Zack terus mencari sambil mulutnya membebel perlahan. Dah ke mana pula perginya ni? Baru tadi dia buka baju dan seluar untuk solat zohor guna baju Melayu yang dipakainya malam tadi. Alih-alih sekarang ni, hilang! Dah tumbuh kaki ke dekat baju dan seluar yang dia pakai tadi tu?
"Awak cari apa tu?" soal suara yang baru saja menapak masuk ke dalam bilik.
"Baju dan seluar aku mana? Kau sorok eh?" tuduh Zack sambil menjeling Pehah yang berdiri di hadapannya itu.
Pehah senyum senget.
"Tak ada maknanya saya nak sorok baju dengan seluar awak tu. Bukannya lagi lama disimpan, lagi mahal harganya."
Zack membuntangkan mata dan mengetap bibir ke arah wajah kerek itu. Amboi, jawapan ala-ala diva gitu.
"Ni mesti kau punya kerja, kan? Mana pergi seluar dan baju aku tu? Dalam poket seluar tu ada kunci motor. Kau jangan nak buat main pula," marah Zack sambil pintu almari kayu itu dibuka kasar. Baju yang terlipat elok dipunggah keluar dan dibaling ke atas lantai.
"Apa awak ni? Dalam tu semua baju sayalah. Mana ada baju awak!" marah Pehah. Lengan Zack dipaut kuat daripada terus memunggah pakaiannya keluar dari dalam almari.
Zack terhenti dari memunggah. Wajah tak bersalah yang rambutnya dibiar lepas itu dipandang tak berkelip.
"Selagi kau tak dapat apa yang kau nak, selagi itu kau nak tahan aku dekat sini, kan? Betul tak? Haaa! Betul, kan?" teka Zack.
"Apa awak cakap ni? Saya tak faham," balas Pehah kurang senang. Niat nak menyusun semula pakaian masuk ke dalam almari terbantut seketika apabila melihat pandangan mata Zack yang sedikit berlainan waktu itu. Langkah cuba diatur ke arah meja solek sebelum lengannya ditarik kasar lalu Pehah terus ditolak ke atas katil.
"Ini yang kau nak sebenarnya, kan? Jadi lepas ni, kau lepaskan aku. Boleh?" soal Zack. Baju Melayu yang tersarung di tubuhnya dibuka dan dibuang ke atas lantai sambil kaki melangkah ke arah katil.
"Zack, apa ni?!" jerit Pehah.
"Apa ni kau tanya? Aku cuma nak bagi apa yang kau nak. Itu saja," balas Zack dengan senyuman sinis.
"Saya tak naklah!" jerit Pehah sambil tolak tubuh Zack lalu bingkas bangun dari katil dan berlari ke arah pintu tapi Zack lagi tangkas lalu terus melompat ke arah pintu lantas pintu bilik dikunci.
"Zack, janganlah macam ni. Tolong..." rintih Pehah.
"Tolong? Kau nak minta tolong buat apa? Tolong aku cepatkan? Macam tu? Boleh saja. Tapi ni dah kenapa kau macam nak lari aje? Kau nak ajak aku main kejar-kejar dulu, ya?"
"Jangan nak mengarut! Saya tak semurah itu tau!" tegas Pehah dengan wajah yang kelat.
Saya tak semurah tu? Zack gelak besar. Krisis identiti agaknya minah ni. Lain yang dia buat, lain yang dia cakap, ejek Zack dalam hati.
Lari keluar dari bilik air yang gelap-gelita dalam keadaan berkemban lepas cekup aku untuk masuk sama, itu dikira mahal? Jadi akulah yang murah sebab serah diri untuk jadi mangsa. Macam tu? bebel Zack dalam hatinya lagi.
"Ni kau peluk aku kuat macam ini malam tadi. Ini dikatakan tak murah? Ha?!" sergah Zack sambil tarik tubuh genit itu ke dalam pelukannya sambil tertawa besar. Puas hatinya apabila Pehah beria-ia minta dilepaskan. Tau takut, tapi semalam terlebih berani. Pagi tadi pun masih tak nak mengaku pula tu. Sakit betul hati Zack dibuatnya.
"Zack, tolong lepaskan saya. Kalau walid dan umi..."
"Kau diam-diam sudah. Tak payah nak menjerit ke apa. Tapi kalau kau nak jerit pun tak apa juga. Aku rasa, walid dengan ummi boleh faham," balas Zack yang memotong kata-kata Pehah itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/82428214-288-k910763.jpg)
YOU ARE READING
Duda Terlajak Laris
RomantizmBacaan Awal Sahaja Tajuk: Duda Terlajak Laris Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Penulisan2u Harga: RM25.00 (Semenanjung)// RM28.00 (Sabah & Sarawak) http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=11...