Aku menelefon Azril menanyakan khabarnya, Alhamdulillah dia baik baik sahaja. Pada pagi itu, hanya aku , Haziq dan Hakimi berada di dalam kelas. Kami sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Shahirah. Zam juga salah seorang daripada kumpulan kami tapi, entah kemana dia pergi.
"Bapak sakai do budak baru tu, bukan nak tolong kita siapkan kerja ni" kata Hakimi "Kau pun sama Ziq, dari tadi main phone je tau, main Crisis Action je tak habis habis. Meh sini aku main satu round" Kata Hakimi lagi sambil merampas iPhone 5 kepunyaan Haziq "Alah kau ni, aku baru je main. Sakai betul kau ni Mi" keluh Haziq.
Zam masuk kedalam kelas secara tiba-tiba. Aku dan yang lain hanya memandangnya panas. "Oi budak baru" tegur Haziq yang baru masuk Smk Seri Ampang tiga bulan lepas. "Sorry lah guys aku ada hal tadi" kata Zam. Aku agak sedikit terkejut kerana belum pernah mendengar Zam berbicara dengan sesiapa. "Ha nah, kau salin yang selebihnya, aku dah penat dari tadi buat benda ni. Aku nak main crisis action lu" Suruh Kimi. Zam pun menyambung tugasan kami. Aku duduk disebelah Zam lalu aku bertanya "Zam, kau buat apa tadi?"
"Maaflah Bai, aku tak boleh bagitau pasal tu."
Aku hanya membisu dan sedikit pelik kerana personaliti Zam kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. "Tapi Zam kalau kau ada apa apa masalah, share je ngan kitaorang. okay?" Zam membalas kata ku dengan senyuman. Aku benar benar petak memikirkan Zam yang mempunyai dua personaliti berbeza, sangat berbeza, gila babi.
"Tiada aura aura pelik yang dapat aku feel kali ni, mungkin segala makhluk makhluk yang dulunya bersama Zam dah balik kampung kot." Jauh fikiran ku meneka. "Sebenarnyakan Bai, pasal semalam kau ada tanya aku pasal saka kan? yes, aku mmg ada saka peninggalan arwah abah aku, banyak saka dia bukan sekor je" jelas Zam. Aku sangat terkejut apabila Zam berkata begitu dengan riak wajahnya yang pucat. Haziq dan Hakimi turut mendengar. Tiba-tiba Zam mengalirkan air mata, "apasal kau menangis?" aku bertanya. "Aku tak boleh bagitau benda ni kat siapa siapa."
Wowww, ni sial. Apasal lah dia bagitau aku. Jangan aku kena ngan saka dia sud..
POM!!!
pintu tiba tiba tertutup, aku apa lagi, jeritlah.AAAAARRRRGHHHHH SETAAANNNN!!