BAB 4

814 18 1
                                    

Nak ke tak. Aku kena juga dapatkan duit tu. Kena juga cukupkan RM35,000. Abah ada RM6,000. Angah sumbang RM5,000. Aku baru call Kak Uda dengan Along. Kalau dicampurkan sumbangan mereka baru dapat kira-kira RM3,000. Aku ada tanya Pak Hassan tentang kutipan sumbangan jemaah surau kawasan perumahan aku. Pak Hassan mengatakah bahawa jumlah kutipan terkini ada dalam RM2,100. Katanya dia yakin kutipan akan mencecah sekurang-kurangnya RM3,000. Jadi aku anggap yang ada pada pihak surau RM3,000. Jadi jumlah keseluruhan ialah RM17,000. Meninggalkan baki RM18,000. Telefon aku berdering.

"Hello assalamualaikum Reza. Ni abah ni."

"Hah waalaikumusalam. Ada apa abah? Ada barang Reza yang tertinggal ke?" Kalau ada masih sempat untuk berpatah balik. Sekarang aku baru nak masuk lebuhraya LEKAS. Masih belum jauh untuk berpatah balik ke Seremban.

"Tak adalah. Ni ha, tadi Mak Ngah, Mak Su, Pak Andak, Pak Uda dengan Pak Teh kamu ada call. Diorang dah kumpul-kumpul dapatlah dalam RM8,000."

Jadi baki terkini ialah RM10,000.

"Alhamdullillah abah. Nampaknya harapan mak nak buat pembedahan makin cerah."

"Alhamdulillah Reza. Tapi itulah. Yang baki RM10,000 tu tak tahu nak cari mana. Dah tak ada sumber lagi. Kalau keadaan memaksa, abah terpaksa jual kereta abah la nampaknya."

"Eh janganlah sampai macam tu abah. Nanti susah mak dengan abah nak ke mana-mana. Kalau Reza duduk dengan mak abah tak apalah jugak, boleh Reza bawakkan mak abah guna kereta Reza je. Lagipun lepas pembedahan nanti mesti akan ada rawatan susulan. Kan susah nak ulang alik ke hospital."kata aku. Aku memang tak setuju kalau abah nak menjual keretanya.

"Habis kalau dah tak ada cara lain, itulah yang cara terbaik abah kena lakukan. Sebelum terlupa abah nak pesan, jangan bagitahu dekat mak pasal adik-beradik abah ada sumbang duit. Nanti dia suruh pulang balik duit tu. Tau la mak kamu tu macam mana, kalau boleh dia tak nak menyusahkan orang lain katanya."

"Hah yelah abah. Yang pasal RM10,000 tu Reza janji akan ikhtiarkan, cari jalan jugak nak dapatkan duit tu."

"Baiklah kalau macam tu. Tapi pelajaran kamu jangan terabai pulak. Okeylah, abah nak ke surau dah ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Panggilan dimatikan. Tinggal RM10,000 dan mak akan dapat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Nampaknya aku perlu sertai program itu juga. No excuse. Aku perlu. Demi mak.

-----

"RM3,000?! Kau nak buat apa duit sebanyak tu?"soal Ash.

"Kau ada tak? Tak ada tak apalah."

"Hmm.. ada memang ada tapi kau nak buat apa duit banyak-banyak tu and bila kau boleh bayar balik?"

"Kau tau kan mak aku ada ketumbuhan?"

Ash terdiam seketika. "Oh sebab tulah. Untuk buat pembedahan ke?"

Aku mengangguk.

"Okey... Hmm... bila kau boleh bayar balik?"

"I promise in this week jugak aku akan bayar."

"Hmm.., alright then. Aku pergi withdraw duit jap."

"Okey."

"I don't really care bila kau nak bayar balik just tolong bayar balik tu je."tegas Ash.

Aku mengangguk faham. Aku tahu tanggungjawab aku jika meminjam hak orang. Aku sedikit bersyukur kerana Ash sudi meminjamkan wangnya kepada aku. Ash ni merupakan anak orang kaya. Bapanya merupakan wakil rakyat di daerah Jasin. Kalau nak diikutkan Ash boleh je menyewa di kondominium elit tapi sengaja dia menetap di hostel bagi menunjukkan contoh yang baik kononnya bapanya mendidiknya untuk menjadi seorang yang zuhud pada masa yang sama dia juga mahu untuk berdikari. Kalau hendak diikutkan dari segi kewangan, dia tak adalah berdikari mana pun. Di dalam akaun simpanannya sahaja bapanya telah memindahkan wang sebanyak RM50,000 untuk kegunaan pengajiannya itu tidak termasuk duit belanja bulanan yang sebanyak RM2,000 sebulan.

Setelah Ash keluar mencari mesin ATM terdekat untuk mengeluarkan wang, aku segera membuka deep web melalui Tor. Link yang akan membawa aku ke halaman Program Pertukaran Malaysia semalam ditekan. Aku pantas menuju ke bahagian 'tawaran'. Aku mencari peserta yang menawarkan RM3,000 dan ke bawah, namun hanya ada RM3,000 sahaja tawaran yang paling minima dan nama peserta itu adalah Asrul, nama yang pernah menarik perhatian aku ketika pertama kali aku menjelajah ke web ini. Bahagian 'Terima' ditekan. Aku harus menang dalam pertempuran yang bakal berlaku nanti. Demi mak. Mak tolong bertahan. Reza janji akan dapatkan duit tu untuk mak.

TUKARHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin