Bab 9

1.5K 20 0
                                    

"Zack... Bangun!" kejut tok ayah tegas.

"Hmmm..." balas Zack yang masih degil, tidak mahu membuka matanya.

"Zack, bangunlah!" Kali ini suara tok ayah dah berbunyi lebih keras daripada tadi. Bahunya juga rasa dicuit berkali-kali dengan hujung jari. Zack buka mata sekejap sebelum pejam semula rapat-rapat.

"Ala, relakslah tok ayah. Lima minit... Lima minit." Pelukan tangan di tubuhnya dipereratkan lagi. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan panjang. Perghhh! Sedap gila kut tidur! Perut sudah kenyang, mata pun jadi berat. Kalau dapat melingkar atas katil ni lagi terbaik kuasa dua. Memang kacau daunlah tok ayah ni. Tak boleh tengok orang senang langsung.

"Zafran Aldrin Kamarulzaman!"

"Ya, ya, saya... Alaaa, tok ayah ni, kan." Terpisat-pisat dia bangun sambil lap muka yang dah basah dek air. Main kasarlah pula tok ayah kali ni. Main tuang air pula. Nasib baiklah dah buka puasa. Tapi, tak taulah air apa yang tok ayah guna tadi sebab tak nampak pula dia pegang cawan ke apa.

Matanya yang terasa berat dipaksanya buka sebesar mungkin sebelum tayang sengih kepada tok ayah yang dah elok berjubah putih dan berserban. Memang uniform rasmi tok ayah kalau nak ke masjid. Hal ini bermakna tak lain mesti tok ayah dah siap-siap nak ajak dia pergi masjid.

"Jom, siap! Pergi masjid!" Ringkas. Padat. Tak ada main 'nego-nego' ke apa. Macam hukum wajib dah tiap kali duduk rumah tok ayah, mesti kena berjemaah di masjid. Kalau boleh kena full lima waktu. Paling sikit tiga daripada lima waktu. Cucu tok imamlah katakan.

"Hari ni Zack off, aci tak? Zack penatlah, tok ayah."

"Tak ada aci-aci. Orang lain pun puasa, tapi idok le gaya hang ni. Lepas berbuka saja, lembik. Kata anak jantan!"

Tegak terus tubuh Zack yang terlentok elok di pintu masuk anjung rumah itu. Pantang sungguh dia kalau dicabar sebegitu. Ermmm tapi, tubuhnya disandar semula ke tepi dinding sambil tayang wajah selenga.

"Zack memanglah anak jantan, tok ayah. Tapi, anak jantan pun boleh 'kiok' juga tau, kalau kena perah tenaga macam Zack ni. Tok ayah mana tau, malam tadi lepas terawih Zack tidur pukul berapa dok menunggu lemang tu hah. Pukul empat pagi tau. Tak sempat lagi Zack nak tidur, terus sambung makan sahur. Dahlah tu, sahur Maggi goreng aje."

"Siang tadi pula kena pergi cari daun pisang sebab cucu tak semenggah tok ayah tu dok sibuk sangat nak makan Pulut Pasung. Ingat lepas zohor, bolehlah Zack lelap kejap. Rupa-rupanya tak boleh juga. Kena tolong ibu hiris bawang sebab ibu nak buat serunding ikan bilis. Gila exhausted, tok! Sebab tu lepas bantai kari kepala ikan tadi, Zack terus lelap. Salah ke, tok?" jelas Zack panjang lebar diiringi sengihan.

Mata pun dah kembali berat, rasa nak buka pun payah gila. Aiyarkkk... Susahnya jadi cucu lelaki tunggal tok ayah. Semua dia yang nak kena buat. Dari A sampailah Z. Alif sampai ya, semuanya dialah! Abah pun pandai aje nak mengelat apabila tok ayah meminta pertolongan. Kononnya masa kecik dah puas menolong tok ayah. Jelas lagi nyata autanya.

"Berkira kamu, ya! Allah tak suka orang yang mengungkit atas setiap pertolongan yang diberi. Hilang peratus pahala hang menolong siang tadi. Penat aje yang hang dapat."

"Hmmm... Yalah, tok. Satu persen pun okey, pe. Krooohhh... Krooohhh..." Sambil membalas, sambil matanya terlelap.

"Zack, bangun!"

"Ala, tok ayah. Tok ayah pergilah. Nanti I follow eh... Babai." Matanya dipejam lebih rapat. Tidur Zack, tidur.

"Zack, bangun! Kenapa tidur dekat sini?"

Dengan mata masih terpejam, keningnya dikerutkan. Apa punya soalan tu daaa? Memang dari tadi dia tidur sini kut!

"Zack nak tidur. Tok ayah janganlah kacau..." balasnya, tapi mata masih enggan dibuka. Macam kena gam!

Duda Terlajak LarisWhere stories live. Discover now