Bab 18

233 8 0
                                    

Fina...saya cintakan awak!

Kata-kata Mr. Panda hari tu buat perasaan aku melayang-layang pergi angkasa lepas. Kalaulah masa kat Surrey dulu dia cakap macam tu, aku tak akan takut lawan cakap Rashdan. Jadi selama ni aku memang tak bertepuk sebelah tangan? Memang sejak dulu lagi Mr. Panda cintakan aku?

Tiba-tiba aku teringat kat catatan diari aku lepas konvokesyen dulu. Masa tu memang aku mengaku yang aku juga cintakan dia dan nak hidup bersama dia. Malangnya kejadian kat KLIA tu dah bunuh rasa cinta tu. Mujur rasa cinta tu tak mati. Cuma terpendam aje jauh di lubuk hati.

Hari ni, hati rasa macam nak lompat sampai ke bintang. Jantung pula rasa macam nak menari di atas pelangi. Kini barulah aku rasa ada satu kekuatan dalaman bagai menolak-nolak keberanian aku yang selama ni menipis. Dah ada cinta, maknanya prinsip aku boleh tolak ke tepi!

Aku perlu kuat dan berani. Aku dah ada sebab kukuh kenapa aku perlu berani. Cinta aku dengan Mr. Panda akan selamatkan hubungan kami. Kononnya dulu kami kahwin sebab nak damaikan Rashdan dengan Adnan. Tapi misi tak menjadi. Rancangan kami hancur jadi debu. Kalaulah dari awal kami akui perasaan cinta tu wujud, tak payah susah-susah aku lari daripada dia dan tambah dosa hari-hari. Jadi sekarang, apa yang aku patut buat?

Satu, keluar sekarang juga. Ketuk pintu rumah dia. Kemudian, terus cium tangan dia minta ampun dan maaf. Terus berjanji nak jadi isteri mithali sehingga ke hujung nyawa. Teruskan rancangan asal iaitu damaikan Rashdan dan Adnan.

Dua, perlahan-lahan perbaiki hubungan ni. Kenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi. Kemudian, biar takdir yang tentukan hala tuju rumah tangga kami. Bila kami dah settle, baru teruskan rancangan nak damaikan Rashdan dan Adnan.

Tiga, terus bagi layanan bahu sejuk. Moga-moga dia bosan dan kahwin dengan Leha. Aku, duduk diam-diam makan hati ulam jantung cicah budu. Kalau Encik Ash masuk meminang, terima ajelah. Moga-moga aku dapat lupakan Mr. Panda. Rashdan dan Adnan akan terus bergaduh sampaikan tujuh keturunan.

Pilihan satu dan dua nampak memikat. Pilihan ketiga...bab layanan bahu sejuk tu aku boleh maintain. Tapi nak bagi dia kahwin dengan Leha? Mahu pecah jantung kalbu aku dibuatnya. Aku taklah sepemurah tu nak hadiahkan Mr. Panda kat Leha atau mana-mana perempuan. Memang aku kesian pada Leha. Tapi aku kena kasihankan diri aku juga, kan?

Bab terima pinangan Encik Ash tu, aku tak berapa nak pasti. Walaupun muka Encik Ashraf tu hensem, aku setakat suka aje tengok. Belum sampai nak terjatuh cinta.

"CIK FINA!"

Suara tegas Encik Ashraf buat aku terkejut. Terpinga-pinga aku pandang muka dia. Eh? Aku kat pejabat ke? Bukan kat rumah? Mati-mati aku ingat kat umah. Gila betul mengelamun sampai tak sedar masa.

Encik Ashraf geleng kepala.

"Macam mana awak nak ganti saya ni? Jadi pegawai khas menteri bukan kerja main-main tau." Tiba-tiba nada suara Encik Ashraf serius bukan main.

Tak pernah dia marah kat aku selama ni. Aku dah terkebil-kebil dongak leher pandang dia yang berdiri depan meja aku. Malu juga rasanya kena tegur dengan pegawai senior. Padan muka. Berangan sampai balik rumah.

"Petang ni ada meeting penting. Saya nak awak catat minit. Pegawai yang jadi Setiausaha Jawatankuasa dah berpindah ke kementerian lain."

Aku telan air liur. Selama ni aku tak pernah masuk mesyuarat jawatankuasa yang besar yang melibatkan pelbagai kementerian macam ni. Agak mencabar tugas baru ni. Rasa macam nak terkucil. Kalau salah ambil minit, mampos aku! Udah lah aku ni jenis kategori fikiran cepat melayang macam layang-layang.

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now