Aku pergi kelas seperti biasa hari ini. Duit untuk membiayai pembedahan mak pun dah cukup. Lapang sedikit fikiran aku. Selesai satu kemelut. Kelas habis awal hari ini kerana pensyarah aku pada hari ini, Puan Suziana perlu menghadiri mesyuarat dengan pentadbir universiti. Barangkali membincangkan kes bunuh diri para penuntut di universiti ini yang ahli keluarga mereka hanya menerima surat namun tidak tahu di mana lokasi mayat pelajar-pelajar yang membunuh diri ini. Bukan nak melontarkan fitnah tapi bila dilihat kiriman surat dan mayat tidak dijumpai, aku yakin mereka juga terlibat dalam program pertukaran.
Aku pulang ke bilik hostel. Aku lihat Ash sedang terbaring tidur. Dia tidak menghadiri ke kelas hari ini kerana malas. Ya, dia memang sudah banyak kali ponteng kelas. Pergi ke kelas hanya mengikut mood. Kalau rajin pergi kalau malas terbongkang tidur takpun pergi lepak, tengok wayang dan sebagainya. Kalau dia gagal sekalipun, bapanya memang sudah menyediakan tempat di dalam syarikat untuk diterajuinya.
Ash tersedar akan kepulangan aku. Dia perlahan-lahan bangkit dari tidur dalam keadaan mamai. Jarinya ditundingkan ke atas sebuah beg plastik 99 Speedmart yang terletak di atas meja belajarnya. "Tu ha... semalam kau kirim meggi kari. Nasib baik aku ingat. Baki duit yang kau bagi semalam ada dalam plastik tu."maklumnya sebelum sambung tidur.
"Okey thanks bro."ucap aku lalu mencapai plastik itu. Aku mengeluarkan bungkusan Maggi dari dalam plastik. Aku dah agak akan jadi seperti ini. Selain dari pinjam duit, Ash memang tidak boleh diharapkan untuk membuat kerja lain. Aku kirim Maggi Kari, Maggi Itik yang dibelikannya. Aku mendengus.
-----
"Terima kasih."ucap Zara.
Lelaki berkaca mata hitam itu hanya berlalu pergi tanpa membalas ucapan itu. Zara melabuhkan punggungnya kembali ke atas kerusi.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki memakai t-shirt grafik masuk ke dalam premis 24 jam itu. Lelaki itu terus menuju ke bahagian mi segera. Setelah hampir dua minit memilih perisa dan jenama mi segera yang hendak dibeli, lelaki itu terus menuju ke bahagian kaunter.
Zara mengamati wajah lelaki itu. Dia seolah-olah pernah melihat individu ini. Lelaki tersebut mengeluarkan beberapa keping not seringgit dari dompetnya untuk membayar mi segera berperisa kari itu. Apabila melihat balutan pada tangan lelaki itu, memang tidak salah lagi. Lelaki inilah yang dilihatnya di bas Rapid KL tempoh hari. Lelaki inilah yang memakai beg berwarna jingga sambil menahan lengannya yang luka. Lelaki ini adalah salah seorang peserta program pertukaran!
-----
"Cik?"soal aku setelah wang yang dihulurkan tidak disambut. Apahal minah ni asyik tenung aku dari tadi. Dah jumpa pasangan hidup ke? Nasib baiklah kau ni cantik. Tenung sampai esok pun aku tak kisah. Entah kenapa aku merasakan sesuatu aura pada gadis ini. Rasa macam 'she's the one'.
"Huh? Oh..Sorry.."kata gadis itu. Dia terus menyambut huluran wang dari tangan aku. Aku hanya melemparkan senyuman. Aku melihat tag namanya. 'Zara'. Macam pernah nampak nama ni. Tak silap aku nama dia inilah yang tertulis dekat kad kahwin aku nanti. Cia cia. "Ini bakinya. Terima kasih cik."
"Sama-sama."balas aku sambil menyengih. Aku terus berlalu menuju ke pintu gelas premis itu.
"Cik!"panggil Zara lembut. Ah..manisnya.
"Huh?"
"Apa nama cik?"soalnya.
Aku rasa macam nak lompat dekat situ. Siap tanya nama lagi oi. Kau ada? "Reza."balasku.
"Oh okey."
Hah? Itu je? Nombor telefon tak nak minta ke? "Kenapa awak panggil saya? Nak nombor saya ke?"
Dia tergelak kecil. "Tak apa...satu hari nanti kita akan berjumpa."
Aku mula pelik. Namun aku hanya melemparkan senyuman sebelum pergi meninggalkan premis itu.
-----
"Sorrylah Reza...aku tersalah ambil, tak perasan pulak megi itik..Hahaha."kata Ash.
"Ah engkau ni memang. Lain kali jangan tanya aku nak kirim apa. Kirim benda senang pun salah."
"Hah yelah. By the way, apa kau buat dengan megi itik tu?"
"Apsal? Kau nak ke?"
"Takdelah, aku mana makan itik. Saja tanya."
"Megi tu aku dah jual dekat Bob. Dia tu kan penggemar itik sejati."
"Hah dah agak. Jalan pun dah macam itik.. Hahaha."
"Hahaha...kuaja kau Ash."
Telefon aku berdering. Satu panggilan dari abah dijawab.
"Assalamualaikum abah.."
"Waalaikumusalam Reza..ni abah.."suara abah sangat lain. Seperti sedang menangis. Dalam kepala aku terus memikirkan tentang mak.
"Kenapa ni abah? Ada apa-apa jadi dekat mak ke?!"aku mula cemas bercampur kerisauan yang amat. Janganlah apa-apa jadi dekat mak.
"Bukan soal mak kamu...Along..."
"Kenapa dengan Along abah?"
"Dia bunuh diri..."
ŞİMDİ OKUDUĞUN
TUKAR
ActionAdakah masuk akal untuk orang biasa membunuh antara satu sama lain demi wang semata-mata ? Jika ia lebih baik berbanding kewangan yang tidak terurus dan kesengsaraan hidup yang mendorong kehancuran, mengapa tidak? Semua dapat dilakukan mengikut kod...