Bab 19

252 9 0
                                    

Bilik mesyuarat yang luas tu rasa macam panas semacam. Atau aku aje sorang yang rasa panas? Mana tak panas...nilah pertama kali aku masuk dalam mesyuarat besar. Mesyuarat pula dengan pegawai-pegawai pelaksana penting kementerian. Mau tak berpeluh ketiak.

Tambah hangat bila Mr. Panda ada sekali. Tiba-tiba aje aku rasa nak pitam tengok dia. Hensem betul bila dia pakai kot. Selalu tengok dia dengan kemeja dan tali leher aje. Tapi petang tu...aku nak drooling plak. Macam tak percaya dia laki aku. Boleh? Dahlah kami duduk berhadapan.

Dalam mesyuarat tu ada 21 orang pegawai dari pelbagai kementerian termasuk pegawai khas menteri macam Encik Ashraf. Masa pengerusi buat semakan minit, barulah aku nampak nama Mr. Panda ada kat situ. Izz Rizqi, Pegawai Projek. Itu tugas dia dalam jawatankuasa kerja ni. Aku cuma layak jadi Pencatat Minit ajelah. Sebelum ni pegawai lain yang catat. Pegawai tu dah berpindah ke kementerian lain. Jadi akulah dilantik sebagai pengganti dia.

Bila minit dah disahkan, aku tarik nafas panjang-panjang sebab kerja aku dah bermula. Moga aku tak mengelamun layan fikiran. Mr. Panda ni pun boleh tahan sengal juga. Sempat dia main mata dengan aku masa mesyuarat. Merah-merah muka aku tahan perasaan. Bila teringat episod hangat makan tengah hari kat tangga tadi, aku terus rasa macam nak demam.

Nak elak terus rasa gelabah, aku sengetkan badan sikit hadap Encik Ashraf. Baru tenang sikit hati nak buat kerja. Seterusnya aku terus komited dan dedikasi mencatat minit sampai terkejut bila mesyuarat tamat. Overlah tu, kan?

Lepas mesyuarat ada kudapan petang. Baru aje aku nak bangun ambil minuman, tiba-tiba sorang pegawai dari kementerian aku tanya pasal minit tadi. Waktu tu Encik Ashraf dah bangun. Gelabah juga aku rasa. Sebab aku ni kan baru sangat dalam jawatankuasa ni. Tapi mujur aku dapat jawab walaupun teragak-agak.

"Encik Ash tak ikut Datuk Seri meeting ke hari ni?" Aku tanya lepas pegawai tu pergi dan Encik Ashraf pula muncul.

"Encik Daud dah ikut dia." Encik Ashraf merujuk kepada SUPOL. Dia duduk sebelah aku. "Jemput makan." Dia sorong sepiring kuih dua jenis.

"Terima kasih." Aku maniskan muka.

Perut rasa kenyang lagi ni. Larat ke nak makan? Tapi sebabkan Encik Ashraf beria ajak dan siap hulurkan piring lagi, terpaksa juga aku jamah. Cream puff aku capai dan suap dalam mulut.

Notifikasi WhatsApp berbunyi. Aku letak semula paf yang dah digigit separuh, lap jari dengan tisu dan buka iPad mini.

"Amboi...makan tak ingat suami. Selamba aje layan lelaki lain."

Muka aku terus pucat sekejap. Alamak! Cemana aku boleh lupa Mr. Panda ada kat situ? Dia belum balik lagi ke? Aku angkat kepala dengan lagak tenang.

Scan bilik mesyuarat perlahan-lahan, cari Mr. Panda. Nun kat hujung bilik sana, dia tengah berdiri sambil borak-borak dengan dua orang pegawai lain. Tapi mata dia pandang aku.

Tak terkata aku dibuatnya. Terus aku terkedu sampai tak balas mesej dia. Makan kuih sopan-sopan sambil layan Encik Ashraf berbual. Mr. Panda langsung tak WhatsApp balik. Hinggalah waktu kami nak balik, aku tak nampak kelibat Mr. Panda. Agaknya dia dah balik.

Lif nak turun tingkat bawah penuh sebab waktu tamat kerja. Terperangkaplah aku sesak-sesak dalam lif. Aku terasa ada tangan pegang pinggang aku. Siapa pula yang kurang ajar ni sentuh-sentuh bini orang? Perlahan-lahan aku jeling ke belakang. Eh? Sejak bila pula laki aku ada dalam lif ni sekali? Macam deja vu pulak aku rasa. Macam pernah berlaku ini kejadian.

Terus aku cuak dan jeling ke kanan, pandang Encik Ashraf. Dia nampak ke Mr. Panda pegang pinggang aku? Tapi mujur Encik Ashraf pandang depan. Dan semua penghuni lif pun pandang ke depan macam tak sabar-sabar nak suruh pintu terbuka. Dan mujur juga aku kat belakang sekali. Memang tak ada orang nampak apa Mr. Panda buat kat aku.

