menjengah ingatan. Lama aku tak dengar dia panggil aku 'sayang'. Muka aku jadi merah. Dulu dia selalu panggil aku 'sayang' sampai perasaan aku melayang-layang. Cair terus perasaan marah aku tadi. Ajaib betul!

Tapi...sekejap ajelah perasaan aku melayang-layang, efeknya dah tak berpanjangan macam dulu. Aku kena berpijak pada bumi yang nyata. Kenapa dia nak rindu-rindu pada aku? Dia kan dah ada Leha. Kalaulah Leha tahu dia cakap kat aku macam ni, dah tentu meroyan minah sorang tu. Kalau aku jadi Leha pun, dah tentu aku tak mahu orang lain rampas kekasih aku.

Walaupun dalam hal ni aku lebih berhak daripada Leha, aku tetap tak boleh rasa istimewa. Sebab Mr. Panda tak pernah cakap yang dia sukakan aku. Kalau dulu kami kahwin kerana cinta, tentu sekarang keadaan berbeza. Tentu kami lebih kuat nak lawan Adnan dan Rashdan. Akhirnya aku dapat buat kesimpulan secara tiba-tiba. Ya, tanpa cinta, tak mungkin perkahwinan kami akan berpanjangan.

Aku lupakan dulu persoalan tu. Sekarang nak tumpu pada iPad kat tangan. "Cemana iPad boleh wassap?" Aku taip atas skrin. Lencongkan perhatian dia. tak mahu bagi dia gunakan kata-kata nak layangkan perasaan aku daripada permasalahan pokok.

"Tak boleh sebenarnya. Saya jailbreak." Mujur dia nak layan.

"Apa? Awak pecah masuk penjara?" Aku tanya lurus. Memang aku tak faham pun.

"Hahaha...cutelah awak ni. Kalau awak ada depan mata saya sekarang, saya cium awak puas-puas."

Muka aku terus merah. Dah mulalah tu dia gunakan kosa kata nak layangkan perasaan aku macam kat Surrey dulu. Kalau betul-betul dia depan aku macam petang tadi, mau putus nafas aku sekali lagi.

"Sayang...pergi kat balkoni. Tak best borak tak tengok muka awak."

"Balkoni?" Aku tanya balik. Hairan. Apa kena-mengena balkoni aku dengan dia?

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now