Bab 9

187 8 0
                                    


Keadaan kat Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Bunian masih belum sendat. Mujur dia sempat buat tempahan saat akhir sebelum datang. Dan mujur masih ada kosong. Kalau tak, gigit jarilah nampaknya.

Perut aku terus berbunyi-bunyi bila pelayan mula hidangkan gulai ketam, ikan masak kicap, ayam goreng dan sayur untuk makan dua orang. Banyak jugak tu. Aku pesan air sirap bandung laici. Encik Ashraf pesan teh O panas. Masa nak makan ketam tu, terpaksa aku tunjuk lagak macho. Mana boleh makan ketam sopan-sopan. Peduli apa aku kalau Encik Ashraf cakap aku selamba.

Sesekali dia senyum pandang aku. Ni apa hal pulak la mamat ni? "Kenapa?" Aku terus tanya sebelum sedut kaki ketam. Wah...enaknya!

"Selamba." Dia balas sepatah.

"Tak ada maknanya nak sopan-sopan makan ketam ni. Kalau boleh bersila, saya buat aje." Maka jawapan aku pun selamba. Tak payah nak control ayu depan Encik Ashraf. Bukannya aku nak mengorat dia pun, kan?

"Ash! Keciknya dunia!" Bahu Encik Ashraf kena tepuk. Mujur dia tak tersedak. Aku dengan Encik Ashraf angkat kepala pandang perempuan mekap tebal yang berdiri kat sebelah meja kami.

"Leha?" Encik Ashraf menegur. "Lunch kat sini jugak ke?"

"Iya lah...Eh...share meja boleh tak? You pun berdua aje kan?" Perempuan nama Leha tu sikit pun tak toleh pandang aku. Eh? Rasanya aku macam pernah tengok baju dia ni? Aku cuba ingat semula. Yalah...dia ni lah yang mengilai tak pandang kiri kanan kat Treasury tadi. Leha ke namanya? Hrmm...padanlah nama dengan gaya dia. Oppss...aku tak ada prejudis pada orang nama Leha selain minah gedik sebelah aku ni. Maksud aku, nama dan gaya dia memang sepadan!

"You berdua juga?" Encik Ashraf tanya sebab hanya ada dua kerusi kosong kat meja kami.

"Ha'ah berdua." Tiba-tiba aku tengok muka Leha macam tersipu-sipu malu. Macam tak sesuai aje. "Dia tu... boyfriend I."

Boleh tak aku rasa nak muntah dengar nada suara yang mengada gatal tu? Malas aku nak tengok minah ni. Buat meluat aje. Baik aku tunduk layan ketam dengan ikan.

"Izz...sini!"

Nyaris aku tak tertelan sepit ketam dengar suara Leha nyaring tiba-tiba. Dia sebut nama 'Izz' ke tadi? Alamak! Kenapa aku rasa tak sedap perut ni? Rasanya lebih baik aku bangun. Nasi kat pinggan aku pun dah licin. Sementara tunggu Encik Ashraf makan, memang aku saja ratah-ratah ikan dan sepit ketam.

"Eh...dah habis ke?" Encik Ashraf terkejut bila tiba-tiba aku bangun.

"Dah. Nak pegi ladies kejap." Aku terus menonong pergi, tak tegur pun Leha dan aku tak toleh kiri kanan pun sebab takut 'Izz' si Leha tu ialah 'Izz' yang aku kenal.

Lepas basuh tangan, sengaja aku cari tempat yang tersembunyi sikit sambil curi-curi pandang kat meja aku duduk tadi. Jantung aku berdegup pantas lihat lelaki yang baru duduk depan Encik Ashraf.

                        Bakal boyfriend si Leha tu laki aku! Acane tu? Hati aku tiba-tiba jadi kelam kabut tak tentu pasal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bakal boyfriend si Leha tu laki aku! Acane tu? Hati aku tiba-tiba jadi kelam kabut tak tentu pasal. Terus aku tuju kat kereta Encik Ashraf. WhatsApp dia beritahu aku dah tunggu.

"Kenapa nak balik tergesa-gesa?" Encik Ashraf tanya bila dia datang sepuluh minit selepas aku hantar mesej tadi.

"Ermm...saya rasa tak sedap perut." Aku reka alasan mi segera.

"Makan gelojoh sangat kut." Dia senyum mengusik.

Aku cuma sengih. Terus masuk dalam kereta. Nak cepat-cepat pergi dari situ.

Separuh hari aku kat pejabat hari tu memang rasa huru-hara. Fikiran aku degil juga nak ingat kejadian kat Tapak Sulaiman tadi. Maka petang tu, demi nak redakan stres yang tiba-tiba datang berkunjung, aku pergi Alamanda cari aiskrim yogurt. Aku terus capai cup paling besar.

Jadi dia dah ada awek? Fikiran aku mula fikir perkara yang aku cuba nak lupakan.

Aku tarik tombol aiskrim yogurt Tutti Fruitti perisa coklat. Awek dia minah gedik yang bersuara nyaring tu.

Aku tarik pulak tombol aiskrim perisa vanila sekehendak hati. Maknanya, dia memang nak kami bawa haluan hidup asing-asing yang macam aku cadangkan dulu?

Aku sudu rasberi kering, kismis, badam, buah laici, buah strawberi dan nata de coco sampai penuh mangkuk paling besar.

Tapi kenapa aku nak rasa sedih? Padahal aku jugak yang cadangkan perkara ni dulu? Aku tabur chocolate rice dan picit coklat cair sekehendak hati. Sempat lagi bubuh love letter sebatang dan sekeping biskut Oreo. Sampai kat kaunter, aku hulur mangkuk aiskrim. Sekali timbang...ha...amik ko RM41.65!

Semua ni Mr. Panda punya pasal! Terpaksa aku keluarkan not RM50 bayar harga aiskrim 'marah' aku tu. Lepas bayar, aku cari tempat kosong, duduk dan makan dengan perasaan yang mendongkol sedih, marah dan sayu. Tipulah kalau aku kata hati aku tak terusik tengok Mr. Panda dengan Leha tengah hari tadi. Walaupun hati aku degil tak mahu mengaku, masih terselit perasaan kecewa.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Nganga besar-besar dan suap aiskrim. Tabah, Fina...tabah. Dah ini jalan yang kau pilih. Redha jelah, kan? Aku tunduk hadap aiskrim. Setitik air mata mengalir tanpa aku sedari.

Adoyai Fina oi! Mana pendirian kau? Tiba-tiba aje hilang. Entah...aku sendiri pun tak tahu. Selama ni aku tabah. Rileks aje. Mungkin sebab aku tak terjumpa dia kot. Tapi bila dah terserempak dua kali berturut-turut, terus hati aku ingat. Maknanya lepas ni, aku kena elakkan diri daripada terserempak dengan dia.

Sekarang aku dah tau pejabat dia kat mana. Jadi elak ke situ meskipun Encik Ashraf yang suruh. Ya...perlahan-lahan aku akan cuba padam nama dia dari hati aku! Yosh! Rasa macam nak genggam tangan dan tujah ke langit pula. Tapi nanti orang kata aku minah tiga suku. Diam-diam sudah. Layan aiskrim. Aku nganga mulut besar-besar dan sumbat aiskrim penuh satu sudu siap toppingnya sekali.

Masa tu juga aku nampak Leha dan Mr. Panda parade kat depan aku. Mr. Panda toleh pandang aku. Dia senyum dan sempat kenyit sebelah mata. Terus aku brain-freeze! Entah berapa megawat elektrik dari aiskrim melanda otak aku. Arrghhhh!

Padan muka! Siapa suruh suap aiskrimbanyak-banyak? Padan muka! Sapa suruh lepak kat Alamanda? Aku terus bangunpegang mangkuk aiskrim. Baliklah kalau macam ni. Tak aman jiwa aku kalau asyikterserempak dengan dua ekor mahkluk asing tu! 

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now