Walaupun telah aku fahami dalam-dalam cerita tentang Zam, Aku masih lagi tak faham kenapa mereka yang dipilih, bukan orang lain. "..yang penting sekarang, siapa nak tikam mata dia" kata-kata yang sedang bermain dikepala ku sambil melihat pisau yang terjatuh dari Demian beberapa meter dariku.
"Weh, aku nak korang tarik perhatian dia, sebabkan kelas tiba-tiba jadi luas, jakgi aku cuba selinap senyap-senyap sampai ada betul kat belakang dia" plan Fauzi yang sedang dikongsikannya. "Shakhir ngan Jep pergi ambil Haziq while the others tarik perhatian dia okay?" Arahnya lagi.
Bilik yang tadinya kecil kini sudah meluas seluas alam, Mungkin tak lah alam tapi kalau nak di kira, dalam 15x20 meter gitulah.
Prakkk!!
Satu kerusi dihempaskan ke tanah oleh Hakimi menyebabkan seluruh bahagiannya tercabut. "ha nah, korang ambik lah sorang satu, Guna sebagai senjata kalau ada apa apa keluar ke jakgi." kata Hakimi.Tiba-tiba badan Demian seolah-olah mengembung dan
Prokk!
Nanah yang sedikit berdarah meleleh keluar dari perut Demian diikuti dengan kelawar, BANYAK kelawar yang, aku tak pernah lihat sebelum ni. Mulut keluar itu luas membuka, giginya pendek tapi sangat tajam. Kelawar-kelawar itu pantas menuju kearah kami. Kayu yang kami pegang sudah kami sediakan untuk memukul bagai seorang pemain besbal.Zupp!
Aku memberi satu hayunan yang kuat tapi apa yang berlaku amat tak kusangka. Kelawar itu mengelak dengan mudah dan kemudian menggiggit dan mengunyah habis kayu yang aku pegang tadi. "What the hell sia" Kata Azril. Hayunan demi hayunan kemudian
Papp!!
Pukulan Alif mengena pada badan kelawar dan membuatkan ia jatuh ke tanah. Nice lep, dalam sibuk kami melawan kelawar, Fauzi sudah memulakan pergerakannya sama seperti Faris dan Shakhir. Aku dan yang lain mula untuk mengambil perhatian Demian dengan berlari kearahnya, seekor kelawar terbang laju kearahku dengan mulut luas terbuka. Dengan pantas aku rodokkan sebatang kayu dan menolaknya ke permukaan tanah, tak sangka ia menjadi.
Kelawar-kelawar yang dikeluarkan oleh Demian tadi sudah habis kami settlekan , tiba tiba Demian berjalan kearah kamidengan tersenyum, tangan kanannya tiba-tiba menjadi sebilah pedang yang tajam. Omagad.
Aku melihat kebelakang sepertinya Haziq sudah diselamatkan, Aku kembali menoleh kehadapan and
Bufp!
Satu penumbuk dari Demian mendarat dimuka ku menyebabkan aku tersungkur jatuh, aku melihat ke arah dia yang sudah bersedia untuk menghayun tangan kanannya yang seperti pedang itu tadi kearahku, dengan pantas Hakimi menendangnya ke tepi, Fauzi yang berada jauh didepan kini sedang perlahan-lahan untuk menikam Demian dari belakang. Masa yang kami ada kini hanyalah lima minit sebelum pukul 3 pagi.
Aku hanya melihat Hakimi, Azril dan yang lain bergelut manakala Alif menolong aku untuk berdiri. Aku berlari kearah Demian selepas mencapai pisau yang digunakan Haziq pada awal tadi dan melontar ia kearah Fauzi. Nice Catch ! Kami semua memang sudah kehabisan tenaga melawan Demian hanya Fauzi yang perlu menghabiskan semua ini. Fauzi kini berada betul-betul dibelakang Demian. Fauzi hanya melihat Demian yang sedang bergaduh atau? mengajar mereka yang lain memukul kerana tiada satu pun hayunan Demian terima dari kami. "Ehem" Fauzi bersuara membuatkan Demian menoleh ke belakang.
Zsup!