Kami - atau mungkin hanya aku berasa agak lega apabila mendapati Zam sudah pulang walaupun pulang dalam keadaan yang pelik. Tetapi apa yang nembuat aku risau ialah cop pentagram berwarna merah di lehernya itu. What kind of sorcery is this?
Aku cuba untuk memanggil cikgu-cikgu untuk mendapatkan bantuan. Baru sahaja aku nak memulakan langkah, Zam memegang tanganku sambil berkata " kalau kau tak nak masalah, baik kau diam".Aku agak terkejut dan itu membuat aku kaku. Babinya , Aku nak tolong cenggini lak dibalas.Dubb!
"Gila Poji kau ni apahal sial?" teriak Azril memarahi Fauzi yang baru sahaja melepas kan sedas tumbukan tepat di muka Zamhari. "Kau diam je lah ril, aku tau apa aku buat" jelas Fauzi sambil melihat kearah Zamhari. Wooww , ni buat aku lagi pelik. Biasa lepas orang kena penumbuk Fauzi orang tu boleh knockout terus. Tapi.. Zam hanya pandang Fauzi dengan sepasang senyuman sinis.
"Bangun Semua!" Si anak Madun bersuara kerana waktu Math sudah bermula. Kami segera kembali ke tempat kami "Ayam betul." semua murid kembali ketempat masing-masing dengan senyap. Apabila aku nak tengok cop Pentagram di leher Zam, cop tu dah tak ada. Adakah aku berkhayal or what ?
So malam tu, aku kat rumah nak cari maklumat pasal Pentagram kat google. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Pentagram yang ada pada papan putih dan leher Zam tu bukan hanya sekadar Pentagram, ia ada kaitan dengan benda setan-setan ni, they call it "Sigil Of Baphomet".
"Fuh, tak sangka aku dah teroka internet pasal setan sedalam ni." kata aku sendirian di dalam bilik. Antara maklumat yang aku dapat ialah Pentagram ni biasa digunakan dalam ritual untuk summon something -syaitan dan roh roh. Sampai situ aku stop baca, sebab lampu rumah aku tiba-tiba blackout. Babi tak babi? "dah lah aku sorang je kat rumah, tengah baca pasal Syaitan lak tu, boleh elektrik takde lak" leter aku sambil ketakutan of course. Jujur aku kata aku memang seorang penakut.Aku cuba bertenang dan segera bergegas ke pintu untuk keluar dari rumah, lepak lah katakan padahal takut. Jalan-jalan punya jalan...
Zzup!
Ha aku terjatuh. Kenapa? sebab ada benda pegang kaki aku. Ni sial. Aku dapat rasa yang kaki aku masih dipegang. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa waktu tu. Aku cuba beristighfar dan menyebut dua kalimah syahadah. Tangan tu perlahan-lahan lepas kan kaki aku.
..
....
Tiba-tiba kedua-kedua kaki aku dipegang dan ditarik dengan sangat pantas. Aku tak dapat nak pastikan apa benda yang tarik aku sebab aku tengah cemas + blackout lagi. "ALLAH HU AKBAR ! ALLAH HU AKBAR!" teriak aku sambil mengeluarkan air mata ketakutan. Tangan yang permukaannya kasar dan melekit itu tadi makin kuat memegang kedua belah kakiku.Aku membuka mataku dan tersedar yang aku hanya sekadar bermimpi. "Ha abang asal tidur kat dapur tadi?" kata ibu ku. "ha? kat dapur? mana ada abang tidur kat dapur." jelasku semula kehairanan. "Ye, tadi balik-balik je abang ada kat lantai. Nasib baik ayah kamu angkatkan bawak masuk bilik. Ni mesti kes tak cukup tidur ni kan?" jelas mak aku dengan panjang lebar. Aku hanya membisu "So, apa yang aku lalui tadi bukan mimpi? Shit." kata ku didalam hati sambil melihat kearah kakiku.