Bab 14

205 6 0
                                    

Dah sebulan berlalu selepas kematian bapak mentua aku. Sejak hari tu, semua panggilan Mr. Panda aku tak pernah jawab. Mesej dia semua aku padam. Tak baca pun. Tak payahlah aku nak berangan-angan nak jalankan tanggungjawab hakiki seorang isteri kepada dia. Lagipun kami kahwin tanpa cinta. Perkahwinan ni tak akan berjaya punya.

Lama juga aku tak terserempak dengan 'pasangan sejoli' tu. Baguslah macam tu. Aku pun tak ada urusan dengan Treasury. Kalau ada pun, Encik Ashraf yang uruskan sorang-sorang.

Petang tu masa aku balik kerja, rumah sebelah aku yang kosong dah ada orang masuk. Aku nampak dua tiga orang lelaki tengah sibuk angkut almari. Aku terus masuk dalam rumah. Kuarters aku ni dah mula penuh. Dulu masa aku duduk, banyak rumah yang kosong. Seram jugalah.

Kalau yang pindah tu bujang perempuan sama macam aku, bolehlah buat kawan. Eh kejap. Aku bukan bujang. Cuma gaya hidup aje macam orang bujang. Fakta kena betul walaupun rasa sakit hati aje bila ingat-ingat balik tindakan 'bodoh' aku suatu ketika dulu.

"KITA kahwin!"

Aku terperangah. Luas mulut aku ternganga. Mujur aku bersandar. Kalau tak, dah rebah badan aku jatuh ke belakang sebab amat terkejut.

"Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?" Aku bantah sungguh-sungguh. Mana boleh aku kahwin tanpa cinta. Gila namanya tu!

"Bukan kahwin betul-betul!"

Hah? Mulut aku terlopong luas. Dah tak kuasa nak berlagak sopan lagi. "Kahwin pun boleh olok-olok eh?" Aku tanya, keliru. Belum pernahlah ustaz dan ustazah kat sekolah ajar kahwin boleh olok-olok. Kalau berlakon filem bolehlah.

"Bukan olok-olok macam masa kita kecik main kahwin-kahwin tu." Mr. Panda sengih pandang muka aku yang memang blur habis.

"Err...saya tak faham. Tolong fahamkan saya." Dengan muka masih blur, aku peluk tubuh sambil sandar badan kat pintu bilik.

"Fina..." Muka Mr. Panda terus serius. "Harapan saya...lepas kita nikah...abang-abang kita akan terpaksa terima. Dari situ, perlahan-lahan kita cuba damaikan mereka."

"Are you sure?" Aku tanya dengan nada sarkastik. Cadangan Mr. Panda tak realistik sebab aku rasa mustahil nak letak Adnan dan Rashdan di bawah satu bumbung dalam suasana aman.

"Insya-Allah." Dia langkah setapak dekati aku. "Niat kita baik. Tuhan akan bantu." Muka dia penuh dengan keyakinan.

"Jadi kita kahwin ni semata-mata...semata-mata ya...untuk damaikan abang-abang kita? Tak ada niat lain yang tersembunyi?" Aku mahukan kepastian. Perkara ni melibatkan masa depan aku jugak. Buatnya rancangan gagal, perkahwinan aku dengan Mr. Panda juga gagallah ya? Hish...jadi janda muda aku nanti.

"Ya...tujuan kita kahwin ialah nak damaikan Abang Nan dan Abang Dan. Itu aje. Saya janji tak usik awak atau tuntut hak saya." Mr. Panda angkat kedua-dua belah tangan macam nak tunjuk surrender kat polis.

Aku pandang muka dia dengan riak curiga. Dia janji tak mahu usik aku? Boleh caya ke mamat ni? Belum kahwin pun dah gatal semacam...kalau dah kahwin nanti entah-entah selamat aku dikendurikan.

"Bagi saya masa untuk fikir pasal hal ni. Bukan perkara main-main yang awak minta saya buat." Aku tak boleh bagi kata putus. Kena fikir luar dalam atas bawah. Kahwin bukan perkara main-main. Sekali dah melangkah, tak boleh undur.

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now