Bab 11

171 6 1
                                    

Sejak kejadian di Treasury yang membawa ke Alamanda dan kemudian ke Stadium Pancarona, aku selalu sangat terserempak dengan Mr. Panda-Leha. Asal ada Leha, mesti ada Mr. Panda. Asal ada Mr. Panda, mesti ada Leha. Naik meluat aku jadinya. Memang mereka berdua tu dah jadi boyfriend-girlfriend lah agaknya ek? Berkepit aje macam belangkas.

Disebabkan aku selalu terserempak dengan mereka kat Alamanda, maka aku dah boikot Alamanda. Kalau nak cari barang, aku rela pergi Bangi. Kadang-kadang sampai bandar Kajang aku rayau. Semata-mata tak mahu terserempak dengan pasangan menyakitkan mata hati aku tu.

Bukan Alamanda aje aku boikot. Pasar malam Putrajaya setiap hari Selasa dan Jumaat tu pun aku dah boikot. Naik bosan aku fikirkan pasal hal ni. Sudahnya aku yang serabut. Rasa nak lari dari Putrajaya pun ada. Dan doa aku termakbul. Ieka ajak aku pergi rombongan melancong ke Pulau Sibu. Bertolak pagi Jumaat. Balik petang Ahad. Ramai staf kementerian aku dan ada juga staf kementerian lain yang ikut.

Encik Ashraf pun pergi sekali. Manis aje senyuman Ieka waktu kami bertolak seawal 6.30 pagi menaiki bas persiaran dari Putrajaya. Dekat 8 jam atas jalan, sampailah kami kat Jeti Tanjung Leman. Sebelum bertolak ke Pulau Sibu, kami rehat makan tengah hari dan solat jamak dulu. Dari jeti ke Pulau Sibu hanya 20 minit aje. Ketua 'rombongan Cik Kiah' kami dah buat tempahan bilik penginapan di Sibu Island Resort.

Masa tengah kumpul ramai-ramai tunggu kunci bilik, masa tu lah aku terdengar suara yang paling menjengkelkan. Ya Allah! Sampai ke sini ke minah tu pergi? Cemanalah aku boleh tak perasan? Mesti dia naik bas yang kedua tu. Aku dah geleng-geleng kepala rasa macam nak meroyan. Boleh tak aku nak balik sekarang jugak?

"Kau ni kenapa? Tension semacam aje?" tegur Ieka lalu tunjuk kunci bilik.

"Aku nak balik rumah...boleh tak?" Aku pandang muka Ieka sungguh-sungguh.

"Hilang akal ke apa kau ni? Belum apa-apa dah homesick. Dah la...jangan nak ngada. Jom masuk bilik." Ieka dah tarik beg beroda dia.

Terpaksalah dengan berat hati aku ikut dia. Suara Leha makin lama makin kuat aku dengar. Harap-harap dia sorang ajelah yang ikut rombongan ni. 'Kembar tak seiras' dia tu janganlah ada. Tak mampu hati aku nak bendung rasa cemburu menggila nanti.

"Slow aje jalan. Mabuk laut ke tadi?" Satu suara tegur aku dari belakang.

Aku toleh pandang Encik Ashraf yang tengah sandang backpack. Untung jadi orang lelaki ni. Nak travel, bawa backpack aje. Bukan macam orang perempuan. Mesti nak usung beg roda. Macam-macam nak kena bawa. Kalau ada poket Doraemon kan best. Rumah pun boleh muat!

"Tak lah." Aku jawab perlahan. Ieka dah jauh ke depan. "Bilik Encik Ash kat mana?"

"Sebelah bilik awak rasanya." Dia jawab dengan senyuman.

"Oh..." Itu aje jawapan aku. Dari jauh aku dah nampak Ieka berdiri atas tangga batu sambil lambai-lambai kat aku. Ini bukan bilik. Tapi rumah kecik bertangga batu rupa-rupanya. Dan Encik Ashraf check-in kat rumah sebelah kami.

Masuk aje dalam bilik, Ieka terus buat terjunan tiruk atas katil. "Wah...nyamannya!" Terpejam-pejam mata dia menikmati tilam empuk.

