BAB 9

781 16 1
                                    

"Mid Valley. Sunday. Memang saja ke camna?"seloroh aku. Aku memandang sekeliling. Memang sesak dengan umat manusia pusat membeli belah Mid Valley ini. Memang tak pernah lekang dek orang.

Qina tersenyum. "Memang sengaja. Saja nak lunch dekat Carl's Jr. Dah lama tak makan dekat sini. So alang-alang tu baik pergi sini je. Manalah tahu hari ini hari last I hidup kan?"

Aku sedikit pelik dengan Qina ini. Dia tahu aku mungkin akan membunuh dia sebentar lagi tetapi boleh pula dia beramah mesra dengan aku. Tapi ada betul juga kata Qina. Selepas ini kami akan bertempur. Tiada siapa tahu siapa yang akan mati dan siapa yang akan hidup. Jadi, mungkin hidangan burger Carl's Jr ini akan menjadi santapan terakhir untuknya. "Kenapa you buat benda ni? I mean, you ada kerjaya, secretary lagi tapi still nak korbankan nyawa untuk program ini?"soal aku skeptikal.

"Reza, you're still young. I tak cakap I ni tua lah but nanti bila you dah habis pengajian you, kalau you survive and masih hiduplah nantikan, bila you masuk alam kerja, you akan sedar yang gaji you tak akan pernah cukup. Lagi-lagi kalau you ada tanggungan."

Aku hanya mengangguk lagi. "Is this your first time?"

"Nope. Third actually. How about you?"

"Second. Masuk yang ni kali kedua."

"Tapikan. They said average participants akan survive sampai kali yang ketiga je. Masuk je pertempuran yang keempat mati terus katanya. But who knows kan? Tapi I still prepared for everything. That's why I offer RM5,000 je instead of RM10,000 or RM15,000 hasil duit kemenangan I. Tu I saja simpan untuk anak I lets say kalau I mati hari ini. Tak adalah rugi mana."

Aku tersentak. "You don't have to do this kalau you ada anak."kata aku. Aku khuatir tentang kondisi anaknya andaikata nyawa Qina ditamatkan aku hari ini.

"Don't worry. Anak I still ada papa dia."

"You ada husband?!"soal aku. Terasa bodoh pula tanya soalan sebegitu. Memang pastilah ada suami kalau dah ada anak. Atau anak dia tu hanyalah anak angkat?

"Yep. Tapi dah bercerai. Two years ago."

Aku tak mahu tanya banyak. Nanti nampak macam makcik-makcik yang kepoci pula. Aku menyedut air berkarbonat pada masa yang sama mata aku tertancap ke arah sesusuk tubuh seorang gadis yang wajahnya seperti aku pernah lihat sebelum ini. Aku amati betul-betul. "Zara..."mulutku tak semena-mena menyebut namanya.

Qina yang sedang mengunyah gigitan terakhir burgernya tersentak. "Zara?" Dia mula skeptikal. Dia terus memalingkan wajahnya ke belakang. "Oh the girl with the orange bag tu kan? I know her."

Aku tersentak. Baru aku perasan tentang bag yang digalasnya. Kira-kira tiga meter dihadapan terdapat seorang lelaki turut menggalas beg berwarna jingga dan terdapat tanda X ditengah-tengah. Adakah mereka juga akan bertempur? "You kenal? How?"

"She's just like us. Peserta Pertukaran. It's a long story."

"Macam mana you boleh kenal?"

"You know what, I rasa jom kita gerak sekarang. I takut masa menggali nanti tak ada apa nak dibualkan. Boring pulak nanti."

Aku bersetuju.

-----

Qina terduduk tercungap-cungap. Rambutnya yang diikat dilepaskan ikatannya. Entah kenapa aku merasakan umur 35 terlalu tua untuk Qina. Wajahnya kalau dilihat mungkin ramai yang akan mengatakan dia baru berusia dalam 26 atau 27 tahun. Muka punya lawa macam ni pun kena cerai dengan suami. "Qina."panggil aku. Kalau ikutkan layak je aku panggil dengan gelaran 'kak'. Tapi aku sendiri berasa janggal.

"Huh?"soalnya sambil meneguk sebotol air mineral.

"Masa dekat Carl's Jr, you ada cakap yang 'They said average participants akan survive sampai kali yang ketiga je.' Who are they? Siapa diorang tu."soal aku sambil menggali tanah dengan pantas.

"Mereka tu semua peserta-peserta Program macam kita lah."

"How did you met them?"

"Annual Ceremony."

"Dafuq? Benda ni ada annual ceremony ke?" Aku benar-benar terkejut. Sebuah majlis tahunan yang menghimpunkan pembunuh-pembunuh yang berpengalaman menamatkan nyawa sekurang-kurangnya tiga mangsa? Gila ke apa.

"Yup. Setiap tahun ada. Yang I pergi tu last year punya. I dapat invitation card depan rumah. Masa tu baru sehari I settle satu pertempuran. Pertempuran yang kali ketiga lah. I dah lama tinggalkan program ni. Hari ni baru sambung balik. For this year, kalau I menang, you'll be my first victim."

"Diorang tahu kat mana you tinggal?"

"Diorang tahu dekat mana kita semua tinggal. By semua I mean semua peserta program pertukaran."

"But how?"

Qina mengangkat bahu. "I have no idea. Maybe they are spying on us. Who knows?"

Aku mula rasa tidak senang. Rupa-rupanya setiap gerak-geri aku diperhatikan. Aku termenung seketika. Entah kenapa fikiran aku terimbas mengingatkan Zara. Seperti aku pernah melihat dia sebelum ini, bukan di 7 eleven tapi... Ya! Dalam bas Rapid KL. Ketika itu aku baru selesai pertempuran yang pertama, iaitu pertempuran dengan Asrul. Jika tak silap, Zara duduk di belakang aku ketika itu.

"Dah siap ke gali tu?"soal Qina memecahkan lamunanku.

"Dah kut."balas aku sambil menoleh ke belakang. Aku benar-benar tersentak apabila melihat Qina sedang berdiri dalam posisi bersedia sambil mengacukan pisaunya.

"The game has just begun Reza."kata Qina sambil menerkam ke arah aku. Aku menepis pantas lantas mengeluarkan pisau dari poket seluar aku lalu melibaskannya ke lengan Qina. Lengannya terkoyak sedikit. Darah mengalir deras. "Ugh!"Qina mengerang kesakitan. Tangan kanannya menahan lengannya daripada mengeluarkan darah namun darah masih memancut-mancut keluar.

"I'm sorry. I tak sengaja." Aku entah kenapa dengan tiba-tibanya rasa bersalah.

Qina hanya tersenyum. Dia berjalan perlahan menuju ke lubang yang kami telah gali. Dia berdiri tegak lantas tangannya diangkat. Pisau pada genggaman tangan kanannya diletakkan ke pergelangan tangan kiri. "Thanks temankan I lunch tadi. They can't force me anymore."

"Zapp!". Bilah pisau itu berjaya menamatkan riwayat Qina. Jasad Qina terus rebah tepat ke dalam lubang yang digali. Aku terduduk dengan seribu satu soalan.





TUKARHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin