BAB 1

1K 22 2
                                    

"Pakai smart ni nak pergi mana?"

"Dating ah. Takkan nak berkebun pulak."kata Ash sambil menyikat rambutnya yang diselaputi pomade.

Aku hanya mengangguk faham. "Ash. Aku nak tanya sikit ni."

"Tanya mende?"

"Kau pernah bukak deep web?"

Ash terhenti seketika. Dia terus memalingkan wajahnya ke arah aku. "Engko jangan nak buat kerja gila pi bukak benda tu. Dengarlah cakap aku, kau akan jumpa benda tak sepatutnya kau jumpa dekat situ."

"Maknanya kau pernah bukak ler ni?"

"Tak. Tak ada kerja aku."

Aku mendengus. Sembang macam pernah. "Habis, macam mana kau tau content dalam tu?"

"Tengok kat youtube. Baca pengalaman orang yang pernah bukak deepweb kat creepypasta dan sewaktu dengannya."balas Ash sambil berjalan pantas menuju ke pintu. Kasutnya disarungkan. "Nak kirim pape tak? Kalau ada balik nanti aku singgah 99Speedmart jap."

"Takde."balas aku pendek. Bukan boleh percaya mamat ni. Dah banyak kali aku kirim barang tapi tak pernah sekalipun dia belikan. Alasannya terlupa. Memang melayu ni mudah lupa.

"K Reza aku gerak lu. Pape roger."

Pintu bilik ditutup meninggalkan aku seorang diri di kubikel bersaiz sederhana yang memuatkan dua katil ini. Komputer riba dihidupkan. Aku memuat turun Tor Browser-sebuah perisian percuma yang mengandungi sebuah pelayar internet yang membenarkan komunikasi sulit. Perisian ini selalunya digunakan untuk mengakses deepweb kerana deepweb atau darkweb tidak boleh diakses menggunakan perisian pelayar internet biasa yang segala maklumatnya berpotensi dirakam seperti Google Chrome, Bing, Opera dan sebagainya.

Deepweb atau darkweb amat sukar diakses kerana ia merupakan dasar kepada dunia maya. Bayangkan sebuah bentangan lautan dan terdapat sebuah pulau terapung ditengah-tengah. Pulau itu adalah sesawang yang kita gunakan sekarang iaitu yang digunakan secara umum. 10 kaki dalam lautan itu pula adalah deep web, dimana segala isi kandungannya tidak dapat dilihat dengan mudah. Pengguna harus menyelami dengan lebih dalam untuk mengetahui intipatinya. Di dasar laut pula dimana memerlukan manusia untuk menggunakan kapal selam pula ialah dark web yang mempunyai seribu satu misteri.

Deep web dan dark web bukanlah sebuah kunjungan yang biasa-biasa, ia adalah luarbiasa. Golongan pedofilia, psikopatik, pembunuh upahan, penjual senjata, pasaran gelap, perdagangan manusia, komuniti kanibal yang giat meratah daging manusia serta khidmat jual beli kewarganegaraan bermarkas di kedua-dua laman sesawang ini. Oleh itu, amat wajarlah ia memperuntukkan waktu dan kesukaran untuk mengaksesnya selalunya menggunakam proksi seperti Tor browser untuk mengelakkan aktiviti pelayaran sesawang ini dikesan pihak berkuasa.

Namun tidak sedikit pun aku gentar. Okey mungkin sedikit. Aku terus membuka deep web. Dengan berbekalkan senarai link dari the hidden wiki, bermacam sesawang aku terokai antaranya laman penjualan senjata. Sengaja aku membuat survey senjata-senjata ini walaupun aku tiada niat langsung untuk membelinya. Sesudah bosan seperti orang tiada hala tuju aku terus membuat keputusan untuk menutup deep web ini. Tiba-tiba, mataku tertancap ke sebuah link yang deskripsinya tertulis dalam berbahasa Melayu iaitu 'Program Pertukaran Malaysia'.

"Saya tidak mengalakkan anda semua untuk melayari laman sesawang tidak kiralah deep web mahupun dark web kerana kandungannya tidak sesuai untuk tatapan umum serta menyalahi undang-undang. Kebanyakan pengguna mengalami trauma, insiden aneh, tragik dan mengerikan setelah melayari sesawang tertera. Anda boleh mengikuti kisah-kisah benar tentang deep web melalui Youtube, Creepypasta dan sebagainya. Setiap perbuatan ada kesannya."-Penulis


TUKARHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin