"Abah, ni ha Reza nak bagitau sikit ni pasal duit tu.."
"Hah kenapa Reza, dah ada ke duitnya?"
"Ada tu memang ada, tapi belum cukup lagi. Pada Reza baru ada RM3,000. Tapi dalam dua minggu ni insha allah."maklum aku memberi janji yang tak pasti.
"Oh baiklah kalau gitu. Tapi abah nak tanya, macam mana Reza dapat tu secepat ni?"
"Reza kerja dengan abang kawan Reza, abang si Ash tu. Lepastu Reza mintak advance RM3,000 dulu.."tipu aku penuh keyakinan. Bab tipu menipu ni memang makanan aku cuma aku jarang menipu bagi mengelakkan penipuan aku mudah dikesan. Maaf abah, terpaksa tipu sunat.
"Oh gitu ke. Hmm ni ha lagi satu, Along datang rumah malam semalam dia kata lusa dia boleh beri lagi RM5,000."
"Alhamdulillah lah kalau cemtu. Hmm mak abah macam mana? Sihat?"
"Abah sihat-sihat je. Tu mak kamu tulah makin teruk kesihatannya. Kerap batuk-batuk, pening-pening je kebelakangannya."
"Nanti Reza usahakan untuk cari duit tu lebih cepat. Okeylah abah, Reza dah nak kena gerak dah ni. Kirim salam dekat mak. Assalamualaikum."
Aku terus memunggah laci produk Ikea yang berwarna merah itu dengan cermat. Terdapat tiga kubikel laci merah. Aku buka satu persatu. Kubikel pertama mengandungi sebuah beg kamera Canon. Aku menarik keluar beg itu lalu memeriksa kandungan di dalamnya. Terdapat sebuah kamera DSLR Canon model 6D. Aku termenung seketika. Mahu ambil atau tidak? Kalau aku tak ambil, kamera ini akan menjadi hak milik bank. Kalau aku ambil, macam rasa bersalah pula mengambil hak orang yang aku telah bunuh. Tapi Asrul sendiri dah beri aku kebenaran. Ah! Ambil ajelah. Daripada jatuh ke tangan kapitalis, baik marhaen macam aku yang ambil.
Aku pergi ke kubikel yang kedua lalu ditarik perlahan pintunya. Terdapat sebuah kamus Oxford sahaja namun setelah diamati betul-betul, aku lihat sehelai duit terkeluar sedikit ditengah-tengah muka surat kamus itu. Aku mengambil kamus itu lalu terus membuka di bahagian tengah. Ternyata, bahagian tengah kamus itu telah ditebuk mengikut saiz segi empat tempat dan di dalam tebukan itu terdapat sebembat wang RM50. Aku mengira not-not kertas itu. Terdapat kira-kira RM2,000 semuanya menjadikan duit yang ada pada aku sekarang ni RM8,000. Tolak dengan wang Ash yang akan aku langsaikan nanti menjadikan wang berbaki RM5,000. Along kata akan beri RM5,000. Jadi jika dicampurkan kesemuanya RM10,000. Cukup untuk membiayai pembedahan mak. Alhamdulillah.
Darah mula menitis ke lantai. Baru aku sedar yang aku belum membalut luka aku dengan betul. Nasib baik luka tidak terlalu dalam maka tidak perlulah untuk aku ke klinik mendapatkan jahitan. Aku menyelongkar beberapa laci lain di dalam rumah itu akhirnya aku terjumpa sebuah kotak putih peti kecemasan yang tercetak sebuah logo bulan sabit merah diatasnya. Segulung pembalut dikeluarkan lalu aku terus membaluti lenganku luka setelah menyapunya dengan minyak kuning. Usai selesai, aku terus mengangkat segala barang yang aku ambil dari rumah Asrul lalu menuju ke pintu utama untuk meninggalkan rumah itu namun seperti ada daya yang menarik aku untuk pergi ke kubikel merah yang ketiga. Aku membuka laci disitu dan mendapati ada sebuah kotak di dalamnya. Aku menyemak kandungan di dalam kotak itu. Terdapat beberapa keping gambar dan sebuah buku diari di dalam kotak berkenaan. Aku terus memasukkan kotak itu ke dalam beg hijau milik aku sebelum keluar meninggalkan rumah Asrul.
