Shakhir hanya terduduk diam apabila melihat Haziq, kawan gaynya ditikam beberapa kali di bahagian perut." Tak apa, aku tak kacau organ dia" jelas Demian. Shakhir mengesot semua kearah kami. Dia amat tidak mempercayai apa yang baru sahaja dilihatnya.
Perlahan-perlahan Demian membuka genggaman tangannya yang dilumuri darah daripada Haziq. Haziq rebah ketanah namun kelihatannya seperti dia masih bernafas.
"Aku pasti, korang semua mesti tertanya-tanya pasal Zamhari kan? Dan kenapa aku pilih korangkan? Diam dan biar aku cerita" kata Demian dengan senyuman sinis.=======Zamhari=======
Hari yang sangat cerah, Aku dan kedua ibubapa ku dalam perjalanan ke Bangsar untuk kerumah saudaraku. Aku terlelap di dalam kereta dan apabilaku membuka mata ku. Segalanya sudah tidak sama lagi, Aku hanya melihat api, darah dan kedua ibubapa ku menangis sambil memeluk seorang lelaki. Aku mendekat dengan mereka "Ayah! Umi! Siapa yang eksiden tu?" Jeritku. Setelah aku dapat memastikan siapa lelaki yang sedang dipeluk mereka itu, aku terdiam, air mataku mengalir setelah..
.. setelah melihat jasad ku terbaring dengan badan yang berlumuran darah. "Allahu, adakah ini semua benar atau mimpi" kata kata bermain dalam minda ku. Namun aku pasti yang ini semua hanya mimpi, hanya waktu yang perlu aku tunggu untuk masalah ku ini selesai.
"Ya Allah"
"Aku tak bermimpi"
Kataku sambil menangis teresak-esak.
Aku masih lagi merayau sebagai seekor roh, entah kenapa roh aku masih belum berada di alam barzah yang selalu diceritakan oleh Ustazah. Pada pagi itu, aku hanya mengekori ayah aku ke tempat kerjanya, sampai sahaja destinasi, ayah ku turun dihadapan sebuah sebuah gereja. Aku sangat terkejut pada masa yang sama kecewa setelah mendapati ayah kandung aku sendiri pergi ke gereja orang kristian. Apa yang mahu dia buat didalam?
Ayah ku menjejak masuk kedalam gereja sambil membaca sesuatu dan kemudian dia bersuara "Father, I want you to unlock my son soul and bring him back to life" Kata Ayah ku sambil menitiskan air mata kepada seorang paderi. "Patutlah roh aku tak dapat masuk alam barzakh lagi, ayah aku yang kunci roh aku. Sekarang dia nak aku hidup balik. Ya Allah ayah sedar tak ayah dah buat benda syirik?" tanya ku didalam minda.
"I'll grant your wish, but in exchange, I want your or your wife soul to bring the dead to live" jelas seorang lelaki yang ayah aku gelar 'Father' itu tadi, " Please, take mine and bring my son back to live." rayu ayahku.
Sepertinya mereka sedang membuat ritual untuk pembangkitan aku, Adakah aku harus berasa bahagia atau takut kerana telah melakukan perkara syirik kpd Allah.
Beberapa lelaki berjubah hitam membaca jampi.
!
!!!
Aku sangat terkejut melihat jasad ku kembali hidup. Tapi bagaimana? Aku masih berada di sini. Aku mendapati bahawa lelaki yang dibangkitkan itu amat serupa dengan aku, ayah aku berlari kearahnya sambil memeluk lelaki tersebut. Mungkin dimata ayahku dia ialah Zam namun Zam yang sebenar berada disini."Zam lepasni kau jaga umi elok-elok" Kata-kata akhir ayahku sebelum dia.. Dia rebah dan seakan kesesakan nafas ditengah pentagram itu tadi. Aku sangat sebak melihat keadaan ayahku yang berkorban dirinya hanya untuk membangkitkan seekor makhluk berupa aku.
"Deniam, kill Bahari's wife and you are free to go whereever you want, just don't forget to take all the soul of people that can see your true self , Hail Satan" kata lelaki yang dikrnali sebagai father itu.
=======BAIHAQI=======
Setelah habis aku mendengar cerita tentang Zam, aku kini faham apa yang telah berlaku kepada dirinya. Sungguh tragis, kerana Demian lah roh Zam mungkin tidak tenang.