Aku penat. Terlalu penat. Aku masih dapat merasakan darah Qina yang seolah-olah masih mengalir di tangan aku walaupun pertarungan aku dengannya sudah hampir tiga hari berlalu. Luka pada lengan aku masih belum kering. Di kelas pula sudah lama aku tidak menunjuk muka. Tapi demi mak. Demi seorang wanita yang melahirkan, membesarkan aku dengan penuh limpahan kasih sayang, aku sanggup lakukan apa sahaja.
"Reza! Reza!" Bob memanggil nama aku sambil berlari terkocoh-kocoh ke arah aku. Aku tahu apa sebab dia panggil aku. Mesti nak tanya kenapa aku dah lama tak pergi kelas. Aku yang kebetulan baru keluar untuk menuju ke 7-11 berhenti seketika.
"Amenda kau nak Bob?"soal aku walaupun aku tahu apa yang Bob nak.
"Kau apsal lama tak pergi kelas? Prof bising kot."kata Bob.
"Esok aku datanglah."kata aku lalu terus berlalu pergi.
----
Stok maggi kari aku dah habis. Jadi aku terus ke 7-11 untuk membeli dua bungkus maggi kari pada masa yang sama aku nak berjumpa dengan Zara. Aku mahu bertanyakan dia tentang program pertukaran. Namun malangnya dia tidak mengambil cuti selama dua hari, bermula hari ini.
"Cik ni siapa?"soal seorang gadis bertudung yang merupakan juruwang di premis serbaneka 24 jam itu.
"Saya kawan dia."tipu aku. Aku pernah bercakap dengan Zara sekali sahaja seumur hidup aku.
Aku pulang dengan dua bungkus maggi kari letup dan dua batang Snickers. Rancangannya aku hanya mahu membeli maggi kari. Tetapi entah kenapa tiba-tiba aku terbeli snack bar ni sekali. Itulah orang kata manusia hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.
Tiba-tiba telefon aku berdering. Panggilan dari abah terus dijawab. Entah kenapa tiba-tiba rasa tidak sedap hati menyelubungi. Harap-harap tak ada perkara buruk berlaku pada mak. "Waalaikumusalam Abah."
"Reza... mak dekat hospital sekarang ni." Abah terus memaklumkan tentang mak kepada aku.
Aku mula kerisauan. "Ya Allah! Kenapa abah?"
"Mak tadi meraung kepala dia sakit sangat. Abah pun apa lagi terus pergi hospital. Pergi kat emergency terus kena tahan ward. Ni abah dah call Angah dengan Kak Uda. Kak Uda on the way. Angah mungkin esok dia balik."
"Abah kutipan surau dah cukup RM3,000?"
"Sudah, ada lebih RM200 lebih ... Reza dah ada ke duitnya?"
"Ada Abah... Cakap dengan doktor boleh proceed untuk pembedahan mak. Reza sekarang ni tengah nak bersiap. Kejap lagi Reza balik bawa duit sekali."
"Alhamdulillah ya Allah. Nanti kamu singgah rumah Pak Hassan sebentar. Nanti abah telefon dia cakap kamu datang ambil nak duit."
"Alright."
----
Tayar kereta Proton Saga merah secondhand yang dibeli secara tunai milik aku berhenti berpusing di hadapan sebuah rumah teres bernombor 17 iaitu merupakan satu-satunya aset hartanah yang abah ada. Abah ada menghantar pesanan mesej untuk mengambil beg baju serta barang-barang mak memandangkan mak akan berada di hospital dalam jangka masa yang agak lama selepas menjalani rawatan pembedahan.
Aku terus masuk ke dalam rumah. Sebuah beg bermaterial kain guni yang dibeli di bahagian kaunter Tesco dan sebuah beg baju diangkat lalu terus di bawa masuk ke dalam boot kereta. Deruan siren polis dan ambulan yang baru melepasi berjaya menarik perhatian aku. Aku terus memanggil Imam Nasir setelah melihatnya tergesa-gesa menaiki motosikalnya. Rumahnya bernombor 22 iaitu sebaris dengan rumah aku.
"Imam! Assalamualaikum Imam!"teriak aku sambil berlari menuju ke arahnya.
"Waalaikumusalam laa...kamu ke rupanya Reza, bila sampai?"
"Baru je...kenapa tergesa-gesa ni Imam..."soal aku.
"Dekat rumah Pak Hassan... ada kecemasan. Ada orang samun."
Aku tersentak. Ah! Sudah!
"Kamu nak ikut ke? Meh naik sekali.."
Aku terus membonceng motosikal Imam Nasir. Setibanya di rumah Pak Hassan, orang ramai sudahpun mengerumuni rumah itu. Darah mengalir darah dari tubuh Pak Hassan yang terbaring longlai di bahagian depan rumah. Seorang lelaki yang merupakan pemandu ambulans mengesahkan bahawa Pak Hassan telah meninggal dunia. Isteri Pak Hassan, Mak Hasnah keluar dari perut rumah penuh lemah dibantu oleh Hajah Normah dan Puan Siti. Anehnya, gelang dan rantai emas Mak Hasnah masih elok terpakai dek wanita pertengahan usia itu. Menurutnya, penyamun yang menyamun mereka hanya mengambil wang kutipan surau dan terus menikam perut Pak Hassan apabila lelaki tua itu cuba untuk mempertahankan wang kutipan surau itu. Aku mula bingung. Aku berasa amat bersimpati terhadap nasib yang menimpa Pak Hassan pada masa yang sama runsing apabila wang untuk pembedahan mak kekurangan RM3,000. Pembedahan sedang dalam proses persediaan, namun wang yang sepatutnya cukup tiba-tiba disamun. Berat sungguh dugaanmu ini ya Allah.

ŞİMDİ OKUDUĞUN
TUKAR
ActionAdakah masuk akal untuk orang biasa membunuh antara satu sama lain demi wang semata-mata ? Jika ia lebih baik berbanding kewangan yang tidak terurus dan kesengsaraan hidup yang mendorong kehancuran, mengapa tidak? Semua dapat dilakukan mengikut kod...