Aku pun terkenan perangai dia. Tapi aku baring terlentang. Rasa seronok nak bercuti yang aku rasa pagi tadi, dah tawar semenjak aku dengar suara Leha berkumandang kat lobi. Apalah makna cuti pendek aku kali ni? Kalau aku bercuti kat kampung aje baru aku tak jumpa Leha kot.

Aku pun dah lama tak balik kampung. Tiap-tiap minggu Rashdan telefon tanya bila aku nak balik. Kalaulah dia tahu aku pergi Pulau Sibu, mesti dia marah sebab tak bagitau dia. Macamlah aku ni budak kecik lagi nak kena minta izin dia ke mana aku nak pergi. Laki aku sendiri pun tak kisah aku nak ke mana.

Hurmm...laki aku? Apa nak jadilah dengan hidup aku ni? Bersuami tapi macam bujang. Aku nak ada boyfriend pun rasa tak sanggup. Rasa macam nusyuz aje. Itulah...lain kali cakap siang pandang-pandang. Cakap malam, suluh-suluh. Fikiran aku dah membebel pada hati aku.

"Fina...." Panjang nada suara Ieka sebut nama aku.

"Apahal?" Aku tanya perlahan.

"Aku rasa Encik Ash tu suka kau la. Aku dah macam tak ada peluang aje nak tackle dia." Suara Ieka macam sedih.

"Mana kau tau dia suka aku?" Aku golek ke sisi pandang Ieka yang masih meniarap atas katil. Kepala teleng pandang aku.

"Tau la...tengok cara dia layan kau pun...aku rasa budak kat opis kita ramai yang perasan."

"Perasaan korang aje, kot. Mungkin sebab aku selalu outstation dengan dia...buat kerja sama-sama dengan dia. Sebab tu la korang nampak kami rapat." Aku bidas dakwaan Leha. Sikit pun aku tak percaya.

"Biasalah orang lelaki. Dia mesra aje sikit pada perempuan, dah semua orang suspek dia ada hati kat perempuan tu. Padahal...bukan macam tu. Dah memang sikap azali mereka mesra dengan perempuan. Mesra mereka bukan bermakna suka. Mereka ni suka melayan sebenarnya. Perempuan yang cepat perasan, terpedayalah."

"Waahhhh!" Ieka terus terbangun dan duduk bersila hadap aku. "Tere nya kau baca hati lelaki."

"Abang aku la yang cakap. Aku mana tau baca hati orang."

Inilah antara nasihat-nasihat Rashdan yang berbakul-bakul tu sebelum aku ke Surrey dulu. Dan pesanan yang sama juga dia ulang masa aku nak duduk Putrajaya. Jangan cepat terpedaya dengan kata-kata manis lelaki. Jangan cepat simpan perasaan pada lelaki. Siasat dulu keikhlasan dia...bla bla bla...aku pun dah tak ingat apa yang dia pesan lagi.

Tapi semua nasihat dia tu tak berjaya didik pendirian aku supaya kebal daripada pujukan Mr. Panda. Aku tewas juga. Tapi tewas statuslah. Tewas tubuh badan belum lagi. Yang itu aku kena jaga betul-betul. Hanya itu aje yang tinggal pada aku. Oh...Fina..kau memang sengal! Ini ajelah yang aku mampu buat. Kutuk diri sendiri.

"Petang ni nak join sukaneka tak?" Ieka alih topik perbualan.

"Malas la. Aku datang sini nak lepak...tenang-tenangkan fikiran. Bukan nak dera badan aku bersukan." Mujurlah acara sukaneka bukan wajib. Kalau wajib, memang awal-awal lagi aku dah tak nak pergi. Aku cuma nak island hopping dan snorkeling aje. Lain-lain macam jungle trekking ke moon light walk ke kayaking ke absailing ke....semua tu aku tak nak. Awal-awal lagi aku tak isi nama untuk aktiviti tu. Jimat sikit duit.

"Ingat tau...Abang Pandi pesan...kalau nak jalan-jalan jangan sorang-sorang." Ieka ingatkan aku pada pesanan ketua rombongan, Encik Afandi.

"Hurmm...yelah. Aku ingat." Aku jawab sambillewa.

Assistant Tuan Menteri [Published]Where stories live. Discover now