-----
"Aih! Cepatnya? Semalam pinjam hari ni bayar. Kalau aku jadi Ah Long konfem gulung tikar sebab tak sempat nak kenekan bunga. Kenapa tangan kau tu?"soal Ash.
"Tak de apa. Tadi masa aku gi the mines tu dekat bus stop lengan aku ni terkena besi."tipu aku.
"Hah tulah kau! Ponteng lagi kelas lagi. Kan dah mendapat."
"By the way, tadi Encik Kamal tak tanya ke kenapa aku tak datang kelas?"
"Nak tanya apa. Dia pun tak ada tadi. Bini bersalin khabarnya."
Aku mengangguk faham. Aku lihat dia tidak habis menyikat rambutnya dari tadi. Memang tak lain nak pergi berdatinglah ni. "Semat nau kau. Dating ka?"soalku. Padahal memang dah tau niat sebenar dia.
"Iyeler. Engko ni bila? Sejak tahun pertama kat universiti ni sampai sekarang aku tak pernah tengok kau dengan mana-mana perempuan. Nak kata tak hensem, memang tak hensem pun tapi muka kau takde lah buruk benau, orang kata muka okey-okey lah."
"Ah malas aku."
"Ke sebenarnya..kau ni.." Dia terus memalingkan wajahnya ke arah aku. "Kau ni gay ke?" Dia terus terduduk. "Astaghfirullahalazim! Kenapa aku boleh tak nampak sebelum ni! Patutlah aku rasa kau macam selalu skodeng aku bila aku tengah pakai baju ke bukak seluar ke." Ash bersandar di dinding. "Ya Allah jauhilah aku dari segala noda..."
Aku tergamam. Kebabian apakah yang sedang berlaku ini. Aku mengambil buku kamus aku lalu dibalingkan tepat ke kepalanya.
"Adoi! Sakitlah mangkuk!" Ash mengerang kesakitan.
"Bila masa aku gay jilakee. Agak-agak ah wei. Kalau aku gay dah lama dah aku jolok bontot kau. Bukan baru harini aku jadi roomate kau. Dah nak dekat dua tahun dah. Fikirlah sikit. Aduhai.." Aku mendengus. Aku tak tahu samada Ash ni memang bangang atau sengaja menjadi bangang.
"Hmm...yelah. Sorry sorry.. K ah. Aku nak gerak lu ni."
"Hah. Blah ah sane."
Ash duduk di muka pintu sambil menyarungkan kasutnya. Dia memalingkan wajahnya ke arah aku.
"Tak nak kirim pape?"
-----
Aku menarik keluar kotak yang berisi beberapa keping gambar dan sebuah diari. Gambar itu ada tiga keping kesemuanya. Aku amati gambar-gambar berikut. Gambar pertama memaparkan gambar sekeluarga yang aku rumuskan bahawa itu adalah potret keluarga Asrul. Gambar kedua terdapat gambar seorang kanak-kanak dan ibunya. Barangkali gambar Asrul dan ibunya. Gambar ketiga hanya ada sesusuk tubuh seorang wanita. Wanita dari gambar kedua. Di belakang gambar ketiga itu terdapat tulisan. Aku meneliti tulisan itu. Seperti alamat rumah. Aku terus membuka diari yang sedikit usang itu. Aku terus memulakan pembacaan.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
TUKAR
ActionAdakah masuk akal untuk orang biasa membunuh antara satu sama lain demi wang semata-mata ? Jika ia lebih baik berbanding kewangan yang tidak terurus dan kesengsaraan hidup yang mendorong kehancuran, mengapa tidak? Semua dapat dilakukan mengikut kod...