Waktu keluar dari lif, sempat lagi dia capai tangan aku dan ramas jari-jemari aku. Dah macam gangguan seksual pula aku rasa. Apa-kah?

"Izz!"

Tiba-tiba Encik Ashraf berpaling ke belakang, ke arah aku dengan Mr. Panda.

Serta-merta tangan aku dia lepaskan. Mr. Panda buat muka selamba dan masukkan kedua-dua belah tangan dia dalam saku seluar. Nampak santai sekali.

"Kenalkan ni...Serafina. Setiausaha baru yang gantikan Linda dalam jawatankuasa kita."

Tiba-tiba pula Encik Ashraf nak kenalkan aku dengan Mr. Panda. Motif? Tak tau. Tapi memang patut pun, kan. Aku kan ahli baru dalam jawatankuasa tu. Lagipun Encik Ashraf mana tahu aku kenal Mr. Panda.

"Cik Fina," tegur Mr. Panda bersahaja sambil angguk sikit pada aku.

Aku balas dengan senyuman plastik. Tak tahu nak tunjuk reaksi yang bagaimana. Canggung pula rasanya berdiri di antara Encik Ashraf dengan Mr. Panda. Rasa macam aku ada kat tengah-tengah dua menara KLCC. Aku ni dah macam Menara Maxis yang rendah tu.

"Dah lama kat kementerian?"

Mr. Panda tiba-tiba jadi peramah nak interview aku. Tak kan tak tau? Atau dia memang sengaja sengal depan Encik Ashraf.

"Dua tahun." Aku maintain riak formal.

"Lama juga. Tapi tak pernah nampak awak bila saya datang sana."

Memang sengaja Mr. Panda nak berlakon. Apa tujuan dia agaknya? Tak ke dia tahu penipuan atas penipuan akan memerangkap diri sendiri?

"Dia jarang keluar dari bilik. Pegawai paling berdedikasi." Encik Ashraf jawab bagi pihak aku. Dia dah senyum semacam. Err...ada apa-apa yang aku tak faham ke sedang berlaku kat sini?

"Lain kali kalau saya datang, boleh ajak awak pergi minum." Mr. Panda angkat kening kat aku. Terus muka aku jadi merah.

"Leha sihat?" Tiba-tiba aje Encik Ashraf mencelah.

Wajah Mr. Panda terus berubah serius. Nampak sangat dia tak suka bila Encik Ashraf bangkitkan nama Leha tiba-tiba.

Encik Ashraf dah senyum sinis pandang Mr. Panda. "Tak lama lagi Izz nak bertunang dengan Leha." Dia cakap sambil pandang muka aku.

Bertunang? Muka aku terkejut habis. Tapi lekas-lekas aku maniskan wajah. Harap-harap Encik Ashraf tak peka dengan perubahan air muka aku tadi.

"Tahniah." Aku senyum kaku pada Mr. Panda. Suara aku kawal supaya tak bergetar.

"Err...Encik Ash, dah lewat ni. Saya rasa kita patut balik." Dengan penuh formal aku cakap. Macam baca skrip drama TV gred D aje. Hati aku kat dalam dah berkocak-kocak ganas.

Mr. Panda nak bertunang dengan Leha? Maknanya luahan cinta dia hari tu semata-mata cakap-cakap manis ajelah? Dia memang sejak awal lagi ada niat nak madukan aku? Aku rasa macam nak pengsan. Kepala pun ada rasa nak pitam. Tapi aku gagahkan diri berdiri dengan tenang kat situ.

"Saya balik dulu." Aku pandang Mr. Panda sekilas sebelum berpaling dan terus ke pekarangan bangunan, tinggalkan Encik Ashraf dan Mr. Panda kat situ.

"Nanti nak bertunang, jangan lupa jemput. Aku boleh datang dengan Fina."

Aku dengar suara Encik Ashraf cakap kat Mr. Panda. Waktu tu mata aku dah panas. Janganlah nangis. Bukannya teruk sangat. Mr. Panda nak bertunang dengan Leha aje.

Tiba-tiba laju aje air mata aku keluar mencurah-curah. Tidak!

Bila hati aku dah terbuka, sanggup diakhianati aku. Mati-mati aku sangka dia ikhlas cintakan aku. Rupa-rupanya adaudang di sebalik batu. Apa dia ingat, lepas dia layangkan perasaan aku, diaboleh buat hati aku lembut dan terima aje perancangan dia pada aku? Boleh blah!Kalau dia nak kahwin juga dengan Leha, lepaskan aku! 

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now