Cp 7 - Mistery Call

139 6 2
                                    

"Azril, macam mana, kau dah elok belum?" tanya aku acah caring "Dah elok dah, gerak sekolah tengok muka kau terus rasa nak muntah, HAHAHAHA" balas Azril mengejek aku. "Kepala bana kau lah, btw semalam ada hal yang bukan main main do, antara hidup dan mati aku rasa kalau ditengok balik." jelas aku "apahal do? cecite." pinta Azril "Zam ada saka, pastu aku rasa semalam saka dia cuba nak bunuh Hakimi ngan Haziq. Seram beb gentle tak tipu, Poji semua ada semalam" kata aku dengan nada yang rendah takut didengari pelajar yang lain.

Pada hari itu, Zam tidak bersekolah entah kenapa tapi aku memang tak nak ambil tahu pasal dia sebab pasal dia lah aku nampak benda yang tak sepatutnya. Seram gila kalau aku ingat balik.

Kringg~~

Bunyi loceng menandakan waktu rehat, sampai sahaja aku di tangga, kelihatan seorang lelaki sedang berbicara dengan Cikgu Sharifah seperti ada sesuatu yang penting. Aku mendekati cikgu dan menyapa mereka "Assalamualaikum Cikgu, Abang" "Bai, kamu ada nampak Zamhari tak petang semalam?" tanya Cikgu "Tak pulak, cikgu" Jawab aku "Ha takpelah kalau begitu, Pergi rehat dulu" kata cikgu.

Entah kenapa aku sangat pasti yang Zam kena culik ngan setan setan semalam. Mesti yang cari dia tadi tu abang dia atau bapak dia. Aku pun terus menuju kearah geng geng aku yang sedang lepak sambil makan aiskrim oreo yang dibeli di koperasi. "Guys, aku rasa semenjak kes semalam, Zam tak balik rumah dia dol" Mendengar berita daripada aku, setiap dari mereka terkejut.
"Habis tu, kau nak kita buat apa? Cari dia? Pala pitok la" Kata Fauzi. "Kau relek, aku pun tak tau nak cari ke tak mamat tu, aku tak nak terjebak ngan setan setan apa semua ni" yang lain mengangguk.

*ringtone iPhone 5 Haziq*

"Siapa tu Ziq?" Tanya Hakimi dan Faris hampir serentak. "Aku pun tak tau, number luar negara" Haziq pun menjawab panggilan tersebut. "Helo, who this?" tanya Haziq dengan ayat brokennya. "Ich werde euch alle umbringen. Hail Satan " karut mamat yang menelefon Haziq tersebut. Apabila mendengar perkataan 'Satan' Haziq tau akan ada perkara buruk berlaku. Dia terus memutuskan panggilan.

Kelas 3AWhere stories live. Discover now