Cp 1 - Sekolah

411 15 0
                                    

      "Asal kau kejut aku? Aku tengah ngantuk do" keluh Bai yang terbaring di atas meja. "Kau tak nak turun dewan lah ni?" tanya Azril. "Gila kau, kalau aku tak turun, mati aku kena marah ngan cikgu Halim" kata Bai. Sememangnya, Cikgu Halim ialah salah seorang guru yang digeruni oleh para pelajar SMK Seri Ampang. "Ha kalau gitu jom lah turun, dah lambat ni" ajak Alif yang berada bersama mereka.
    Mereka bergerak ke dewan bersama-sama dan kemudian bertembung dengan Cikgu Halim. "Haaaa.. ni kenapa baru nak turun ni? Perhimpunan dah habis baru korang nak turun ye. Ha mari sini semua mari sini" Kata Cikgu Halim sambil memanggil Azril dan yang lain. "Cikgu, sori la cikgu tadi kami tertidur dalam kelas, kami janji tak ulang benda ni cikgu" kata Baihaqi dengan nada rendah. "Haih kamu semua ni, dah, pergi naik kelas balik. Perhimpunan dah habis dah. "
    Pada hari Isnin tersebut, Kelas 3 Amanah telah didaftarkan dengan seorang pelajar baru. "Okay semua, harini korang akan mendapat kawan baru okay, Zam, sila kenalkan diri. " arah Cikgu Sharifah iaitu guru kelas mereka. "Hai, saya Zamhar bin Bahari" Zam memperkenalkan dirinya dengan sangat ringkas.
    "Bapak acah do budak ni" bisik Fauzi kepada rakan sebelah nya , Shakhir. "Kan, cara dia berkenalan ngan kita macam tak ikhlas je" balas Shakhir. "Alaah korang ni, dia kan budak baru kat sekolah ni, mesti la dia malu malu sikit hak e lamak" sampuk Faris Ilmie atau lebih mesra dipanggil Jep.

Kelas 3AWhere stories live. Discover now