BAB 3

1K 17 0
                                    

"Jalan jem ke tadi?"soal mak.

"Kereta banyak tapi traffik laju. Takdelah jem mana tadi."balasku sambil melabuhkan punggung ke atas sebuah kerusi jati yang dibeli abah empat tahun yang lalu. "Abah mana mak?"soalku sebaik menyedari ketiadaan abah dirumah.

"Pergi kedai. Beli tong gas. Boleh pulak tengah masak tong gas habis. Terbantut mak nak masak asam pedas ikan pari feveret Reza."

Aku tergelak kecil. "Tak apalah mak. Tadi masa on the way balik Reza ada singgah McD kejap. Dapatlah alas perut sikit. Tapi yang pasti asam pedas mak memang ada ruang khas kat dalam perut ni."seloroh aku. "Tapi mak tak payahlah susah-susahkan diri. Mak kena banyak berehat."

"Assalamualaikum."ucap abah dimuka pintu.

"Waalaikumusalam."balas mak dan aku serentak. Segera aku mendapatkan abah untuk menyalamnya.

"Mana tong gasnya?"soal mak kehairanan.

"Ada tu ha. Dalam bonet. Reza tolong angkat tong gas tu. Kalau abah yang angkat mau tercabut tulang belakang ni ha."

Aku menurut.

-----

Abah duduk di atas sebuah kerusi yang terletak di ruang parkir kereta rumah. Rumah abah rumah teres sahaja. Mak dan abah tidak mahu menetap di kampung kerana ada abah persengketaan dengan pak long. Bukan abah sahaja, malah adik-beradik abah yang lain juga turut menyimpan kemarahan yang sama disebabkan perbuatan pak long terhadap arwah opah yang tidak boleh dimaafkan. Rumah teres abah ini terletak di Seremban manakala universiti tempat aku belajar pula terletak di ibu kota. Memang mengambil masa untuk berulang alik setiap hari. Itu belum kira kos tol dan minyak lagi. Dan disebabkan itu aku menetap di bilik hostel bersama Ash yang rumah ibu bapanya terletak di Skudai.

Aku duduk disebelah abah. Dah lama tak berbual dengannya memandangkan kebelakangan ini aku jarang balik disebabkan lambakan assignment yang tak siap-siap akibat mempunyai ahli kumpulan yang suka curi tulang. Aku agak terkejut apabila melihat keadaan mak yang semakin pucat lesu setibanya aku tiba dirumah tadi.

"Doktor kata mak kamu tu kena buat pembedahan segera."kata abah seolah-olah dapat menebak apa yang bermain difikiranku.

"Berapa kos dia?"soalku. Aku tahu masalah utama yang dihadapi keluarga kami ialah masalah kewangan. Kalau tidak sudah lama mak menjalani pembedahan. Kami bukan dari keluarga yang berada. Abah dahulu hanya seorang penyelia disebuah syarikat swasta dan kini hanya bergantung harap pada pencen PERKESO yang diterima disebabkan kecederaan kakinya. Angah ada juga beri mak dan abah duit belanja bulan-bulan. Mak pula memang suri rumah sepenuh masa sejak aku kecil. Setahun yang lalu dia disahkan menghidapi ketumbuhan.

Abah mendengus perlahan. Berat hatinya untuk meluahkan. "Dalam RM35,000."

Aku terdiam seketika. "Abah ada berapa?"

"Tak banyak. RM6,000 lebih je. Abah tak tau mana nak cari yang lain."katanya penuh kesal.

"Dah try tanya angah?"soalku. Aku tahu dalam soal kewangan ni hanya angah sahaja yang boleh diharap. Angah ada perniagaan sendiri berbanding adik-beradik aku yang lain yang hanya makan gaji.

"Angah hanya boleh bagi RM5,000 je. Kamu pun fahamkan keadaan dia macam mana sekarang ni."kata abah.

Ya. Angah sekarang dalam kegawatan ekonomi kerana perniagaannya kini mempunyai ramai pesaing yang maha dahsyat dalam cubaan sabotaj perniagaan milik angah sehingga menjejaskan keuntungan syarikat. Jadi RM5,000 yang disumbangkan angah kiranya agak banyak.

"Lauk dah siap dah. Jom makan."maklum mak sebelum berlalu kembali ke dapur.

-----

"Lama tak nampak. Banyak kerja ke Reza?"

"Ha ah Imam. Banyak pulak assignment sejak kebelakangan ni. Ni pun belum siap lagi. Tapi memandangkan keadaan mak yang tak berapa sihat ni tu yang saya balik jugak."

Imam Nasir hanya mengangguk. "Kami pihak surau sebenarnya dah tau kemelut yang kamu sekeluarga hadapi. Jadi pak cik dah suruh Pak Hasan selaku bendahari surau untuk bukak tabung bagi membantu sedikit sebanyak membiayai pembedahan mak kamu tu nanti."

"Ya Allah, terima kasih banyak-banyak imam. Susah-susah je."

"Tapi nak cukupkan sampai RM35,000 tu pak cik tak dapat nak janjilah. Kamu sendiri tahu kan kawasan perumahan sini bukan kawasan perumahan elit. Dekat sini semua golongan sederhana sahaja. Jadi kami semua akan bantu sehabis boleh. Tapi insha allah dengan izinNya kita boleh dapat jumlah tersebut. Sama-samalah kita ikhtiar dan berdoa kepadaNya. Hah itu pun abah kamu. Pak cik jumpa abah kamu sekejap ya."maklum Imam Nasir sebelum berjalan perlahan menuju ke arah abah yang kelihatan sedang berbual dengan bendahari surau, Pak Hassan.

Aku hanya diri sambil merenung ke arah carta organisasi surau. Mata ke lain fikiran melayang memikirkan dimana sumber kewangan yang aku boleh perolehi. Tiba-tiba fikiranku terus terhenti mengingatkan tentang Program Pertukaran Malaysia yang aku temui di deep web.

"Semua jawatan penuh. Khairat kematian je belum ada lagi."kata satu suara dari belakang. Aku tersentak seketika. Kepala dipalingkan ke belakang. Sesusuk tubuh lelaki berkaca mata serta berkopiah yang umurnya barangkali tua dua atau tiga tahun dari aku sedang tersenyum mesra. "Anak Pak Asri ke?"soalnya.

"Haah. Bro ni baru pindah sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni."soalku.

"Aku ni anak sedara Pak Hassan. Dari kampung menganggur lepas graduate takde kerja ni baru dua minggu tinggal dengan dia sebab minggu depan aku baru nak start kerja dekat KL."

Aku mengangguk faham. "Kerja mana?"

"Adnancorp Berhad. Dekat dengan Sogo tu. Kau ni masih study ke dah kerja?"

"Study lagi."

"U mana?"

"UTM KL."

"Ambik kos apa?"

"Accounting."

"Oh. Aku dulu dekat U ambik ICT. Ni dekat Adnancorp aku kerja dekat IT department."maklumnya walaupun aku tak tanya langsung. "Hmm anyways nama apa? Aku Khai."sambil menghulurkan tangannya.

"Reza."balasku sambil menyambut huluran tangannya.

"Nanti ada masa bila-bila kita lepak ah."kata Khai. "K ah aku gerak dulu ni. Pak Hassan dah nak balik dah tu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

TUKARHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin