BAB 8

750 16 1
                                    

Assalamualaikum mak, abah. Sekiranya mak dan abah sedang membaca surat ini, ini bermakna Along dah tak ada lagi di dalam muka bumi ini. Maafkan Along mak, abah kerana Along pergi dengan cara ini. Along dah tak boleh tahan lagi dengan dunia kejam ini. Jadi, Along rasa cara yang terbaik untuk Along ialah dengan membunuh diri. Along gagal sebagai seorang anak, Along gagal menepati janji Along untuk beri mak RM5,000. Along gagal sebagai seorang suami. Along gagal mempertahankan benteng perkahwinan Along sehingga Along menceraikan isteri Along hanya semata-mata tiada zuriat. Along gagal dalam kehidupan. Along gagal dalam segalanya. Maka, Along rasa Along perlu pergi meninggalkan dunia ini.

Kepada abah yang aku hormati, terima kasih kerana selama ini mengerah keringat mencari nafkah membesarkan Along dan adik-adik. Along tak akan lupakan jasa abah sampai bila-bila.

Dan untuk mak yang dikasihi, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan kami semua dengan penuh belaian kasih yang suci. Sesungguhnya, pengorbanan mak tiada gantinya. Along harap mak dan abah sentiasa sihat dan terutama mak supaya cepat sembuh. Mak, abah. Terima kasih untuk segalanya. Along sayang mak dan abah. Maafkan Along.

Dan untuk adik-adikku yang disayangi, Angah, Uda dan Adik. Terima kasih untuk zaman kanak-kanak Along. Kita membesar sama-sama menempuhi susah senang, pahit dan getir kehidupan. Along tak akan lupa korang semua. Kepada Angah, semoga sentiasa berjaya dalam perniagaan dan semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang berlimpah. Angah dah banyak berkorban dalam keluarga ini malah pengorbanan Angah lebih daripada Along yang merupakan anak sulung keluaga ini. Uda, semoga menjadi isteri yang solehah serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Uda lah antara yang paling rapat dengan mak. Selalu selalulah jenguk mak dan Along harap Uda dapat meluangkan masa yang lebih dengan mak lagi-lagi ketika keadaan kesihatan mak yang tak berapa elok sejak dua menjak ini. Dan adikku Reza, semoga berjaya dalam pelajaran. Along harap kau capai cita-cita kau. Sentiasa ingat kepada mak dan abah. Along bergantung harap kepada kau untuk menjaga mak dan abah. Kepada adik-adikku, maafkan segala salah silap Along. Terima kasih untuk segalanya.

Kepada bekas isteriku Hanna, maafkan abang kerana menceraikan Hanna. Abang dah banyak buat silap dengan Hanna. Memisahkan ikatan kita adalah salah satu kesilapan besar yang abang dah buat. Semoga Hanna sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. Maafkan abang kerana gagal melimpahkan kebahagiaan kepada Hanna. Maafkan abang Hanna. Terima kasih untuk segalanya.

Selamat tinggal keluargaku yang dicintai.

Assalamualaikum.

Air mata tak semena-mena membasahi pipi. Surat terakhir Along itu perlahan-lahan terlepas dari genggaman tangan. Aku masih tidak percaya bahawa salah seorang ahli keluarga aku telah pergi meninggalkan kami. Aku lihat abah sedang duduk termenung di luar rumah. Mak pula sedang menangis ditenangkan oleh Kak Uda yang turut menangis sama. Aku lihat abang iparku, Sahidzan sedang menghubungi Angah untuk mendapatkan lokasi Angah yang terkini. Angah sekeluarga menetap di Johor Bahru jadi ia memakan masa untuk tiba di sini.

Sambil mengesat air mata, aku bingkas bangun lalu menanyakan soal Angah. Sahidzan mengatakan bahawa Angah baru gerak dari rumah. Melihat waktu ini yang sudah senja, aku rasa malam baru mereka tiba. Aku terus mendapatkan abah. Aku menarik kerusi plastik berwarna kelabu lalu diletakkan di sebelah abah. Punggung aku dilabuhkan. Hampir seminit abah tidak mengendahkan aku. Namun aku hanya duduk disitu, turut termenung bersamanya.

"Abah tak sangka Along buat kita macam ni..."Abah mula bersuara penuh kesal. "Abah tak kisah kalau dia tak ada RM5,000 tu tapi perlu ke dia sampai bunuh diri."

"Reza tak rasa dia buat keputusan macam tu sebab duit tu..." Dan aku tak rasa Along bunuh diri. Aku yakin yang Along turut terlibat dalam program pertukaran. Tapi, macam mana aku nak beritahu ahli keluarga aku bahawa Along sebenarnya bukan membunuh diri, sebaliknya dibunuh kerana kalah dalam pertempuran. Walau macam mana sekalipun, itu takkan mengembalikan Along.

Azan maghrib mula berkumandang. Abah terus bingkas masuk ke dalam rumah. Sempat dia mencuit aku perlahan mengajak aku bersolat. Abah tidak ke surau hari ini seperti kebiasaan. Barangkali dia tidak mahu orang bertanya soal hidungnya yang merah dan matanya yang sembab akibat menangis. Aku terus masuk ke dalam bilik aku. Tiba-tiba, telefon aku berdering. Satu panggilan dari Ash dijawab.

"Hah hello. Samekom Reza..."

"Waalaikumusalam..."

"Kau canner? Okey ke?"

"Abang aku bunuh diri... kau rasa?"

"Hmm...takziah eh. Hah ni aku call nak bagitahu something."

"Apa dia?"

"Aku akan keluar hostel tu esok. Abang sulung aku tu dia nak pindah Australia... so kondo dia dekat Damansara tu kosong and dia suruh aku duduk situ at the same time tolong jagakan rumah dia..."

"Oh...alright then."

"Take care bro. Be strong."

"Thanks bro."

-----

Abah, mak, Sahidzan, isteri abang ngah Melania, anak-anak Kak uda dan anak-anak angah semua berada di dalam rumah. Hanya aku Angah, Kak Uda duduk diluar. Kami bertiga termenung. Kami semua masih sukar menerima hakikat bahawa Along sudah pergi meninggalkan kami. Aku merasakan seperti mahu untuk memberitahu perkara sebenar bahawa Along bukanlah bunuh diri. Sebaliknya, dibunuh. Tapi aku kurang evidens dan pada masa yang sama aku tidak yakin bahawa mereka akan percaya bulat-bulat.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Perodua Myvi berhenti di hadapan rumah. Seorang wanita bertudung lilit keluar dari perut kereta. Aku amat mengenali wanita itu. Wanita itu adalah Hanna, bekas isteri Along. Walaupun sudah hampir tiga tahun mereka bercerai setelah perkahwinan mereka selama enam tahun tidak dapat melahirkan cahaya mata, namun Hanna masih mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga kami. "Assalamualaikum."ucapnya. Aku lihat wajahnya. Hidungnya kemerah-merahan, matanya sembab. Barangkali baru lepas menangis.

"Waalaikumusalam."balas aku, Angah dan Kak Uda serentak.

"Mak kat dalam, masuklah."pelawa Kak Uda sambil mengiringi Hanna masuk untuk berjumpa dengan mak.

Kak Uda dan Hanna masuk ke dalam rumah meninggalkan aku dan Angah diluar. Hampir dua minit kami berdiam diri. Sehinggalah Angah memulakan perbualan.

"Study macam mana? Okey?"

Aku mengangguk. "So far okey je. Angah bisnes macam mana?"

Dia mendengus. "Macam tulah Reza. Banyak sangat rival. Licik-licik pulak tu semua. Angah sekarang ni tengah struggle nak survive. Sebab tulah Angah mintak maaf banyak-banyak tak dapat nak bantu banyak dalam biayai pembedahan mak tu."

"Tak perlah Angah. Tinggal RM5,000 je pun. Nanti Reza usahakan."

"Mana Reza nak dapat duit banyak-banyak tu?"

"Adalah. Reza kerja sikit dengan abang kawan Reza. Abang si Ash tu."

"Oh...ni Angah sebenarnya nak pindah bulan depan."

"Pindah mana?"

"Shah Alam."

"Habis, company camna?"

"Company pun pindah sekali. Angah dah plan lama dah. Lagipun dekat sikit nak ulang-alik rumah mak. Tengok keadaan mak yang makin teruk ni Angah kena selalu jenguk mak. Kebetulan kawan Melania ada offer dia kerja dekat Adnancorp Shah Alam and the salary are quite good too. Lagi tinggi dari previous company."

Aku mengangguk faham. Betul juga keputusan Angah. Lagipun dia memang mempunyai rumah di Shah Alam. Tidak lama kemudian, keadaan kembali sunyi setelah Angah membuka telefon pintarnya apabila mendapati ada notifikasi masuk. Usai membalas mesej dia meletakkan telefonnya diatas riba lalu wajahnya dipalingkan ke arah aku.

"Reza ni cam ada hide something je. Bagitahu jerlah."

Aku tersentak. "Takde pape lah Ngah."

"Tell me. Tak payah nak rahsia sangat. Ni Angah je pun."

"Hmm.. sebenarnya..." Berat pula mulut ini. Perlukah aku luahkan apa yang aku rasa?

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya Reza tak rasa Along bunuh diri."

Angah tersenyum kelat. Dia menarik nafas lalu dihembusnya kuat.

"Angah pun rasa benda yang sama."

TUKARHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin