2 MONTHS LATER..
Sowon memandang bintang-bintang di langit malam yang hitam pekat. Beberapa titis air jernih keluar dari tubir matanya. Dia tekup mulut apabila tangisan semakin menjadi-jadi.
"Aku rindukan kau,Bambam-ah. Wae cepat sangat kau tinggalkan aku? Kau kata kau cinta dan sayangkan aku. Tapi,kau dah tinggalkan aku selamanya."rintih Sowon perlahan bersama tangisannya yang teresak-esak.
Angin dingin di malam hari menerpa lembut di badan Sowon. Dia memeluk tubuh seketika. Sejuk barangkali.
"Sowon,dah malam ni. Buat apa kat luar lagi ni? Jom masuk,tidur."ujar Pn.Kim yang tiba-tiba muncul di sebelah Sowon.
Sowon pantas mengesat air matanya tatkala dia menyedari akan kehadiran omma angkatnya itu." Omma? Sowon saja nak tengok bintang. Cantik."balas Sowon. Dia juga menghadiahkan senyuman palsu kepada ommanya.
"Omma tahu,anak omma ni rindukan Bambam. Betul tak?"soal Pn.Kim seraya menggosok kepala Sowon. Dia turut tersenyum manis kepada Sowon.
Senyuman Sowon terus mati. Dia mengetap bibirnya perlahan. Kolam mata mula dipenuhi air jernih sekali lagi. Dia memeluk Pn.Kim erat. Dihamburnya tangisan dalam pelukan itu. Pn Kim pula sekadar menggosok-gosok belakang Sowon agar bertenang.
"Omma,semua ni salah Sowon. Bambam kena langgar sebab selamatkan Sowon. Tapi,sampai sekarang Sowon still tak boleh nak balas cinta dia. Kejam sangatkah Sowon? Sowon sekadar sayang dia sebagai seorang chingu."luah Sowon di dalam pelukan ommanya itu.
Pn.kim terangguk-angguk mendengar luahan anaknya itu. Pelukan dileraikan. Wajah sembab Sowon ditatap sayang.
"Sowon tak kejam sayang. Semua ini sudah ditakdirkan.Janganlah bersedih. Nanti Bambam pun tak tenang di alam sana. Sowon perlu teruskan hidup. Yang lepas,biarkan lepas. Yang hidup,perlu teruskan hidup. Remember that." Pn.Kim cuba memberi kata-kata semangat kepada Sowon.
Sowon tersenyum pahit. "Omma,Sowon minta maaf sebab larikan diri sebelum ni hanya kerana masalah yang kecil. Sowon sepatutnya berterima kasih kepada omma dan appa sebab sudi ambil Sowon sebagai anak angkat selepas parents Sowon meninggal dalam kemalangan tu."jelas Sowon sayu. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Mulai saat ini,Sowon akan move on. Sowon nak sambung belajar ke luar negara,can I?" Sambung Sowon lagi.
Pn.Kim anggukkan kepalanya." Yes,you can. Everything for you,dear."balas Pn.Kim.
———
"Woi, Mingyu. "Panggil Wonwoo seraya mendekati Mingyu yang sedang berdiri di halaman rumah mereka.
Mingyu menoleh ke arah Wonwoo. Dia mengangkat sebelah keningnya." Apa?"soalnya sepatah.
"Dah malam ni. Sejuk la kat luar ni. Tak nak masuk tidur ke?"soal Wonwoo. Bahu Mingyu ditepuk perlahan.
"Kau masuk la dulu. Aku nak tengok bintang ni. Cantik."balas Mingyu pula. Dia berpeluk tubuh apabila angin malam bertiup mengenai tubuhnya.
"Kau terfikirkan Sowon atau Bambam?"soal Wonwoo perlahan. Dia mengerling ke arah Mingyu di sebelahnya yang masih melihat bintang-bintang di langit.
Segaris senyuman terukir di bibir Mingyu." Aku terfikirkan kedua-duanya. Aku berterima kasih sangat kepada Bambam sebab dia dah selamatkan nyawa Sowon. Aku berharap Sowon akan beri peluang kedua untuk aku walaupun aku tahu itu semua tak akan terjadi. Dia dah tolak cinta aku."Mingyu bersuara tenang. Hakikatnya,hatinya sedang menangis tak berlagu.
"Aku nak move on. Aku nak pergi oversea. Aku nak sambung belajar kat sana dengan identiti sebenar aku sebagai Mingyu. Bukan lagi Taekwon. "Sambung Mingyu lagi.
Wonwoo terangguk perlahan." Walau apapun keputusan kau,aku akan sokong—"
"Correction,KAMI akan sokong kau,Mingyu." Ujar Seungchol,Jeonghan,The8,Jun,Hoshi,Woozi,Joshua,Vernon,Dino,Boo dan DK.
Mingyu tersenyum melihat chingu-chingunya yang lain yang turut muncul di situ." Gomawo korang semua."ujar Mingyu gembira.
——— (airport)
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Pn.Kim dan En.kim,Sowon mula menuju ke balai berlepas. Dia tidak lekang tersenyum dalam setiap langkahnya.
"Aku akan jadi Sowon yang baru. Aku bukan lagi lemah macam dulu. Seoul, selamat tinggal."bisik hati Sowon seraya memasuki balai berlepas.
———
"Seoul,selamat tinggal. "Bisik hati Mingyu seraya memasuki balai berlepas.
———
Mingyu melangkah masuk ke dalam pesawat yang bakal membawanya ke UK. Tempat duduk dicari dengan sabar.
"Yes,this's my seat."gumam Mingyu perlahan. Dia mula duduk di tempat duduknya iaitu di tepi tingkap. Mingyu membuang pandang ke luar tingkap pesawat itu
Beberapa minit kemudian,Mingyu dapat rasakan bahawa ada orang di sebelahnya. Dia terus berpaling melihat 'seatmate'nya itu.
"So—sowon??"ujar Mingyu terkejut melihat makhluk yang sudah menjadi 'seatmate'nya.
Sowon membulatkan matanya. Dia terus berpaling ke sebelah lain setelah mendapati bahawa Mingyu merupakan 'seatmate'nya di dalam pesawat itu.
Mingyu tersenyum kecil."I still love you."ujar Mingyu separa berbisik di telinga Sowon. Kemudian,dia berpaling ke depan melihat pramugari dan pramugara yang sedang membuat demo tentang keselamatan ketika berlaku sebarang kecemasan.
Sowon bagaikan tersedak air liur mendengar kata-kata Mingyu itu. Lagi² Mingyu berbisik di telinganya.
"I'm waiting for you,my dear ex-girlfriend."sekali lagi Mingyu bersuara di tepi telinga Sowon.
Sowon langsung tidak berpaling ke arah Mingyu. "Omg! Jantung aku berdegup laju. A—aku pun cintakan kau,Mingyu!"jerit hati Sowon. Pipinya terus merah bak jambu. Malu la tu.
TBC

YOU ARE READING
⊱┊𝙊𝙪𝙧 𝙎𝙩𝙤𝙧𝙮 :: ꒱
Fanfiction‧₊˚ love , hate , and betrayal - that's life baby 2020 : i wrote this book years ago , so pls excuse any immature writings cause I'm not doing the edit again :)