Program Pertukaran Malaysia?
Apakah.. Selama aku mengikuti kisah-kisah di deep web dan dark web, belum pernah lagi jumpa thread dari rakyat Malaysia apatah lagi bulat-bulat menggunakan nama negara ini sebagai tajuk untuk laman web itu. Perkara ini berjaya menarik perhatian aku. Aku terus menekan pantas link tertera.
Di laman web itu hanya ada dua bahagian. Satu bahagian laman utama atau homepage dan satu lagi bahagian 'Tawaran'. Pada thumbnail video itu, terdapat sesusuk tubuh individu memakai baju Melayu bersongkok dan memakai topeng vendetta atau guy flawkes bagi menutupi identitinya. Aku memainkan video berkenaan.
"Selamat Datang ke Program Pertukaran Malaysia. Terima kasih kerana sudi melawati ke halaman ini. Saya yakin anda tertanya-tanya apakah objektif, peranan serta matlamat program ini. Mungkin ada sebahagian dari anda menganggap ini adalah program pertukaran pelajar dari luar negara ke Malaysia atau dari Malaysia ke luar negara. Maaf saya mengatakan bahawa tanggapan anda adalah satu kesilapan. Program Pertukaran Malaysia sebuah program pertukaran diantara nyawa dan wang. Anda masih lagi tertanya-tanya bukan? Baiklah, saya akan menjelaskannya dengan lebih terperinci. Bagi setiap sesi, ia memerlukan dua peserta untuk bermain. Salah seorangnya haruslah memulakan penawaran sebagai contoh, saya berikan nama supaya anda lebih mudah untuk memahaminya. Baiklah, seorang peserta bernama Ali menawarkan RM5,000 untuk memulakan program. Seorang peserta bernama Abu berminat dengan tawaran itu maka dia telah menerima tawaran tersebut memandangkan Abu juga mempunyai RM5,000. Mereka haruslah berkomunikasi secara atas talian untuk menentukan lokasi pertemuan contohnya mereka memilih sebuah restoran McDonald di Kajang. Dan mereka pun bertemu di lokasi tersebut. Dan menjadi peraturan penting program ini, setiap peserta harus mengisi alat dan wang masing-masing di dalam sebuah beg berwarna jingga dan mempunyai tanda 'X' pada bahagian tengah bagi memudahkan peserta mengecam diantara satu sama lain. Ali dan Abu dikehendaki menulis sepucuk surat tentang diri masing-masing yang kononnya mereka hendak bunuh diri. Surat Ali diberikan kepada Abu dan surat Abu diberikan kepada Ali. Begitu juga dengan telefon bimbit mereka. Setelah selesai urusan fasa pertama, mereka haruslah menaiki pengangkutan awam iaitu bas untuk menuju ke medan pertempuran. Medan pertempuran tidak ditetapkan, peserta harus menetapkannya sendiri namun yang pasti, tempat pertempuran itu haruslah jauh dari kesibukan kota dan tidak didiami sesiapa bagi mengelakkan penglibatan pihak polis. Di medan pertempuran, penggunaan senjata yang menghasilkan bunyi yang kuat seperti bom tangan dan pistol adalah dilarang sekeras-kerasnya kerana ia mampu menarik perhatian orang awam. Ketika bertempur, Abu telah berjaya memenangi pertempuran tersebut. Dan Abu haruslah melupuskan mayat Ali dengan menanamnya dengan menggunakan cangkul yang dibawa dari rumah. Sebelum terlupa, cangkul adalah peralatan wajib yang harus dibawa oleh setiap peserta. Setelah selesai, Abu pulang ke rumah dan sebelum tiba di destinasi, dia haruslah melupuskan telefon bimbit Ali serta memasukkan surat Ali ke dalam peti surat supaya surat itu selamat sampai ke kediaman waris Ali. Hal ini akan meyakinkan keluarga Ali bahawa Ali telah membunuh diri dan sekaligus telah mengelakkan penglibatan pihak polis. Dan Abu pula bakal menikmati wang ganjarannya sebanyak RM5,000 hasil pertukaran berkenaan. " Lagu Ahmad Jais berjudul Budi Setahun Segunung Intan yang mengiringi video itu benar-benar menganggu konsentrasi aku.
Okey, ini agak gila tapi bunyi meyakinkan. Boleh tahan juga idea mamat ni. Apasal tiba-tiba rasa macam nak sertai je program ni? Ish! Jangan buat kerja gila Reza! Kang tak pasal-pasal masuk sangkar besi. Tapi... aku memang perlukan duit sekarang ni. Kalau aku sertai program pertukaran ni, duit akan berganda kalau aku menang. Kalau aku menanglah. Kalau aku kalah innalillah aje lah. Tapi kalau aku nak sertai pun kena ada duit jugak dalam tangan. Mana aku nak cekau duit tu.
Aku meneka ke bahagian 'Tawaran'. Terdapat kira-kira tiga puluh peserta yang membuat penwaran disitu. Dahsyat betul. Aku ingat tak ada orang yang akan sertai program gila ni. Tapi jika dilihat dengan pentadbiran kerajaan yang gila ni, memang bukan perkara barulah jika rakyatnya sanggup membuat kerja gila untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan di esok hari.
Mataku tertancap ke arah peserta program bernama Asrul yang menawarkan RM3,000 untuk program ini. Di bawahnya peserta bernama Nora menawarkan RM15,000. Aku pasti si Nora ni pernah berjaya dalam program ini sebelum ini. Astaghfirullahalazim! Apa benda aku buat ni. Baik aku tutup laman sesawang ni kang tak pasal-pasal aku terjebak sekali ke kancah program gila ni.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
TUKAR
ActionAdakah masuk akal untuk orang biasa membunuh antara satu sama lain demi wang semata-mata ? Jika ia lebih baik berbanding kewangan yang tidak terurus dan kesengsaraan hidup yang mendorong kehancuran, mengapa tidak? Semua dapat dilakukan mengikut kod...