Jam di tangan kananku menunjukkan pukul 6:57 pagi. Seperti biasa, budak-budak asrama akan berada di dalam kelas, separuh belajar dan lagi separuh tidur, mungkin kerana mereka tak dapat masa yang cukup untuk tidur. Aku mendekati Afiq atau lebih dikenali sebagai 'Labu' yang sedang membaca novel 'Mereka' karya Ariff Adly.
"Bu, ada something aku nak tanya kau ni. Kau biasa tak dengan benda hantu hantu ni?" tanyaku. "Biasa tu taklah, tapi aku pernah gak lalui benda benda seram sepanjang aku dok kat asrama" jawab Labu.
"Kau takde rase pape yang pelik ke pasal budak baru tu?" tanya aku lagi. "Pelik maksud kau?" Sampuk seorang lagi budak asrama yang digelar 'Apox'. "Ish kau ni, takde lah aku tanya je, okay lah aku nak turun kantin, gerak lu pape roger"Aku berjalan seorang diri ke kantin dengan suasana yang sangat tenang. Kemudian aku terserempak dengan Zam yang sedang menuju ke kelas. "Bai, ingat balik ni. Kalau korang tak datang. Lagi banyak masalah akan datang" kata Zam dengan muka yang serius. Aku yang mendengar kata katanya itu tadi hanya meneruskan perjalanan ke kantin.
Sampai sahaja di kantin, aku duduk di sebelah Alif. Sepertinya Alif hanya duduk diam seperti termenungkan sesuatu. "Oi Lep kau menung apa tu?" tanyaku. "Bai, semalam....
------Alif------
"Alep, tolong belikan nasi goreng untuk nenek jap, nah duit" arah nenek kesayangan Alif. Alif terus dan memandunya menuju kekedai makan ditingkat bawah blok flat rumahnya. "Abe, nasi goreng bungkus satu!" pinta Alif. Selesai membeli nasi goreng bungkus, dia terus menuju keatas dimana rumah neneknya berada.
Penat mendaki tangga yang seakan akan tinggi gunung Kinabalu. Alif terhenti apabila ingin memasuki tingkat kedua apabila mendapati seorang.. bukan! seekor pocong berdiri menutup laluan Alif untuk keatas. Lutut Alif terasa lemah, terasa ingin rebah disitu. Selepas 5 saat menatap wajah makhluk mengerikan itu, ia membongkok seolah olah ingin lompat dan ini membuatkan Alif mengundur dirinya kebelakang beberapa anak tangga.
"Wowoww, Lep ko apahal ni?" tanya Syameer. "Eh Syameer nasib baik kau ada, tadi ada po.." Kata-kata Alif terhenti apabila pocong yang dilihatnya tadi hilang dari pandangan. "takde apa lah Meer" jawab Alif.----------------
Aku yang mendengar ceritanya tadi hanya membisu kerana aku terlebih menghayati. Namun aku pasti, kejadian yang terjadi padaku lebih menyeramkan dari yang lain.
Allahu.