Bab 13

1.5K 19 0
                                    

"Hah kamu nak buat apa tu, Zack? Itu tak lainlah nak berkepit aje sebelah ibu. Pergi duduk sebelah isteri kamu tu," tegah abah. Tak jadi Zack nak labuhkan punggung di sisi kiri ibunya. Langsung keras dia di situ. Wajah ketat abah kemudiannya ditenung minta penjelasan.

Isteri? Dia ada isteri lagi ke? Wajah ibu dan gadis di sisi ibunya itu dipandang bersilih ganti sebelum pandangannya ditala pula kepada wajah abah yang masih serius tampaknya. Ruang kosong di sebelah kanan ibu pula dipandang dengan wajah penuh tanda tanya. Kemudian wajah Pehah pula dikerlingnya sedikit.

Dia kena duduk sebelah perempuan ni? Isy, abah ni biar betul! Takkanlah dia nak duduk sebelah ala-ala feeling atas pelamin? Mengarutlah. Dahlah dia dengan Pehah dah tak ada apa-apa hubungan yang sah lagi. Waktu ada apa-apa pun tak ingin dok sebelah, dah tak ada ni lagilah tak nak.

"Tapi bah..." Zack dah tayang muka minta diskaun sambil kelip mata berkali-kali.

"Tak ada tapi-tapi. Apa salahnya kamu duduk sebelah dia? Bukannya abah nak suruh kamu peluk dia pun! Dah, jangan banyak dalih. Duduk cepat. Banyak lagi hal nak kena bincang ni. Bukan kecik-kecik anak masalah yang kamu buat," bebel abah lagi, langsung tak ada kompromi hatta satu persen.

Peluk? Membesar bulat mata sepet Zack memandang abahnya dengan rasa hati yang mati hidup semula pun tak percaya abah akan cakap macam tu. Come on la, abah. Understood kut. Jangankan peluk, disuruh duduk sebelah pun dah cukup rasa seksa. Rasanya dia belum cukup gila nak peluk si kemetot ni. Baik peluk dinding. Dah sah-sah keras kejung gitu. Berdosa pun tidak.

Tapi dalam tak suka, Zack masih menurut. Diajaknya hati supaya bersabar sahaja. Duduk sajalah Zack. Tak rugi apa pun. Lagipun bukannya lama. Sekejap saja pun.Paling lama pun 20 minit ke setengah jam aje kau kena duduk sebelah dia sementara dok berbincang.

Lambat-lambat punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Itu pun cuma hujung-hujung sofa. Nanti kalau bersandar, dah tentu-tentu berlanggar bahu dengan orang sebelah.

Tapi entah kenapa, dah duduk hujung-hujung pun ada juga sesekali bahunya seakan-akan tersentuh tubuh di sisinya itu. Dan setiap kali tersentuh, laju saja matanya menjeling tajam sebelum badannya diengsotkan merapati ibunya.

Sempit pula rasa sofa ni sampai dah terlanggar-langar bahu dibuatnya. Selalu tu okey aje buat baring-baring sambil layan movie. Ini tak lain kalau bukan sebab tubuh dia yang makin berisi, tentu-tentu budak perempuan ni sengaja nak menyendeng dan ambil kesempatan.

Sekilas, wajah yang menunduk tekun mendengar butir bicara abah dikerlingnya. Memang dah tak ada ruang nak mengengsot dah. Sah! Aku dah gemuk, telah Zack dalam hati.

"Haaa... Macam tu kan okey. Bukan orang lain pun." Dari membebel, abah tukar tune kepada memuji yang mana sangat rare sekali bunyinya. Bukan senang nak dengar abah nak memuji orang ni. Nak dengar abah puji ibu cun, setahun sekali pun belum tentu dapat. Tak tahulah pula apabila dapat menantu perempuan ni, abah tiba-tiba berubah.

"Isy, abah ni kan. Janganlah dipaksa Zack ni buat yang bukan-bukan. Lagipun dia orang berdua ni kan dah..."

"Haaa... Apa kamu nak cakap, Nura? Dah bukan suami isteri? Dah bercerai? Memanglah dah bercerai, tapi bukannya tak boleh rujuk balik. Haaa... Cuba kamu tengok tu. Kan elok tu. Macam pinang dibelah parang," tokok abah dengan sengihan.

Errrkkk!!! Zack ketap bibir. Kakinya yang sejak tadi bergerak-gerak tanpa henti gaya orang dah bersedia nak mulakan acara balapan, langsung kaku. Kening dah berkerut dengan mata tajam menjeling ke arah abah. Seram pula apabila tengok abah sengih macam tu. Sudahlah tu, pinang dibelah parang katanya? Apa abah ni dah lupa ke salasilah macam mana dia boleh terkahwin dengan orang sebelah ni? Bukan suka sama suka. Bukan loving each other, tapi tipikal kahwin paksa yang suka ke tak, memang kena kahwin. Boleh pula abah buat reaksi macam budak ni menantu pilihan dia. Oh, please!

Duda Terlajak LarisWhere stories live. Discover now