Azril terjaga, dan kemudian mendapati bahawa apa yang dilaluinya hanya sebuah mimpi sahaja. "Kau okay tak ril, masa kau tidur kitorang perati je kau menggeliat macam orang sakit jiwa" tanya Haziq sambil tergelak. "Aku okay" jawabnya ringkas. Dia mengelap peluh di mukanya.
Pada petang itu, beberapa orang murid kelas 3A bermain futsal di futsal sekolah. Selepas penat bermain, Bai dan Azril berjalan ke kantin untuk membeli air dan kemudian mereka terserempak dengan Zam. Seperti biasa, akan ada something yang akan mengikut Zam. Azril memegang bahu Zam sambil menunjukkan kearah seorang wanita tanpa kepala di belakangnya, "Apa kau nak?" tanya Zam "Bagitau aku kenapa selalu sangat ada benda benda pelik ikut kau and why kelas 3A je yang boleh nampak makhluk makhluk tu?" pada waktu itu, hanya ada Azril dan Zam. Dimanakah Bai? Ya, dia telah lari ketakutan.
"Kau tak payah tahu tak payah sibuk hal aku" Zam meneruskan pergerakannya. Tapi Azril kehairanan kerana lembaga yang mengekorinya tadi hilang begitu sahaja.
Jam menunjukkan pukul 4:30 waktu mereka pulang kerumah masing-masing. Seperti biasa, Azril akan pulang kerumah bersama Irfan. Azril masih lagi memikirkan hal yang baru sahaja berlaku tadi, Azril juga merasakan ada sesuatu yang pelik dan membuatnya tidak selesa dari tadi.
Sampai sahaja dirumah, Azril dapat mendengar bisikan bisikan pelik ditelinganya seolah olah ada seseorang berbisik dengan Azril, bulu roma nya meremang. Dia tidak pernah melalui hal hal seperti itu. Dia mengetuk pintu dan memberi salam. Pintu rumahnya dibuka tanpa ada sesiapa yang menjawab salam nya. Azril masuk dan cuba melihat siapa yang membuka pintu namun dia sangat terkejut apabila mendapati seorang gadis tidak berkepala berdiri di belakang pintu lantas "Jangan kau berani ganggu dia" kata gadis itu. Azril yang berada betul betul dihadapannya terduduk dan diam selepas gadis-hantu itu berkata begitu.
Pada malam itu, Azril cuba menceritakan segalanya kepada ahli keluarganya namun tiada siapa yang mempercayai cerita Azril. Dia sangat marah tetapi pada masa yang sama dia cuba untuk tidak memikirkan tentang perkara yang berlaku tadi. Kali ini, dia sangat pasti bahawa perkara itu ada kaitan dengan Zam, kerana gadis itu menyuruh Azril untuk tidak mengganggu Zam.