"ha Poji, lusa aku bawak motor aku, jom ah race tengok apa ex5 lama kau boleh buat." ajak Shakhir. " Kau ingat Dash kau boleh lepas race ngan ex5 kesayangan aku? harapan la sia" balas Fauzi tersenyum. Pada malam itu, mereka -Hakimi, Fauzi dan Shakhir baru sahaja habis tuisyen di Math Clinic dan sedang lepak di warung Ali Maju. "Korang ni tak sayang family ke? tak nak kahwin ke? dah banyak sangat pahala ke nak mati cepat ni?" tanya Hakimi dengan niat memerli. "Bukannya eksiden pun Mi, kita kena jiwa kering." kata Fauzi. "Lantak ko lah aku nak makan roti canai" Balas Hakimi.
Jam menunjukkan pukul 10:47 malam, Shakhir yang tadinya melepak bersama mereka sudah pulang diambil oleh ibu kesayangannya, walaupun dia telah mempelawa Hakimi dan Fauzi tumpang bersama tetapi mereka menolak kerana Hakimi sudah berpakat untuk pulang bersama Fauzi menaiki LRT. "Poji, kau belilah token kau dulu, aku ada Kad Rapid. Kau tunggu aku kat atas, aku nak kencing." kata Hakimi, "Okay Mi, Pat kit aw" balas Fauzi
Hakimi masuk ketandas dan terus mencari dan mendapati hanya kubikel tandas yang pertama -yang terdekat dengan pintu masuk tandas yang kosong, dan tanpa membuang masa dia masuk dan membuang air kecil. Sambil dia membuang air, "Oi kimi, aku rasa nak berak lak tunggu aku eh" kata Fauzi daripada luar kubikel. " Ha Okay" balas Hakimi dengan ringkas. Habis membuang air kecil Hakimi terus ke singki untuk membasuh tangan.
Basuh,
Basuh,
dan Basuh.
apabila dia melihat kearah wajahnya di cermin alangkah terkejutnya dia melihat seorang wanita yang amat buruk dengan taring yang tajam dan darah meleleh daripada mulutnya berdiri di sebelah Hakimi. Lutut Hakimi terasa lemah namun dia cuba menguatkan diri nya dan tanpa membuang masa dia terus berlari ke atas di mana tempat menunggu train LRT Setiawangsa.Sampai sahaja di atas, "Weh Mi asal lama sangat?" tegur Fauzi dari jauh. "Aik? kalau Poji ada kat sini, siapa kat tandas tadi. Fuck ah" kata kata yang bermain di minda Hakimi. "Aku jumpa hantu pompuan dalam tandas lah sial" Jelas Hakimi yang sedang panik. "Lah, dia salah tandas tu Mi, Hahahahahahah, kau ni Mi, Paranoid sangat ngan cerita Bai, dia kencing je tu" balas Fauzi dengan jenaka hambar nya. Fauzi mialah seorang yang amat sukar untuk mempercayai benda-benda pasal 'hantu' kerana baginya itu semua hanya tahyul. Hakimi yang sudah lama mengenali Fauzi -sepupu hanya mendiamkan dirinya dan cuba untuk tidak memikirkan tentang apa yang baru sahaja berlaku tadi.