Bas Rapid KL yang aku naiki bergerak perlahan dihadapan sebuah stesen bas yang terletak di seberang jalan pusat membeli-belah terkenal di Seri Kembangan. Aku terus bergerak pantas masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Jam menunjukkan pukul 11.20 pagi. Ya, aku ponteng kelas hari ini. Sekali-sekala apa salahnya lagipun ini baru kali ketiga aku tak menghadiri kelas sepanjang aku menuntut di universiti pada tahun ini. Kali pertama aku tak hadir kelas adalah kerana terlajak bangun lambat. Kali kedua kerana demam dan kali ketiga kerana ini. Kerana program pertukaran.
Malam semalam, aku ada berhubung dengan Asrul menerusi ruangan 'private chat' yang disediakan pihak penganjur program untuk memudahkan urusan penentuan lokasi dengan mudah. Perbualan diantara aku dan Asrul ringkas sahaja. Asrul hanya menetapkan waktu dan lokasi pertemuan kemudian dia terus menutup 'chatbox' setelah diyakni aku sudah menyalin informasi yang diberinya. Tiada sesi beramah mesra diantara aku dengannya.
Lokasi yang ditelah ditentukan olehnya ialah, Starbucks The Mines. Dan waktu yang ditetapkan ialah 11.30 pagi. Jika aku terlewat dia berkemungkinan akan membatalkan tawarannya. Aku harus cepat. Aku bergegas menuju ke bahagian pintu masuk utama lalu terus menuju ke Starbucks. Sampai sahaja di ruangan kafe itu, aku melabuhkan punggung diatas sebuah kerusi yang disediakan pihak kafe sambil tercunggap-cunggap mengambil nafas. Jam menunjukkan 11.26 pagi. Ada lagi empat minit. Aku belum terlewat malah awal empat minit. Aku memerhatikan setiap ruang kafe kapitalis itu. Kalau diikutkan kod peraturan yang ditetapkan, setiap peserta program haruslah menggunakan beg berwarna jingga dan mempunyai tanda 'X' ditengah-tengah dan baru aku sedar beg yang aku sedang galas ini berwarna hijau. Bukan jingga. Dan tiada tanda X kerana aku terlepas pandang akan kod peraturan yang ditetapkan. Patutlah si Asrul tidak muncul-muncul dari tadi. Mata aku tertancap ke arah seorang lelaki berjaket kulit berwarna coklat bermisai sedang menghirup secawan kopi panas yang aku tak tahu perisa apa. Di sebelahnya terdapat sebuah beg Deuter berwarna jingga diletakkan disandarkan ke kakinya. Di bawah logo Deuter itu terdapat satu tanda 'X'. Memang tidak salah lagi. Dialah orangnya.
Aku terus mengangkat beg galas hijau aku lantas terus menuju ke arah individu yang aku yakini Asrul. Kerusi dihadapannya ditarik. Aku terus melabuhkan punggung dan tanpa berlengah, aku segera bertanya. "Asrul?"
"Hmm... Reza?"soalnya skeptikal.
Aku mengangguk. Asrul bingkas bangun. Aku hanya mengikutinya dari belakang.
"Mana bag oren kau?"soal Asrul sebaik sahaja aku dan dia berada di kawasan tempat parkir kereta yang tutup kerana sedang dalam pembinaan. Di tempat parkir kereta itu hanya ada Asrul dan aku.
"Aku terlepas pandang pasal tu."
Asrul menggeleng. "First time le ni?"
Aku mengangguk.
"Angkat tangan. Dedua."
Aku hanya menurut. Tangannya meraba-raba tubuh aku.
"Okey clear."katanya setelah tidak menjumpai sebarang senjata pada tubuh aku.
Asrul terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. Aku segera meraba tubuhnya mencari senjata. Tiba-riba, aku merasakan sesuatu yang keras pada poket seluarnya. "Apa ni?"soalku.
"Pisau."jawab Asrul selamba.
"Apahal kau bawak pisau?"
"Apa masalahnya? Senjata yang tidak dibenarkan adalah senjata yang menghasilkan bunyi yang kuat. Selain daripada itu, tiada masalah."
Oh shit. Dan aku datang hari ni kosong tanpa senjata. Dah lah kali pertama sertai program macam ni. Tapi aku ada cangkul. Ah jadilah! Kami bertukar telefon dan surat usai menyemak isi kandungan di dalam beg masing-masing. Asrul menetapkan tempat pertempuran. Dia mengatakan ada sebuah gudang terbiar yang terletak di Seri Kembangan dan tempat itu memang diyakini tidak didiami sesiapa. Aku hanya menurut. Kami menuju ke gudang terbiar itu dengan menaiki bas Rapid KL namun aku dan Asrul terpaksa jalan hampir 3 kilometer untuk menuju ke lokasi pertempuran sebaik sahaja bas berhenti.

ŞİMDİ OKUDUĞUN
TUKAR
ActionAdakah masuk akal untuk orang biasa membunuh antara satu sama lain demi wang semata-mata ? Jika ia lebih baik berbanding kewangan yang tidak terurus dan kesengsaraan hidup yang mendorong kehancuran, mengapa tidak? Semua dapat dilakukan mengikut kod...