Cp 2 - Budak Baru

221 9 0
                                    

Hampir sebulan sudah Zam berada di kelas 3A namun begitu dia tidak pernah menyapa atau disapa oleh sesiapa kerana murid-murid kelas 3A mendapati bahawa Zam seorang yang berkelakuan aneh. Semua bermula pada hari kedua Zam memulakan persekolahan di Smk Seri Ampang.

------------
"Wey Lep, Faris. Teman aku naik atas jap, aku ada tertinggal barang." ajak Bai. "Ha jom lah" Balas Faris dan Alif hampir serentak. Apabila sampai di hadapan kelas, Mata Bai terbeliak besar setelah melihat seekor lembaga hitam besar sedang berbicara bersama Zam. Bai cuba untuk bertenang dan memanggil Alif dan Faris untuk menunjukkan perkara itu sekaligus memastikan bahawa ia bukan hayalan Bai semata-mata.
----------------------

Setelah peristiwa itu, banyak lagi murid-murid yang melalui perkara seperti nampak perempuan di dalam kelas pada waktu petang dan bunyi-bunyi kerusi di susun walhal tiada sesiapa di dalam kelas.
Pada hari Jumaat, Bai, Alif, Azril dan Faris telah berbincang untuk menunggu sehingga Zam pulang sekolah. Mereka menunggu di kantin manakala Zam berada di dalam kelas seperti biasa dengan alasan ingin mengulangkaji pelajaran nya. Jam menunjukkan pukul 4:52 dan kemudiannya keluarlah Zam dari kelas. Mereka terkejut apabila melihat satu lembaga hitam yang memang satu tubuhnya hitam kecuali matanya yang tidak mempunyai pupil mngikut Zam dari belakang. Bai cuba menunjukkan perkara itu kepada Irfan, ketua kelas 3 Jujur namun Irfan berkata "Kau nak tunjuk apa? mana ada apa apa kat belakang Zam. Sakai" Bai dan rakan sekelasnya kehairanan. Adakah ahli 3A sahaja yang mampu melihat perkara ini?
Pada besok harinya, Azril memutuskan untuk berborak bersama Zam di kantin. "Hai Zam, Amacam sebulan kat sekolah aku ? best dok?" tanya Azril, Namun Zam hanya sekadar mengangguk. " Kau ni asik senyap je, cubalah cakap sepatah dua, aku rasa last time aku dengar kau punya suara time Ms Chen suruh kau baca petikan, tu pun kau baca slow" keluh Azril. Setelah apa yang di luahkan oleh Azril, Zam hanya berdiri dan meninggal kan Azril.
Azril memutuskan untuk berbicara tentang perkara ini dengan Ustaz Norrul Aqmar iaitu Ustaz sekolahnya tentang hal aneh semenjak kejadian Zam sampai di sekolah. Apabila Azril sampai di hadapan bilik guru, dia pun membuka pintu dan
Berdessssup!
Azril menutup pintu bilik guru dan memusingkan badannya dan dia sangat terkejut apabila mendapati dirinya berada di sebuah bilik yang gelap dan kosong. Jantung Azril berdebar-debar setelah apa yg terjadi. "Ya Allah, aku kat mana ni." kaa Azril sambil cuba mencari jalan keluar.

"Kau jangan sibuk hal orang"

Azril terkejut sambil memandang kearah dari mana suara itu datang. "Kau siapa setan !?" jerit Azril.
DUB !
Azril rebah ke tanah apabila kepalanya dihentak kuat dan pingsan.

Kelas 3AWhere stories live. Discover now