Bab 21

401 13 0
                                    

TIAP kali Encik Ashraf Zakwan lalu, semua pasang mata anak dara tekun memandang dengan mata bersinar bintang. Ada yang drooling lagi sampai meleleh atas meja. Tapi aku dah lali. Dah imun dengan segala tarikan besi semberani yang ada pada pegawai senior aku tu.

"Cik Fina, awak kat sini bukan nak bagi makan gaji buta. Ni...minit mesyuarat semalam...dah siap? Kejap lagi Datuk Seri nak tengok."

Terkebil-kebil mata aku pandang muka Encik Ashraf. Gaya macam marah. Suara pun ada tinggi juga. Tapi muka...macam nak goda aku aje. Cop! Aku memang bukan masuk bakul angkat sendiri atau naik lif tekan butang sendiri ek?

Memang Encik Ashraf dah banyak kali bagi hint cuba nak ngorat aku. Tapi aku buat tak tahu ajelah. Tapi lepas kejadian semalam, hati aku bagai tertarik-tarik aje nak main kayu tiga. Tapi ni bukan main kayu tiga namanya. Ni nak jamin masa depan. Kalau Mr. Panda tak nak aku pun tak apa. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang nak kat aku.

Encik Ashraf pun apa kurangnya. Keperibadian dia setakat hari ni tak ada cacat cela. Sejak mula-mula aku kerja, dia selalu ambil berat pasal aku. Mungkin aku boleh buka sikit ruang hati aku untuk dia....

"Fina?"

Tangan Encik Ashraf dah lambai-lambai depan muka aku. Sekali lagi lamunan aku terhenti. Eh...panggil nama aje? Mana gelaran 'cik' tu?

"Bagi saya lima minit, Encik Ash. Dah siap. Cuma saya nak semak sikit aje ni." Tergesa-gesa aku kalih mata dan tatap skrin PC.

"Saya tunggu." Encik Ashraf dah tarik kerusi depan aku dan seret sebelah aku.

Gulp! Alamak! Dia nak tunggu dan duduk sebelah aku ke? Bau haruman Eternity menyucuk lubang hidung aku. Wangi sungguh. Memang sinonim bau ni dengan dia. Jiwa yang terluka rasa melayang sekejap. Aku geleng kepala. Cuba buang fikiran jahat tu jauh-jauh.

"Kenapa? Ada yang tak kena?" Encik Ashraf rapatkan wajahnya pada skrin. Konon nak tengok apa yang buatkan kepala aku menggeleng tadi.

"Er...tak ada apa-apa. Saya teringat benda lain tadi," dalih aku cepat-cepat.

Sebelah tangan dah menggigil gerakkan tetikus. Skrol atas skrol bawah entah apa yang aku cari pun aku tak tau. Apa bendanya yang aku nak betulkan tadi ek? Kan dah lupa. Ni semua Encik Ashraf punya pasal. Yang dia duduk rapat-rapat sangat ngan aku ni kenapa?

"Kampung awak kat mana?"

Eh? Aku terkesima kejap. Tiba-tiba aje ubah topik yang tak berkaitan.

"Lenggong. Kenapa Encik Ash tanya?" Aku layankan juga soalan tu. Fikiran aku cuba nak tumpukan perhatian pada kerja.

"Lenggong...Perak?" Tak belajar Geografi ke apa? Nak aje aku sound sedas. Tapi dia ni senior officer aku. Kena jaga kelakuan sentiasa.

"Tak lah...Lenggong kat Zimbabwe." Tapi mulut aku jahat juga nak kenakan dia.

Encik Ashraf tergelak. Berdarah jiwa aku dengar suara dia gelak. Merdu! Tiba-tiba aje aku rasa macam ni. Padahal sebelum ni dah banyak kali kot Encik Ashraf gelak depan aku. Semakin besar ruang hati aku simpan untuk dia.

"Fina...awak dah ada teman lelaki?" Hilang gelak, diganti dengan suara yang serius.

Mulut aku dah terlopong luas. Adakah aku salah dengar? Betul ke Encik Ashraf tanya aku soalan keramat tu. Apa aku nak jawab ek? Boleh tak jawab macam ni, teman lelaki tak ada, tapi suami ada.

Sah-sah lah dia terkejut king kong kalau aku jawab macam tu. Dan kalau aku sebut Mr. Panda tu laki aku, bukan dia aje yang terkejut, Leha pun mesti meroyan-royan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now